Followers Remaja Purba

Thursday, April 17, 2014

Fuh.. Nasib baik bukan patah kat depan..



Kisah dak Kakak baru-baru ni..

K: Ibu.. gigi kakak patah..
I: Gigi yang mana.. mana giginya..?
K: Gigi sebelah atas ni ibu (sambil tunjuk kedudukan gigi yang patah tu)
I: Mana gigi yang dah patah tu..?
K: Nah.. ni dia ibu.. kakak dah basuh dah.. ibu amiklah simpan..


Simpan gigi..? untuk apa..?
Baik dak Kakak atau dak Adik (dak Nuha je belum lagi).. sejak gigi pertama dorang patah memang aku simpan..
Tunjuk bukti kat dorang.. ni kesan kalau malas nak gosok gigi.. walhal gigi susu memang akan patah jugak..
Tapi ada jugak gigi yang tak sempat diselamatkan.. macam dak Adik, pernah sekali gigi dia patah kat sekolah, dia terus buang.. 'adik lupalah ibu..' itu jawapan dia bila aku tanya mana gigi dia..



Tak habis kat situ..

K: Nasib baik bukan patah kat depan.. (sambil belek gigi kat depan cermin)
I: Kenapa..?
K: Yelah.. kalau patah kat depan, tak cantiklah ibu.. Cuba ibu tengok.. nampak tak gigi kakak yang patah ni..? (sambil senyum kat aku)
I: eemm.. tak nampak pun..
K: Fuh.. nasib baik..



Esoknya dak Kakak bagitau kat aku.. dia rasa ada gigi dah nak tumbuh.. punya happy dia.. aku layankan aje..



psstt: Walaupun hanya secebis kenangan tapi tetap berharga bagi aku melihat dak Kakak membesar depan mata..



18 comments:

Petak Bunga said...

Nanti gg depan pth, ibu ambil gmbr ek..

ZazaMyMoon said...

blom masanya lg kakak.. tiba masanya gigi dpn plak patah.. lps tu kena senyum simpul je bila jmpa org sbb x nak nmok gigi rongak depan hehehe

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi:)

:: idzwa :: said...

salah satu sweet moment..

Aziela said...

La...dah besarr anak dara tu yer Ai...

Kakzakie said...

Ibu ni melampau tau.. mestilah dia ingat gigi susu dia patah terus rongak sebab itu dia kata nasib baik bukan gigi depan. Jadi bila tumbuh gigi baru punyalah happy...

Tedi said...

haha, memang terbaik!

UmmuAidan-Arissa said...

saat patah gigi tuh anak2 nampak selekeh kan..bagus jugaktuh siibu simpan wat kenangan..hrp2 gigi kekal kekal lamalah kan..inshaallah..

Jay Ar said...

Kalau anak-anak ramai kemudian semua gigi mereka disimpan nanti boleh buat "Muzium Gigi".... :)

Amanda Suria said...

Dania kalau gigi dia patah dulu menangis macam kena dera..gigi susu je kot..tp x simpan la..buang aje..

Tihara said...

alhamdulillah seronok kan :)

❤Kamsiah❤ said...

hehe tak pernah pulak simpan gigi yg patah...

ada award utk tuan blog kt blog akak..

Mar Mansor said...

haih..pandai melawa la tu..risau gg depan pulak patah..huhu

t.a.t.a said...

Dulu masa kecil kalau patah gigi, gigi tu campak atas bumbung rumah. Supaya gigi baru cepat tumbuh. Hahaha.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Berani pulak dia mencabut gigi sendiri ye aiza... siap basuh lagi tu :)

HeNRieTTa JoSe said...

Sweetnye....

Ps...gg yg akak simoan tu, xmereput ke?

gadisBunga™ said...

saya pun simpan jugak gigi yang patah, tapi semuanya hilang sebab misplaced. hehehe~

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

haha.. bagus la kalau cabut gigi sndiri... kalo g jmpe dktor lagi saket... hahahha

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...