Followers Remaja Purba

Friday, November 28, 2014

Kambing Bakar Ayam Penyek SAHARA



Kambing Bakar..
Mendengar malah membacanya pun dah buat mereka yang gemarkan kambing menjadi teruja..
Punca kenapa aku jadi ketagih pada kambing bakar..?
My chef hubby..
Ada ke beliau dajalkan aku selama seminggu dengan menu kambing.. diajarnya makan kambing yang dimasak sendiri oleh beliau..
Aku bukanlah penggemar kambing dan tak pernah makan pun sebelum ni.. memang totally out lah kalau sesiapa yang ajak aku makan kambing..


Baru-baru ni.. menambah keterujaan, adik aku sendiri yang syorkan satu kedai makan yang ada jual kambing bakar ni..
Kedai makan ni sempoi.. biasa je.. bukanlah restoran besar.. hanya kedai biasa dalam kawasan kampung..
Bayangkan adik aku yang tinggal jauh boleh datang makan dekat situ, walhal tak jauh mana pun dari rumah aku..
Tak boleh jadi macam ni.. nak kena cuba ni..
Maka.. baru-baru ni aku ajak hubby makan kat kedai yang adik aku ceritakan tu..




Aku suruh dak Nuha ambilkan gambar.. tetiba pulak aku rasa segan waktu ni..

Kambing Bakar..

Bakso..
Menu ni pun ok jugak.. besar bebola tu.. biasa aku jumpa cenonit je..


Aku baru berjinak-jinak dengan kambing..
jadi masih ada rasa kurang selesa bila terbaukan kambing yang sedang dibakar..
tapi demimu kambing bakar, kutahankan je rasa tak selesa tu.. kihkihkih..


 
Suasana di kedai tersebut.. waktu ni aku nak gerak balik dah..
Kedainya kecik je.. simple je.. tapi siap ada WIFI ai tell u..


Biasalah.. gambar kurang memuaskan..




Tak cukup makan dekat kedai, aku mintak tapaukan lagi..
Bagi aku banyak jugak portion kambing tu..
tapi bagi penggemar tegar kambing, sepinggan tak cukup kot aku rasa..




Landmark Kedai Kambing Bakar Ayam Penyek SAHARA..
(Kot ada yang nak cuba makan kat situ kan..)

Laluan Pertama:
Dari Klang Sentral.. terus menuju ke arah pekan Meru.. masuk ke kiri di traffic light sebelum Shell. 
Terus je ikut jalan tu.. sampai jumpa signboard Jalan Kassim di sebelah kanan..
Masuk ke Jalan Kassim tu kemudian terus je.. Kedai makan tu sebelah kiri sebelum simpang Jalan Kasban..


Laluan Kedua: 
Kalau dari Klang Sentral menghala ke Aman Perdana.. Traffic light tu masuk kanan menghala ke Jalan Haji Abdul Manan.. terus dan depan sikit ada simpang ke kanan.. simpang masuk Jalan Salleh..

Ok.. masuk simpang tu.. terus je.. Jalan Kassim sebelah kiri.. masuk simpang Jalan Kassim tu.. terus je.. kedainya sebelah kiri sebelum simpang Jalan Kasban dan bersebelahan kedai gambar..

Kena alert sikit sebab jalan tu jalan kampung takut terlajak simpang..


Lokasi kejadian waktu siang.
Kedai Kambing Bakar Ayam Penyek SAHARA..




psstt: Bersemangat bercerita.. macamlah ada yang nak pergi makan dekat situ..







10 comments:

Fazleyatul Aini said...

kambing bakar memang best
tapi saya tak suka kari kambing
bakar ok. hihi

babYpose said...

sejak 2 menjak tetingat kambing, nampak entry aiza, lagi2 menjadi.:) nampak sedap..

Haslinda Hassan Ali said...

sedapnya bakso tu

Mummydearie said...

Saya pun tak makan kambing tapi pernah kena 'pedajal' dek suami dan mak mentua. Dimasakkan sajian uzbek yang ada kambing! Saya sedap je mengunyah. Lepas tu pandai suami takut dosa (keh3x) terus berterus-terang kat saya. Baru ni saya kuatkan hati try juga makan daging kambing ni. One thinglah, bila orang kata menu kambing je, kepala saya dah membayangkan kambing sedang enak meragut rumput kat padang. Punyalah daya imaginasi sikit punya hebat!

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Daddy Ziyyad said...

Noted!

Tunggu saya pergi...nanti saya review...hahahaha

❤Kamsiah❤ said...

entah bila akak nak suka makan kambing hehe...suami dan anak lelaki ja yg dok pulun..

Mek Onie said...

baru semalam try! adik bawak,sumpah sedap gila! cukup rencah!

hameed said...

Orang ramai. Tak jadi mkn kat sana. Singgah pula di jalan kassim juga kedai nasi ayam terbaik.

hameed said...

Nasi ayam jalan kassim lagi terbaik

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...