Followers Remaja Purba

Monday, February 29, 2016

29 Februari 2016 - Tahun Lompat



Kata-kata dari my CEO..
'Integriti:
Buat kerja masa waktu kerja.. bukan selepas waktu kerja..
Waktu pejabat hanya sehingga 5:30 petang sahaja.'

Gunakan masa dengan sebaiknya..
Lepas waktu kerja adalah masa untuk bersama keluarga..


StatusHati: You have face it.. Think Positive..



Saturday, February 27, 2016

Jari manis ke jari cantik..?


Perbualan di antara dak Kakak dengan dak Adik..
Mula-mula elok je, makin lama dah macam Tom and Jerry dorang berdua..
Bila aku tanya kenapa..

'Adik ni ibu.. orang cakap ni jari manis dia kata jari cantik..'
'Betullah kan ibu.. jari cantik..'
'Meh tunjuk dekat ibu mana satu jari cantik tu..'

Dak Adik datang kepadaku sambil tunjukkan jarinya dan menyebut satu persatu..
'Ibu jari.. jari telunjuk.. jari tengah.. jari 'cantik'.. jari kelingking..'

Ooohhh.. patutlah dorang bertekak.. itu puncanya..
Kuterangkan kepada dak Adik..
'Adik.. yang itu namanya jari manis bukan jari cantik..'
'Oohh..ye ke ibu.. Adik ingat jari cantik..'
'Ingat tau.. itu jari manis bukan jari cantik..'
Dak Adik mengiyakan je apa aku kata..
Harap-harap lepas ni takdelah dia tersasul sebut lagi..



StatusHati: Bila sel-sel otak berkembang dan bergabung.. maka penemuan pelik-pelik akan muncul..



Friday, February 26, 2016

Semalam di Klinik ENT, PPUM


Setahun yang lepas..
Dak Adik pernah dimasukkan ke dalam wad hampir seminggu lamanya..
Seminggulah aku dan hubby bergilir-gilir menjaga dak Adik di hospital..
Di SINI dan di SINI..

Pagi Semalam..
Ku bawa dak Adik ke Klinik ENT, PPUM..
Sebelum ni, dak Adik mengadu lehernya bengkak.. (bengkak kelenjar)..
Dak Adik tak kata sakit tapi aku yang risau lebih..

Alhamdulillah..
Smooth je urusan dengan doctor semalam..
Masa menunggu pun tak lama.. sekejap je aku rasa..
Rasa lega dengan penerangan dari doctor berkenaan dak Adik..
Kelenjar dak Adik akan membengkak bila dia tak sihat, ditambah pulak dia ada tonsil..
Operate tonsil..?
Setakat ni belum ada keperluan mendesak ke arah itu..
Doctor pun takde nak paksa.. terpulang pada kami..


StatusHati: Hati seorang ibu..



Wednesday, February 24, 2016

Atok Sombong..


Dah lama tak dengar khabar berita dari Atok Muar..
Atokku yang sorang ni dah macam chipsmore pulak..
Kejap ada.. lama menghilang.. pehtu muncul balik..
Tahulah sibuk dengan rutin harian kat sana..
Mesti nenek vogue paksa atok buat kek ni.. wakakaka..
Nak buat macam mana.. sabarlah ye atok.. nenek kan sibuk dengan bakery dio..


Sibuk.. sibuk jugak tapi kesihatan kena jaga atok ooiii..
Nanti nenek vogue susah hati..



Dah bagi hint pada chef Hubby nak balik kampung tapi macam lambat lagi je nak balik kampung.. Anak-anak pun dah jemu asyik balik kampung Babah je..
Sabarlah ye anak-anak..
Nak balik kampung ibu tak cukup sehari.. tak puas nanti..



StatusHati: Rindu.. dah lama tak jumpa..


Dah boleh dah kalau nak melasak balik..


