Followers Remaja Purba

Thursday, November 6, 2014

Jeruk Mangga Asamboi Homemade


Orang bercerita pasal Jeruk Mangga asamboi, aku pun nak jugak..
Tapi takdelah nak beli bagai.. baik buat sendiri..
Baru-baru ni hubby balik dari kampung bawak buah mangga..
Kecur liur aku tengok.. tengah menaip ni pun sama..
Apalagi.. terus dikerjakan..



Kekonon nak guna balang kaca tu, sekali cuba masukkan dalam peti sejuk.. tak muat daa..
Alasan mintak beli peti sejuk lagi besar ni.. kehkehkeh..



Ramuah: Buah Mangga muda, asamboi, gula, garam dan cili..



Kali pertama buat dengan yakin.. masa tu dah terbayangkan kesedapannya dah..
Selepas digaul semua ramuan tu.. amik.. pedas ya amat.. terasa kembang bibirku..
Itulah puncanya aku tak nak bagi orang rasa..
Hasil gigih hubby yang akhirnya hampa dengan usahanya itu..

Sudahnya.. hubby dan member tempat kerja beliau yang habiskan.. dalam pedas tu sedap kata dorang..
Ok.. memang stok kuat makan pedaslah dorang ni.. aku sendiri pun tak lalu nak makan banyak.. pedih perut dibuatnya.. huhuhu..


Memandangkan percubaan pertama gagal.. selepas tu aku pulak yang buat..
Ok kali ni agak berjaya dengan hasilnya cuma lenkali kalau nak buat jangan sesekali guna cili padi yang merah itu..
Hubby lah yang pilih cili tu.. aku ikutkan je.. sudahnya hubby sendiri tak makan.. kehkehkeh..
Bila dah buat.. takde sape nak makan.. akhirnya tersadailah jeruk mangga asamboi tu dalam peti sejuk.. 





psstt: Setiap hari masa boleh diisi dengan perkara yang lebih menggembirakan.. dan itu yang sedang aku lakukan bersama abam sayang.. kihkihkih..




15 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Zaza Abdul Latif said...

keep it up emak budak..
lepas ni bleh cuba letak belacan sket.. hehehehe

NM03 said...

aku dah mkn pagi tadi, sarapan bersama pulut. lepas ni perut meragam naseb badan la

amirah said...

lahai...bilala nak try ni

eMMe said...

byk sgt kot cili padi tu aiza... hahahaa.. tapi kalo tak pedas sgt, mmg laju je kite makan... kite tak wat la..beli order je, huhuuu... lepas dah idam...

Abang Bear said...

Erkkkk... gambar tu jer...?? gamabr dah siap takder ker?

norhidana miswan said...

kak lenkali tambah aiskrim soda, jd ranggup nnti jeruk nyer

Kakak Norihan said...

emmmm mmg super sdppplah

nak sblg ye..

Kakzakie said...

Sayanglah... keluarkan semua cili dan cuci lepas tu buat balik cara lain (halua jeruk rendam) mesti boleh makan..

Fazleyatul Aini said...

sedapnya, hari tu saya ada makan
baik punya bedal. sekali sakit perut -________-

❤Kamsiah❤ said...

selain mangga,sedap jugak dibuat dgn buah kedondong...

Kesuma Angsana said...

amboi sedapnyer, banyak tu, krim kat KA sikit hehehe

Kniedaz said...

kalau cili tu, buh satu dua pun dah killer hehehe...

idzwa kamaruddin said...

nyums~

faraherda.razalan said...

Terbygk masam manis masin podeh! Argghhhh!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...