Followers Remaja Purba

Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Pada Anda


Dah lama sangat aku tak join mana-mana segmen dalam dunia blog ni..
Kali ni gigih aku cuba untuk turut serta dalam..
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Asalnya aku tengok entry dekat SINI .. eemm.. macam menarik..
Terbayang kenangan masa zaman jadi remaja purba dulu..
Kemudian aku jumpa entry dekat SINI..
Lagilah rasa.. wah.. macam best je #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 ni..

Jadi.. sebagai cabaran pertama.. seperti yang telah disenaraikan dalam cabaran tersebut..


Tajuk: Apa Erti Puasa Pada Anda.

Secara umum..
"Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa iaitu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.. dengan disertai dengan niat."


Puasa kali ni sangat bererti pada aku kerana dapat balik 30 minit lebih awal dari waktu bekerja..
Tersenyum senang kali ni kerana dapat buat persediaan berbuka puasa dengan lebih selesa..
Terima kasih pada My New CEO yang sangat menjaga kebajikan pekerjanya..

Ajaibnya dengan berpuasa, secara tak langsung mampu mengawal diri dan melatih diri dari melakukan perkara yang biasa dilakukan ketika tidak berpuasa..
Mampu mengawal rasa marah..
Mampu mengawal rasa tidak sabar..
Walau tidaklah secara total tapi itulah yang dirasai..

Bila dilatih dan mampu mengawal emosi secara tak langsung akan membawa keharmonian dalam sesuatu hubungan..
Tak kiralah hubungan dengan sesiapapun..
Hubungan denganNYA juga tidak berkurangan malah bertambah bonus dan saham kita.. InsyaAllah..

Selain itu, dari segi bab makan dan minum..
Dalam bulan puasa inilah masa nak kawal pemakanan..
Pola pemakanan turu berubah.. waktu macam nilah sibuk nak kuruskan badan..
Kurus sebab nak sihat tapi bukan sebab nak menunjuk..

Hidup ibarat roda..
Dari kecil.. didikan dari rumah kemudian ke alam sekolah, membawa pula ke dunia pekerjaan dan kini memasuki pula fasa mengajar pula anak-anak berpuasa.. bagi aku hingga kini aku masih belajar dan terus belajar tentang puasa dan kelebihan yang ada dalamnya.. Ini kerana aku tak nak termasuk dalam golongan yang lalai..



psstt: Tegurlah andai aku tersilap langkah tanpa sedar..




7 comments:

  1. DAH SELAMAT BERPUASA HINGGA HARI KE9...TAHNIAH,,,SEGMEN BEGINI MENGGALAKAN KITA MENULIS DGN IDE2 BERNAS N MENARIK...

    ReplyDelete
  2. Gud luck sis...betul tu puasa ni sambil kita cr pahala dpt gak sihat/kuruskan bdn kan...masalahnya pas puasa kita terus lupa nk jg mkn terus bdn mcm kena pam2 blk...kikiki...

    ReplyDelete
  3. semalam dayah start perasan blogger hapdet cabaran nih...
    good luck ai..! semoga tegar menghabiskan setiap topik tu.. hikhik..

    ReplyDelete
  4. pada saya yang paling mencabar bulan puasa ini ialah belikan juadah buka/sahur dan bangun subuh untuk sediakan sahur ibu_suri dan akhmal.

    lauk apa yang nak dibeli dan terpaksa buat hampir 100% kerja hidang, kemas dan urus ibu_suri...

    ReplyDelete
  5. betul tu kurus sebab nk sihat Bukan nk menunjukkan..utk keselesaan diri dan untuk suami juga nk kurus ni.hahaha

    ReplyDelete
  6. kalau dapat pose penuh 30 hari pun syok rasa nak melompat kan kak hihihi

    ReplyDelete
  7. Kalaulah dapat puasa penuh, alangkah bahagianya. Tapi tahun ni awal-awal dah tak nampak anak bulan makanya nanti pun kena beraya dahululah :) Saya pulak lagilah dapat pengalaman baru berpuasa dengan mak mertua ada bersama. Betul-betul kali pertama ni. Tapi alhamdulillah takdalah banyak ragamnya!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...