Hari ni..
Keadaan dak Nuha semakin baik..
Dah boleh dah kalau nak melasak balik..
Itu lebih baik dari dia melepek merengek sebab tak sihat..

Aku..
Masih belum baik sepenuhnya tapi rutin harian berjalan seperti biasa..
Tenaga aku amat diperlukan.. kalau tak, lintang-pukanglah rutin harian..
Moga kuasa supermom dikembalikan sepenuhnya ke dalam diri..


StatusHati: Susah hati bila ada urusan harian tergendala..




Tuesday, February 23, 2016

Akhirnya kecundang jua..


Alhamdulillah..
Dak Nuha dah makin ok.. takde merengek teruk macam kelmarin..
La ni turn aku masih belum kebah lagi..
Belum nak melecet je hidung ni gara-gara selesema..
Tekak pun dah sakit batuk-batuk..

Inilah bila jarang sakit..
Tapi bila sekali kena bukan main teruk lagi. Bukan setakat aku, malah hubby dan anak-anak pun sama macam aku..
Tu pasal kalau salah seorang tak sihat, memang kena standby cuti. Takut makin melarat..

Nak dijadikan cerita..
Aku mula rasa tak sedap badan dari tengahari Khamis lepas..
Tapi sampai Ahad gagahkan jugak buat kerja..
Dalam tak sihat, cuba meraih perhatian abam sayang..
Ingat Nuha je boleh merengek.. ibu pun boleh tau.. wakakaka..

Gedik kau ye Mak Budak..


Akhirnya semalam kecundang jua..
Ke klinik dapatkan rawatan.. dapatlah sikit jajan dari doctor..
Seharian berehat di rumah..
Aku dan dak Nuha mabuk ubat.. mata macam ada gam..
Moga keadaan aku hari ni bertambah baik hendakNYA..
Masih tak larat sebenarnya..


StatusHati: Aku tahu kau memahami..




Sunday, February 21, 2016

Dari Ibu bertukar Mama..??


Bila dak Nuha tak sihat..
Picit kepala, gosok badan, urut kaki tu biasalah..
Ragam budak tak sihat..
Tapi..
Dia punya rengek tu lain macam..
'Mama.. mama..'

aik Nuha.. dari Ibu bertukar Mama..?
Mama mana pulak ni..?

'Nak siasat lebih-lebih pun suspek tak berapa nak sihat.. Cer terapi minda kat ayahnya pulak..' Kata seorang kawan..
'Babah dia dah selamat pergi kerja kak.. tunggu edisi soal siasat malam nanti.. hehehe..'


Pagi tadi dah bawa jumpa doctor tapi sampai la ni tak nak makan ubat..
Jenuh memujuk..
'Ubat tak sedap..'
'Ubat pahit..'
Nampaknya kena tunggu Babah dia balik layan bagi dia makan ubat..
Kesian dia, berjangkit dari aku..
Aku tak sihat sebab batuk dan selesema berjangkit dari tempat kerja..



StatusHati: Demam teruk melanda diri..



Belum tentu senang akan datang..


Tengah malam tadi..
Kesesakan berlaku di Federal Highway..
Kerja-kerja penurapan jalan sedang dilakukan berhampiran susur ke LDP..

Melekat pulak di Susur Subang Jaya..
Kerja-kerja pemeriksaan pada binaan laluan MRT sedang dilakukan.. laluan utama dilencongkan sedikit..

Bertabahlah ye.. demi keselesaan akan datang..
Bersama-bersama susah dahulu..
Belum tentu senang akan datang..


StatusHati: Batuk dan selesema sedang menyerang..


Saturday, February 20, 2016

Bila aku sibuk berdiet..



Dulu.. lama dulu..
Bila tengok body dah mencanak naik tak slim, mulalah sibuk nak kuruskan badan.. Mind set nak slim tapi asyiklah dok makan.. Macam mana nak kurus.. Sudahnya berangan jelah..

