Followers Remaja Purba

Sunday, April 20, 2014

Budak zaman sekarang mana kenal sayur Kelo @ Remunggai..



Macam mana dorang nak kenal kalau tak diajar makan sejak kecil.. ye tak..
Aku.. dulu membesar dalam suasana perkampungan.. jadi memang ada pokok ni ditanam tapi kat rumah nenek saudara akulah..

Kalau nak makan, tak payah beli.. petik dan boleh masak..
Sekarang susah nak jumpa pokok ni dah.. tapi orang India mesti ada tanam pokok ni sebab ni antara sayur yang mesti ada dalam masakan kari dorang..

Aku dah lama sangat tak makan sayur ni.. lama sangat..
Baru-baru ni ada tengok dalam blog Kak Kamsiah.. bertambah kuat keinginan nak makan sayur kelo @ ramunggai ni..

Kebetulan kelmarin singgah NSK beli barang basah.. terjumpa pulak sayur ni.. terus jadi pilihan untuk dimasak bersama ketam..

Akhirnya semalam selamat di masak dan dimakan TAPI.. hanya aku sorang je yang makan sebab family kecik aku tak suka..
Anak-anak hanya makan ketamnya je.. Nak buat macam mana, dari kecil aku tak ajar makan sayur ni..



Ketam Masak Lemak Cili Api bersama sayur Kelo @ Ramunggai..
Resepi boleh tanya kat en. google.. Aku main campak-campak je bahannya..



Isi dalam sayur Kelo @ Ramunggai yang belum di masak..
Kalau dah dimasak, bahagian dalamnya jadi lembut.. makan isinya dan buang kulitnya..






psstt: Adakah sayur Kelo @ Ramunggai ini akan jadi menu pilihan lagi selepas ini..? Nak gedik mintak hubby masak kari guna sayur ni sebab tak pernah masukkan ia dalam kari..





12 comments:

  1. dulu akak selalu makan sayur ni tapi tak pernah masak sendiri....tapi daun nya bukan buahnya ...buahnya slalu tngk kwn2 india masak kari.

    ReplyDelete
  2. suami akka selalu beli buah remunggai kat pennag...mcm2 cara leh masak..yg biasa buat adalah campur dgn dalca...anak2 tak makan,pahit katanya..

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah lama tak makan masakan berasaskan buah remunggai kerana salah satunya buah itu sangat sukar ditemui di sini (mungkin rumah orang India masih ada kot..). Selain dari buahnya boleh dimasak, mengikut cerita daun remunggai juga baik untuk demam campak..

    ReplyDelete
  4. Akak pun tak pandai dan tak pernah masak batang kelo ni..sebab mak pun tak penah ajar sejak kecik2..dah tua2 ni lagilah tk pandai hehe

    ReplyDelete
  5. Aku rasa mcm pernah mkn tp mgkn tak perasan...

    ReplyDelete
  6. sy ni bukan buak dah tapi tak kenal gak sayur ni.sadisnya kan.huhu

    ReplyDelete
  7. kunyah-kunyah .. hisap-hisap dan buang kan kelo ni?
    saya tak mkan sayur..
    :)

    ReplyDelete
  8. kira tau sayur nie. mgu lepas balik kampung mama baru masak sayur nie ;)

    ReplyDelete
  9. bukan budak zaman skang je Aiza...noe yg dah tua bangka ni pun x pernah makan lagi sayur ni...hehehehe

    ReplyDelete
  10. huhuhuhu saya pun tak pernah mkn sayur ni... :((

    ReplyDelete
  11. Jangan nak kata budak skrg, mak budak sekarang pun tak kenal sayur ni. Huuhuu.

    ReplyDelete
  12. Tak kenal jugak sbelum ni apa jenis sayuran remunggai ni..1st time tengok ada staff bawak opis aritu sebab dia kata kebun kat uma dia tu dah byk sgt, so dia bahagi2 kat staff lain..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...