Followers Remaja Purba

Wednesday, November 5, 2014

Cendol Bakar Kg. Assam Jawa Kuala Selangor



Lepas menghadiri kenduri anak lelaki blogger Che Mid, aku request kat hubby nakkan cendol..
Memula hubby ingatkan sekadar cendol biasa, nasib baiklah aku cakap aku nak rasa Cendol Bakar Kuala Selangor yang famous tu.. kalau tak.. confirm hubby buat pusingan U, beli kat tepi jalan dekat area rumah.. huhuhu..

Sebenarnya lebih kepada nak bergambar.. bukan nak makan sangat pun.. kehkehkeh..
Nasib baik hubby nak layankan kerenah aku.. terima kasih ye abam sayang.. tapi sebelum tu sempatlah anak-anak balik tukar baju dan keluarkan barang-barang yang dibeli sepanjang terapi minda tu..
 


Landmark dia betul-betul sebelah Caltex..
Jalan menuju ke Highway LATAR kalau dari Kuala Selangor..


 Rasa macam tak sanggup je nak keluar makan sebab ramai sangat..


Aku ni tak minat kawasan yang ramai orang.. nak enjoy lelama pun macam tak menarik..
Sempat lagi hubby tanya nak beli jugak ke..
Ikutkan hati aku nak ajak balik je.. malas nak beratur panjang sebab aku nak makan kat situ.. tapi hubby pujuk kita beli ikut Drive Thru je.. beli nak rasa bukan makan beria..




Sebelum kami nak beratur beli.. sempat singgah tengok tabung buluh ni..


Sekadar nak tunjuk kat dak Kakak tabung masa zaman aku kecik dulu..



Hasil kerja tangan penjual Amy O.K.U itu..


Dah alang-alang sampai singgah beli jugaklah.. tak nak ada yang kempunan.. akuler tu..


Sempat je hubby amik gambar dari dalam kereta..


Sementara hubby menunggu turn kat drive thru Cendol Bakar tu, aku dan dak Kakak sempat membeli makanan yang berkenan di hati.. macam-macam ada..



Bukan nak makan pun.. sekadar nak merasa..

Bahagian dalam kaunter..

Harga yang dipamerkan.. masa menunggu pun tak lama..
Aku order Cendol VVIP dan Lempeng Pisang Bakar..
Rasa Cendol tu biasa je bagi tekak aku, mungkin sebab aku bukan penggemar tegar Cendol..



Dalam perjalanan balik ke rumah, singgah sekejap di rumah member hubby..

Bosan menunggu kita layan wefie ya anak-anak..


Bila tengok ibunya dok selfie.. anak-anak pun join sekali..  banyak betul gambar candid korang..





Lewat petang sampai rumah, sempat jogging keliling taman perumahan aku..
Kisahnya ---> next entry..


UPDATE:
Cendol Bakar tiada kaitan dengan cara pembuatannya. Ia tidak dibakar malah cara penyediaannya sama seperti cendol lain. Sebaliknya, pemilik gerai menggunakan nama datuknya Bakar (Abu Bakar Saidin) untuk perniagaannya itu.

Cendol Bakar tidak 'menipu' pelanggan itu diakui beberapa pelanggan. Mereka tertarik kerana keunikannya yang menyediakan konsep pandu lalu.

Tindakan pemilik Cendol Bakar menyediakan laluan pandu lalu kepada pelanggannya dipuji kerana pelanggan tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk dapatkan cendol.




psstt: Selami hati.. baru kita kenal hati budi..



17 comments:

❤Kamsiah❤ said...

hehe..kalau tambah durian dalam cendol tu lg meletupsss kut...

Fazleyatul Aini said...

kat melaka pon ada branch dia
tapi belum pernah singgah lagi
manjang ramai orang. malas. hihi
tapi kawan sy kata sedap

Nor Azimah said...

sampai hari ni masih nakkan kepastian..cendol bakar tu, namaje kan, bukan bakar betul-betul..erkss..

Kakak Norihan said...

as salam
klu pergi k.selangor tak sah ke cendul tu..
tabung tu pandang2 jer tak beli pun...

faraherda.razalan said...

Comellah awak ni. Heheheh!

Sy pun dah merasa cendol. Biasa-biasa je rasanya tapi experience tu yg mahal. Kan? Heheheh!

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

JR said...

Pernah baca cerita mengenai cendol ini dalam paper hari tu. Masa mula konfius juga, ingatkan cendol itu dibakar, rupanya nama waris pemiliknya Bakar...

AMIIZAA said...

pernah dtg sini jugak, saya pon tertipu mati2 ingat cendol tu dibkr...hehhehe

dulu gerai dia kecik jerk
skrg semakin maju....alhamdllilah

Aziela said...

Maknanya bukan dibakarlah yer? Ada yg dok kata gula merahnya dibakar dulu tu, betul ke?

amirah said...

dah sampai kena la rasa ai...betul la cik abg kata...nanti takut kempunan..huhu

NM03 said...

ko dah rasa cendol durian borhan?

kalu blom, cer traiii

Kakzakie said...

Penangan blogger juga buat cendol bakar makin maju dan dikenali...

Abang Bear said...

yes pernah makan kat sini dulu.... punya lah laris sampai nak cari tempat duduk pun payah... tapi salah sendiri, sapa suruh datang hujung minggu kan...

Arham Md Ali said...

Marketing pemilik kedai ni power betul, sebab dengar nama "cendol Bakar" je kita terus tertanya benda tu apa kan.

sweet_saya said...

almost a year duduk sini.. tp x tau..wink

ewanthology said...

pernah jugak terfikir dulu, mcm mana diorg bakar cendol ni... rupanya nama owner dia bakar.

Qaseh Vee said...

kerap gak lalu kuala selangor tu tapi tak terfikir lak pasal cendol bakar ni . sekrg cendol dah byk ramuan .

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...