Kemudian..
Setahun lepas.. aku nekad..
Ditambah rencah tertubuhnya 'group mental'ku..
Ironinya mereka kukenali di alam maya..
Merekalah penggalak terbaik dalam usaha 'nak slim tak nak gemuk'..

Tapi biasalah..
Kita ni tak pernah sepi dari mereka yang hanya pandai berkata-kata..
Kalau tak kuat semangat boleh lebur impian nak slim tu..
Setahun aku bertahan..
Katalah apa saja..
Kutuklah apa saja..
Aku cuba menepis sedaya-upaya..
Aku tahu keupayaan sistem badan aku..
Pelbagai eksperimen terhadap diri sendiri telah kulakukan..

Aku berjaya buktikan malah mampu menepis kata-kata mereka..
Hidup ini ibarat roda..
Mereka yang mengata tu lah datang kepadaku bertanyakan rahsia aku..
Aku tak berahsia malah pernah share dalam blog di SINI..
Kata kunci.. sabar dan kuat semangat..
Biar lambat asalkan maintain..
Nak kurus senang.. nak maintain tu yang payah..

Aku takdelah slim macam model, jauh panggang dari api..
Tapi puas hati bila mampu menyarungkan kembali sebahagian baju zaman Remaja Purbaku dulu.. yang sebahagian lagi kena diet bagi slim lagilah gamaknya.. Tak sesia aku tak buang, kan dah boleh pakai semula.. kihkihkih..

Kini..
Aku masih berusaha.. walau tak segah tahun lepas..
Bila aku gemuk, hubby tegur..
Bila aku cuba diet, hubby cakap jangan kurus sangat.. nanti peluk tak sedap.. wakakaka..

Akan datang..
Kena shopping baju baru..
Baju sedia ada tak sesuai dah, cutting lari.. huhuhu..
Moga usaha 'nak slim tak nak gemuk' aku ini berjaya mencapai target yang aku inginkan.. Lambat pun takpe janji kekal bertahan..


StatusHati: Ku tak akan bersuara.. biarlah masa yang menentukan..


Friday, February 19, 2016

'Roller Coaster' di Kampung Bukit Cherakah



Sambungan entry semalam..

Dulu.. lama dulu..
Jalan ni memang antara laluan utama aku..
Jalan yang berbukit macam roller coaster..
Pemandangan yang cantik berkabus waktu pagi sepanjang Jalan Kampung Bukit Cherakah itu..
Paling aku dan anak-anak suka..
Tekan minyak waktu naik bukit dan meluncur laju turun..
Feeling macam naik roller coaster..
Fuh... best... kecut perut.. hahaha..


 Nampak tak.. tinggi menaik..


 Perlahan je aku pandu, semata-mata nak ambil gambar jalan ni..


 Gambar kiri.. naik lagi.
Gambar kanan.. sayup je nampak hujung jalan tu..


 Keadaan jalan yang bukan saje macam roller coaster tapi juga beralun di sesetengah tempat..


Dari pandangan sisi cermin kereta..
Jalan yang baru aku tempuh.. lupa nak kira jarak dalam km semalam..


 Selesai sudah urusan dak Kakak di SINI..
Gigih petang semalam aku ambil gambar sepanjang jalan Bukit Cherakah tu..



Dulu.. jalan ni sunyi waktu malam..
Adik aku pernah kena 'usik' dulu.. syukur beliau takde apa-apa..
Aku juga bersyukur tak pernah kena 'usik' sepanjang aku menggunakan jalan ni..
Tapi itu dulu..
Sekarang dah banyak kenderaan lalu jalan ni..
Kurang dah keseraman bila memandu waktu malam kat jalan ni..



StatusHati: Badan mula rasa dedo.. bisa-bisa..


