Followers Remaja Purba

Friday, November 14, 2014

Chicken Chop Homemade..



Kebelakangan ni anak-anak lebih suka makan roti canai, roti telur, roti milo.. malah hampir setiap hari anak-anak inginkan roti tersebut.. dan aku pulak soto ayam.. selera makan tengah ada.. layankan aje..

Balik kerja order sesiap daripada pengasuh.. sangat mudah sebab suami pengasuh meniaga kat depan rumah hampir sebulan yang lalu.. Memang tiap petang langkah kananlah anak-anak.. order apa yang nak dimakan, nanti babah bayar.. Kalau hari-hari macam ni makin tumpullah skill memasak aku..

Paling untung dah tentu dak Nuha.. adakala waktu aku balik nak ambil dia, tengok dia tengah makan.. eemm.. makin kembanglah kamu Nuha..

Baru-baru ni kami dinner di rumah pengasuh, tekak gedik lapar nakkan chicken chop tapi bila dihidangkan dak Nuha takmo share dengan sesiapa.. tak nak bagi berebut dengan dak Kakak dengan dak Adik.. kenalah order lain..


Aku suka salad dengan sos blackpepper tu..
Marvellous + Awesome.. memang sedap..


dak Nuha dan chicken chop nya..


dak Adik mintak sikit pun dia tak bagi..


Kesimpulannya, aku dah tak terkejar-kejar nak masak sebelum anak-anak balik sekolah.. bukan tak pernah masak tapi anak-anak tak nak makan.. alasan dah kenyang makan roti.. eeemm.. penat je aku masak tapi hubby lah jadi mangsa kena habiskan.. ekekeke..
Sekarang kalau masak pun hujung minggu je.. ni wajib.. kalau beli jugak kat luar.. melampau namanya tu..



UPDATE:
Ramai komen kata tak boleh tengok gambar dalam entry ni..
Kalau yang lain boleh tengok bagitahu pada mak budak ye.. sebab mak budak dah cuba tukar edit dan upload semula gambar tersebut..



psstt: Hari ni aku bercuti rehat.. menjadi surirumah sepenuh masa menguruskan anak-anak memandangkan pengasuh ada urusan yang tak boleh nak dielak..

last psstt: 'Kuda liar pun boleh jinak tanpa sedar..'




15 comments:

Kakzakie said...

Pengasuh yg baik tak membimbangkah bahkan menguntungkan...

ps: gambar tak appear satu pun dik.. tak tahulah kalau pc akak yg masalah.

idzwa kamaruddin said...

uhhhh kadang-kadang berharap mcm nie..kekeke..tapi tetpa jugak la gatal tgn nak masak!

norhidana miswan said...

apasal xkuar gambar kak... ke pc dana yg mengong... huhuhui

cuti rehat jaga anak ngn cuti rehat sambil anak2 kt umah ngasuh mmg sgt berbeza hehehe...

Nurzakiah Hanum said...

terbaik

Kayu Manis said...

baik sgguh dpt pengasuh yg serba boleh ni.. untunglh.

ha ah jenuh tggu gmbr tk keluar pun..

AMIIZAA said...

salams aiza,
bestnya hari nie cuti:):)
gambaq tak dpt tgk...uhukkkk

amirah said...

senang gak kalau camtu ai...bukan apa, kdng kalau hari bekerja tak sempat la ai...terkejar2...

aah la...mcm kak zakie kata, pic tak kuar la ai..

faraherda.razalan said...

Peh! Untunglah boleh order2 mcm ni. Chicken chop mmg menawan kalbu. Teringin nak makan. Mana nak cari? Uwaaaaaaaa!

eMMe said...

agh..lapar la tgk c.chop pepetang gini.. sabo je la aiza oiii...

yana lyana said...

Alamak terliur pulak! Dah lah tengah berpantang ni. hee

Puan Kutu said...

untunglah mama tak payah masak..nuha sentiasa menggoda dengan muka manja comel dia tu..:)

Arham Md Ali said...

Saya selalu jugak masak Chicken Chop. Biasa kalau rajin buat mashed potato sendiri dengan gravy dia.

ewanthology said...

Boleh je tgk gambar tu.

Mummydearie said...

Untunglah ada pengasuh 2 in 1 macam ni. Kadang tu memang penat kalau terkejar-kejar memasak bila balik rumah, lepas tu anak-anak buat hal tak mahu makan sebab masa menunggu Mommynya masak, mereka dah 'snacking' macam-macam!

Najib Ariyan said...

bestnya ada pengasuh yg boleh main oder jer... kalau dapat pengasuh yg rajin masak ni memang lah kembang... sapa2 pun

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...