Followers Remaja Purba

Monday, April 14, 2014

Berehat bersama..



Kisah semalam..
Bukan senang hubby dapat cuti hujung minggu..
Dak Kakak dengan dak Adik merengek nak jalan-jalan..
Dak Nuha pun sama gedik manja lebih bila babah dia ada..
Aku..? Rutin harian mana boleh tinggal..


Bila memasing dah mula bosan, hubby ajak keluar..
Jalan-jalan cuci mata buat terapi minda..
Tak pergi jauh mana pun.. sekadar jalan-jalan sekitar kawasan kampung berdekatan..


Dalam perjalanan terjumpa pulak trek motocross..
Trek ni jadi perhatian bagi peminat motocross..
Masa kami sampai ni ada yang tengah main.. ada yang baru sampai.. ada yang tengah warm up nak main..
Jangan kata aku.. anak-anak pun teruja tengok..
Treknya pun boleh tahan..
psstt: Tetiba feeling nak main motorcross.. kehkehkeh..



Aku: Abang.. rasa macam nak patah balik rumah amik camera.. 
(masa ni aku tak bawak hp pun.. yelah.. dah kata nak jalan-jalan sekitar kampung..)
Dak Kakak: Alah ibu.. tak payah amik gambar.. guna mata je tengok ibu..
Aku: ... huhuhu.. (terdiam sekejap)



Lokasi: Jalan nak ke puncak alam.. ada satu susur naik bukit ke arah Bukit Cerakah..
psstt: Next time aku lekat sekali gambar kat sini..


Sebahagian kecil memori semalam..





psstt: Berdebar-debar dengan urusan yang nak dibuat sekejap lagi.. Moga ianya berjalan dengan baik hendakNYA..



20 comments:

  1. selamat pagi
    singgah isnin :)

    ReplyDelete
  2. nak beli motocross pulak ke bila dah nampak mcm best je diaorg bawak...hehe

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...memang seronok dapat jalan2 dengan anak2..

    ReplyDelete
  4. Dak Kakak, masalah nya kami semua ni tak dapat nak kongsi mata dengan ibu. Jadi kami tak dapat nak tengok apa yang ibu tengok.

    Hahahaha. Brilliant words from a babe's mouth.

    ReplyDelete
  5. kat mana nieyerk.. tak boleh bayangkanni... nampak menarik..

    ReplyDelete
  6. Dah lamer plan nk ke bukit cerakah....tapi msih tegendala....

    ReplyDelete
  7. Lupa ke ibu kan blogger mestilah nak ambil gambar bagi auntie tengok sama:)

    Insya-Allah moga dipermudahkan urusan hari ini.

    ReplyDelete
  8. Seronok kan spend time dengan family

    ReplyDelete
  9. Itu yg belah taman pertanian atau belah kg bkt cherakah?

    ReplyDelete
  10. rasa tak best kalau tak cukup satu ahli keluarga kan kak.. sure seronok anak2 abah dia cuti weekend..

    ReplyDelete
  11. assalam,
    Iman anak akak pun suka sangat tengok motocross...mulalah brangan bila besar nak jdi pelumba motocross.

    ReplyDelete
  12. Hahahaha...sekali DakKakak sound!

    Macam mana nak ke situ ha? Saya tak boleh imagine jalan tu..kena lalu kat kem PLKN tu ke? cer lukis peta...hihihih

    ReplyDelete
  13. Daddy Ziyyad & Nizam.Ariff:

    Kalau dari Klang Sentral, terus ke Puncak Alam.. kena lalu pekan Meru.. terus je.. Dalam 7-8km selepas pekan Meru tu akan nampak satu simpang naik bukit sebelah kanan.. Naik sikit je bukit tu, motocross tu sebelah kiri.. Kem PLKN tu simpang kalau dari arah Puncak Alam tempat kes Altantuya tu..

    Betul2 sebelah kawasan tempat simpanan pokok2 MBSA..

    ReplyDelete
  14. Bestnya jalan jenjalan cuci mata...walau tak jauh tapi klu bersama2 rasa masa tu amat berkualiti..:)

    ReplyDelete
  15. Bila anak2 dah besar2 macam saya berjalan2 bersama keluarga cuma tinggal kenangan. Kalau ajak mereka keluar pun tak nak lagi, masing2 buat hal sendiri. Akhirnya jadilah ibu bapa seperti pasangan remaja, berjalan berduaan saja...hehehehe...

    ReplyDelete
  16. Seronokkan bila sesekali dapat semua cuti... jalan dekat2 pun rasa teruja sangat...

    ReplyDelete
  17. bagus betol dak kakak.. biar ianya terakam dalam memori.. ewwah. hehehe

    ReplyDelete
  18. salam aizamia3...

    wah..nek motocross mesti rare ni.. ^^

    ReplyDelete
  19. pandainya dak kakak bagi cadangan..tp betul tuh..
    mesti rs rugi kan tak dpt capture action tuh..

    ReplyDelete
  20. oklah dapat juga luangkan masa dgn anak2 kan !

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...