Thursday, February 18, 2016

Program Kepimpinan di Kem Bina Negara Meru Selangor (BKM IM4U MERU)


Seharian..
Hari ni berlangsungnya Program Kepimpinan 'Anda Pemimpin Hebat' untuk Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas Sekolah yang dianjurkan oleh Unit HEM SKBK dengan kerjasama Biro Tatanegara dibuat di Kem Bina Negara Meru Selangor (BKM IM4U MERU).

Program bermula seawal 7:30 pagi di mana pendaftaran dan sarapan ringkas buat peserta..
Aku pulak yang teruja lebih, macam aku pulak peserta program.. dak Kakak rileks je..
Urusan penghantaran dak Kakak berjalan dengan baik pagi tadi selepas menguruskan dak Adik ke sekolah..
Moga dengan program tersebut sedikit-sebanyak dapat membantu beliau dalam rutin di sekolah..




Dulu..
Lama dulu, laluan utama ke Kem Bina Negara ni adalah laluan yang hampir setiap hari aku lalui..
Jalan yang berbukit macam roller coaster..
Pemandangan yang cantik berkabus waktu pagi sepanjang Bukit Cherakah itu..
Paling aku dan anak-anak suka..
Tekan minyak waktu naik bukit dan meluncur laju turun..
Feeling macam naik roller coaster..
Fuh... best... kecut perut.. hahaha..
Petang nanti kalau ingat aku ambil gambar keadaan jalan tu..


StatusHati: Kenangan mencuit perasaan..


Wednesday, February 17, 2016

Petua macam mana nak anak ramai


Adakala aku suka stalk kengkawan lama punya wall..
Adakala lucu tak semenggah pun ada dorang ni..
Nak pulak bila masuk bab anak..

Kebetulan kawan sorang ni punya anak ramai..
Alhamdulillah rezeki dariNYA walau ada antara anak beliau yang mempunyai masalah kesihatan..
Menariknya siap bagi petua macam mana nak anak ramai.. kehkehkeh..

'Gile subur lu ni..'
'Petuanya sorang kena rajin.. sorang lagi jangan kedekut der..'
'Hahaha..'
'Menteri Pertahanan dengan Menteri Kerja Raya der.. Sorang bertahan sorang kena buat kerja der..'


Ni, kalau ikut petua ni.. sorang bertahan, sorang buat kerja..
Cepat dak Nuha dapat adik nih.. wakakaka..


StatusHati: Bila sesekali disapa, riangnya rasa hati..


Syiling bukan Duit..


Dak Kakak dengan dak Adik.. kalau jumpa duit syiling memang dorang ambil dan simpan dalam tabung atau buat duit belanja sekolah.. tapi bukan dak Nuha..

Bila terjumpa duit syiling..
'Nuha.. amiklah duit tu.. p masukkan dalam tabung..'
Dalam nada pelatnya..
'Ni bukan duitlah ibu..'
'Kalau bukan duit, habis tu apa..?'
'Ni syilinglah ibu..'

Bagi dak Nuha, 'DUIT' bermaksud duit kertas.. 'SYILING' bukan duit..
Jadi.. kalau ada syiling bersepah dalam rumah, sikitpun dia tak endahkan..
Tapi kalau dia nampak syiling dalam jumlah yang banyak, cepat-cepat dia masukkan dalam tabung khas dia tu..


StatusHati: Need you..


Tuesday, February 16, 2016

Menu sebelum dan selepas Majlis adik hubby


Alhamdulillah..
Majlis Pertunangan adik hubby telah selamat diadakan pada Ahad lepas..
Majlis yang simple dan ringkas memudahkan perjalanan cerita..
Kali ni nak cerita disebalik tabir pulak..

Jumaat malam tu lepas dah selesai rutin di rumah, barulah kami balik kampung..
Hubby tak dapat join majlis adik beliau memandangkan beliau ada function for CNY pada hari kejadian.. beliau cuma join malam sebelum majlis berlangsung.. siangnya kena kerja..

Pagi Sabtu, aku request nak makan nasi lemak homemade by MIL..
Ni memang menantu hantu sebab bukan aku yang masak.. kikhihkih..
Aktiviti tak sibuk mana pun, banyak masa nak rileks santai walau ada je kerja nak dibuat..

Puas hati dapat makan nasi lemak my MIL..
Untuk makluman.. my MIL meniaga nasi lemak..


Menu malam Ahad..
Ayam golek tandoori, udang sos Thai, ketam lembut bersalut tepung..
Ni lah dia bila chef hubby yang masak..


Menu tengahari esoknya..
Ikan cencaru dan keli goreng takde dalam ni..
Kuah asam semangkuk besar.. dapnye lahai..
Lepas dah makan, akviti berbowling di SINI..


Cuma satu je yang aku lupa..
Kebiasaannya, hidangan untuk tetamu memang tak pernah lepas dari lensa cameraku, kali ni aku boleh lupa nak ambil gambar.. lahai..
Macam sibuk sangat.. walhal banyak ngelat.. kihkihkih..
eemm.. nak cerita pun jadi tak best..
Takpelah.. yang penting majlis berjalan dengan baik dan smooth je..
Syukur Alhamdulillah..



StatusHati: Bukan khayalan yang aku berikan, tapi keyakinan yang nyata..



Monday, February 15, 2016

Ketidakpastian..?


Perkataan MUNGKIN..
Adakah untuk menggambarkan ketidakpastian? Atau masih cuba menafikan perasaan hati yang sebenar..?

Cinta itu bukan bererti mencintai seseorang yang sempurna tapi bagaimana mencintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara sempurna..


StatusHati: Hati dan perasaan bukan kita yang pegang.. ia milikNYA..


Sunday, February 14, 2016

Apa jaminan buat kita..?


Setiap malam ketika kita hendak tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set alarm jam untuk kejutkan kita bangun pada esok hari..
Itulah yang dinamakan HARAPAN..


Alhamdulillah..
Masih punya kesempatan untuk menghirup udara dan bernafas di sini..
Tiada nikmat yang boleh didustakan..
Syukur dengan limpah kurnia dariNYA..
Kita takkan tahu bila kita akan kembali kepadaNYA..

Nikmat yang DIA beri untuk memudahkan kehidupan kita..
Bila nikmat itu tiada baru kita terasa..
'Kita ni dah dicabut nyawa baru nak merasa sesalnya..'
Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya..
Kalau hari ni kita lebih baik dari semalam, kita adalah orang yang beruntung..
DIA bagi kita yang terbaik setiap hari..
DIA bagi kita nikmat dalam pelbagai bentuk..
'Kita akan menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh, baru DIA upgrade kita ke arah yang lebih baik..
Buat apa yang disuruh.. tinggalkan apa yang dilarang..


StatusHati: Betulkan yang biasa.. Biasakan yang betul..



Saturday, February 13, 2016

Eh!Ubi kayu..


Hujung minggu adalah waktu yang dinantikan..
Masa nilah nak balas dendam rehat pepuas..
Inipun nasib baik 'bibik' banyak membantu aku..
Meringankan sikit rutin di rumah..
Kalaulah 'bibik-bibik' ni semua rosak.. eemm..

Bukan tak pernah.. bukan tak biasa..
Aku bersyukur dengan nikmat yang diberikanNYA..
Pengalaman dulu mengajar aku erti syukur..
Sekurang-kurangnya aku reti nak buat kerja secara 'manual'..

Bila teringatkan kenangan dulu..
Tiba-tiba teringin nak makan ubi kayu cicah gula dan kelapa..
Sedapnya..
Eh!Ubi kayu..
Apa kena-mengena dengan entry hari ni..?


StatusHati: Perasaan sayang tu takkan pergi..


Friday, February 12, 2016

Happy Engagement to Adik Bongsu Hubby


7 Februari 2016 - Ahad..

Alhamdulillah..
Selesai Majlis Pertunangan adik ipar bongsu tengahari Ahad lepas..
Tahniah buat beliau dan pasangan..
Selesai satu fasa.. tunggu satu lagi fasa..


Sebahagian dari gambar majlis tersebut..
Hantaran untuk pihak lelaki..
Dari pihak lelaki aku boleh lupa nak amik gambar..

Deco yang simple but nice..

Bersama Dayang Senandung..


With dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha..
Chef hubby ada function for CNY on that day..


Bersama adik-beradik dan kakak ipar..


Selamat sudah menjadi tunangan orang..


Masih ada yang tiada dalam gambar..


Mesej dari adik ipar buat semua..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, kita semua berjaya mengadakan sebuah majlis seperti yang adik inginkan.

Terima kasih buat abang, kakak, kakak ipar, abang ipar, anak buah dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis ini.

Buat abang abang kandung yg bertungkus lumus sewaktu majlis berjalan, terima kasih. Sangat sangat terima kasih.

Buat kakak kandung yang ada dari awal hingga akhir, yang bersama sama dari awal hingga akhir, terima kasih daun keladi, hihi.

Buat kakak ipar yang mempunyai kuasa superpower, hahaha, terima kasih. Korang korang yang menjadikan majlis ni orang makan dengan kenyang. Hihi.

Buat abang lie,
Terima kasih pinjamkan isteri yang sangat ringan tulang dan ada kuasa supersayya dalam majlis ni. Terima kasih kerana menjadi jurucakap semasa pihak laki datang sini seperti yang adik harapkan selama ni. Terima kasih.

Buat abang lan,
Terima kasih pinjamkan anak isteri yang ada kuasa superwomen pada majlis yang berlangsung. Pinjamkan harta pusaka dari meru ke sini, bagi bantuan secara langsung ataupun tidak, terima kasih.

Buat kak ecah,
Terima kasih sama sama ada masa awal hingga akhir, jadi penasihat, jadi pemberi idea masa kecederaan, jadi runner, dan jugak tolong kemas masa habis. Haha. Memang itu ditunggu kan. Hihi. Terima kasih.

Buat abang fendi.
Terima kasih pinjamkan isteri yang punyai kuasa superpower yang hebat dalam menyumbang tenaga untuk majlis ni, jadi tukang cuci pinggan, cawan, tukang sapu sampah. Hihi. Terima kasih.

Yang terakhir,
Terima kasih kepada semua sekali lagi dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih sponsor hantaran, terima kasih jadi tukang buat air, terima kasih jadi tukang masak untuk lepas majlis, terima kasih dari awal hingga akhir, terima kasih yang taktau nak di ungkap macamana lagi.

Minta maaf, andaikata terkasar bahasa, terkhilaf dimana mana, terlupa jasa semua, terkurang sini sana, minta maaf. Ketahuilah, adk banyak makan semut. Hahaha.

Akhir kata, terima kasih untuk semua dalam menyumbang tenaga dan idea secara langsung ataupun tidak demi meraikan majlis yang diraikan dengan penuh kasih sayang. Hihi.

Jutaan Terima Kasih buat semua.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️



StatusHati: Kerana kau, aku masih di sini..



Pantang dipelawa..


Cukup sudah dua hari dak Nuha menemani aku..
Hari ketiga..?
Mohon cuti sesiap..
Aku tak suka bawak anak ke tempat kerja sebenarnya..
Tak suka tugas hakiki terganggu..
Dak Nuha pantang dipelawa..
Hari-hari kalau boleh dia nak ikut aku..
Ni minggu depan confirm menangis tak nak duduk rumah pengasuh..

Bila aku dah cuti pulak..
Nak gedik santai outdoor pun tak kena jugak..
Tak cukup corum sebab dak Kakak dengan dak Adik sekolah..
Mohler kita berjemaah layan cerita ulang-ulang dekat tv..


StatusHati: Sekurang-kurangnya aku tak kehilangan lagi..

Thursday, February 11, 2016

Bowling at The Summit USJ


Akan update kemudian kisah disebalik kenduri di rumah MIL Ahad lepas..

08 Februari 2016 on Chinese New Year..

Idea adik ipar..
'Jom main bowling..'

Memang cadangan yang menarik..
Nak pulak tiada bantahan dari adik-beradik, ipar-duai..
Tempat pilihan..?
Pyramid..? Malas sebab dah tentu sesak..
The Summit USJ je, tak ramai orang.. tak serabut..
Keselesaan untuk anak-anak menjadi keutamaan..
Corak permainan..? Nak kena asah balik sebab dah tumpul sangat..



Bersama family hubby dan ipar duai..
Ini pun tak cukup corum lagi..


Special lane for kids..


Alhamdulillah..
Quality time with family.. memang ohsem dan happening..
Bukan selalu dapat berkumpul macam ni, memandangkan ada yang duduk jauh..


StatusHati: Menanti detik itu..



Wednesday, February 10, 2016

Jangan hanya bergantung pada Plan A..


If Plan A didn't work..
The alphabet has 25 more letters..
Stay cool..

Jangan hanya bergantung pada Plan A..
Masih ada banyak back up plan sebenarnya kalau betul-betul nak..
#SumberFB..

Kita yang buat pilihan.
Jangan salahkan takdir..
Kita yang yang pilih untuk jadi baik @ jahat, taat @ ingkar, setia @ curang..
Kita yang pilih susun atur tiap langkah yang kita ambil..
Dan tiap pilihan itu akan ubah sesuatu..
Kita kena berani buat keputusan dan berdiri teguh dengan keputusan yang dipilih..


StatusHati: Wahai hati.. berilah ruang untuk aku tempatkan keikhlasan ini..


Masih bercuti..?


'Nuha.. nak ikut ibu pergi office tak..?'
Bila sebut je macam tu, laju je dak Nuha bangun..
Takde nak merengek macam biasa..

Di tempat kerja..
Kuumpan dak Nuha dengan pensil warna dan lukisan..
Tapi sekejap jelah dia layan..
Lepas tu, nak itulah nak inilah.. bosanler tu..

Dak Kakak dengan dak Adik pergi sekolah..
Hanya Sekolah Kebangsaan yang diberikan cuti tidak Sekolah Agama..
Pengasuh dak Nuha pulak balik kampung makanya.. ke tempat kerjalah kubawa..
'Ibu.. nak susu..' eemm.. biasa tu tanda nak tidur tapi bukan dak Nuha..
Dah puas menyusu, sambung lagi buat 'kerja'..


StatusHati: Kupendam rindu yang tak sudah..


Monday, February 8, 2016

Chinese New Year 2016


Happy Chinese New Year..
Buat semua yang menyambutnya..

Semalam..?
Majlis pertunangan adik ipar..
Tahniah buat beliau..
Gambar berkaitan belum sempat diedit..

Hari ni..
Mood makan besar semalam masih dirasai..
Hari ni sambung lagi..
Diet..?
Aku tinggalkan sesiap dekat rumah.. tak boleh ikut..


StatusHati: Rindunya... rindu sesangat..




Friday, February 5, 2016

Rindu dengan Atok Muar..


Rindu nak balik kampung..
Rindu nak jumpa semua di kampung..
Rindu nak gedik santai di kampung..
Rindu.. rindu.. rindu..

Atok Muo apa ceritalah agaknya..
Dah lama cucu atok ni tak kena tazkirah..
Tapi bila sesekali muncul kat dalam talian.. amik ko..
Kalau tak cukup kental, mahu bernanah telinga dibuek eh..
Itu kalau bab tazkirah..
Belum masuk angin gila-gila Atok Muo datang..
Memang tak kering gusi jadinya..
Sakit otot keliling perut menahan gelak..
Tapi itulah penyeri bila aku mengadu pada beliau..



Dah kurus.. nak kurus tang mana lagi..?


'Tok.. cucu atok ni dah gomok balik tok.. habis segala bapak pantang dilanggar eh..'
'Body kang main shape, tang mano gomok eh..?'
Itulah yang atok tak tahu.. banyak lomak tersembunyi..
eemm.. rindu nak dengar celoteh atok..
Nak balik kampung tapi this CNY kena balik kampung MIL.. ada kenduri..
Will update soon..


StatusHati: Akan kutunggu.. detik tiba saat itu..


Padah tidur awal..


'Ibu.. Babah pesan jangan bagi ibu tidur atas katil..' kata dak Adik..
'eemm.. sekejap je..' yang sebenarnya aku dah tak larat nak buka mata..
'Ibu.. bangunlah.. jangan tidur atas katil, Babah tak bagi..'
'Nanti Adik kejutkan ibu dekat pukul 10 ye..'

Nampak macam kejam aku tak boleh tidur atas katil..
Sebenarnya bukanlah tak boleh tapi hubby tak nak aku kelam-kabut bangun pagi nanti hanya kerana rutin harian tak terbuat..
Itu yang kupaksa gagahkan diri untuk bangun, terus siapkan kerja rumah..
Kalau aku tangguh lagi, mahu bangun pagi nanti aku kelam-kabut..

Kebiasaannya, memang takkan rehat selagi rutin harian tak siap tapi semalam letih aku luarbiasa lak aku rasa.. dan mata ni tak nampak menda lain selain dari katil..
Dapat rehat sekejap pun jadilah tapi sebab takut aku terlajak, itu yang hubby pesan pada dak Adik..

Inilah padahnya.. dah susah nak tidur semula..
Pukul 1:30 am masih lagi tak mampu nak lelapkan mata..
Makanya.. terkebil-kebil aku melihat aksi cicak berkejaran di dinding rumah..


StatusHati: Romeo India November Delta Uniform padamu..


Thursday, February 4, 2016

Entry hari ni dah 'hilang'..


Mungkin ada yang perasan, entry hari ni dah 'hilang'..
Apa masalahnya, anggap jelah ia dah selesai..
Dan.. memang tak nak ulang taip ingat balik entry tersebut dah..
Biarkanlah..


StatusHati: Rindu menguasai diri..

Tuesday, February 2, 2016

Nakal-nakal jugak.. tapi tanggungjawab jangan lupa..


Bukan ke manusia ni sangat bergantung kepada pandangan mata?
Yang tak elok mudah dibenci..
Yang mengerikan mudah ditakuti..
Yang cantik pulak disanjung dipuji..

Yang salah tinggalkan.. yang baik teruskan..
Tahu menyaring apa yang salah dan apa yang betul mengikut batas agama adalah satu keistimewaan kita sebagai manusia yang TUHAN berikan akal.
Kalau semuanya sama malah tak meletakkan agama sebagai batas-batasnya, sama ajelah kita dengan yang tak beragama..
Jadi pohonlah petunjuk setiap waktu terutama dalam solat lima waku..
InsyaAllah, semoga jalan hidup kita lurus..
#SumberNovelMeremang



Nakal.. nakal jugak.. tapi tanggungjawab jangan lupa..


StatusHati: Sistem keselamatan diri berfungsi dengan baik.


Monday, February 1, 2016

Februari 2016 tiba jua..


Bye bye Januari..
Welcome to you Februari..
Ada 29 Hari untuk aku lalui sebelum berjumpa pulak March..
April.. harap bersabar ye.. jangan gelojoh..
Mei pulak.. simpan dulu rasa cemburu tu..
Jun dan bulan seterusnya.. sabar, turn korang akan tiba jua..

Moga 2016 menambah seri keceriaanku..
Moga rutin harian dipermudahkanNYA..



StatusHati: Getar rasa di hati bila kau kembali..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...