Followers Remaja Purba

Monday, March 23, 2015

Kisah di Mantin, Negeri Sembilan dan Putrajaya


Kisah Sabtu lepas.. 21 Mac 2015 di Mantin

Menghadiri jemputan kenduri kahwin di Lorong 2, Kampung Abdullah, Mantin, Negeri Sembilan.
Kenduri anak buah sebelah MIL.
Moga kekal bahagia buat pasangan pengantin Nurul Shuhada dan Sukrinor..
Mana gambar..? Takde sekeping pun gambar dengan pengantin..
Tapi pasangan pengantin cantik berbaju biru..



Aku suka nangka masak lemak cili api campur tulang lembu..
Siap tapau lagi ok.. hubby yang mintak bukan aku..
Gambar jangan tanya sebab memang tak amik..


Teringat masa mengandungkan dak Adik..
Bila MIL pergi kenduri kahwin aku mesti nak ikut sebab suka sangat makan nasi minyak..


Pinggan makan yang rare..
Dah lama tak jumpa pinggan makan macam ni waktu kenduri besar di kampung..
Rindunya suasana waktu aku membesar di kampung..


Selfie sebelum balik bersama family dari Mantin..



Kisah hari Ahad.. 22 Mac 2015.. di Putrajaya

Pertandingan Futsal Karnival Tahunan Sukan PUSPANITA 2015 telah berlangsung di Gelanggang Futsal PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya..
Mewakili Jabatan aku.. kami berada di sana memeriahkan suasana..
Gambar nan hado..
Tanpa latihan.. tanpa strategi.. tanpa pengurus.. kami memberi saingan kepada pasukan yang mewarnai pertandingan tersebut.
Memang meriah..
Ok.. jujurnya aku tak tahu pun yang ianya dihadiri dari seluruh negara..
Bermain atas semangat kesukanan sebab peluang yang bukan selalu datang.. mencari pengalaman..



Gelanggang terbuka..
Kali pertama team aku bermain di gelanggang terbuka dan bermain pulak waktu siang..


Hampir tengahari.. dari hujan renyai menjadi lebat..
Waktu kami main hujan turun dengan lebat, alah.. bukan selalu dapat main dalam hujan..
Alhamdulillah takdelah yang cedera cuma aku jatuh dan lutut cedera sikit..
Tak nak lasak.. jangan main ye dak..
Hubby dah pesan.. 'Jangan nak mengadu kata itu sakit.. ini sakit..' tapi merengek jugak.. kihkihkih..


 Aerobikthon diadakan di dalam dewan..
 Masa ni team futsal aku dah pulang awal.. Kalah diperingkat kumpulan..
Takpe.. tahun depan kita pastikan nama kita pulak tercatat dalam sejarah..



Sementara aku sibuk dengan futsal, hubby sibuk membakar ikan di rumah mak..
Siap post gambar bagi aku teruja..
Maaflah bang.. tak teruja pun sebab aku tengah 'tak sihat'..


 Tapi petang balik dari Putrajaya tu tetap dapat rasa jugak..


Jenahak masak asam pedas..
My MIL yang masak.. sedap.. tak puas makan sebab berebut dengan dak Nuha.. kihkihkih..




Penat..
Itulah perkataan yang sesuai yang boleh aku gambarkan sepanjang cuti persekolahan kali ni..
Rumah sendiri pun jenguk-jengah macam tu aje..
Takdan nak kemas lap bagai barangan dalam rumah..
Masa aku banyak di luar rumah..




psstt: Dengan rentak yang semakin perlahan, aku takut aku akan hilang dari radarmu sayang..



16 comments:

  1. beb... kalu aku join puspanita kt pjaya tu... mesti ada jodoh kite berjumpa.

    ReplyDelete
  2. meriahnya, teringat sukna jabatan diskudai, kl dan kelantan beberapa tahun lalu....
    wauu!!! ikan bakar asam pedas....mengancam selera.....

    ReplyDelete
  3. meriahnya, teringat sukna jabatan diskudai, kl dan kelantan beberapa tahun lalu....
    wauu!!! ikan bakar asam pedas....mengancam selera.....

    ReplyDelete
  4. Laaaa..dah dekat betul la tu dgn rumah mertua saya, di Batang Benar tu...hihihih..kat situ, kalau kenduri kahwin, mesti buat lauk kampung..sedappp

    ReplyDelete
  5. bestnyer kak... aktiviti mkn kenduri tu best pastu berfutsal lak... ptt lah ko selim kak...

    sedapnyer ikan bako ngn asam pds tuh... menggoda

    ReplyDelete
  6. yan pun suka makan nasi minyak..sedap..

    ReplyDelete
  7. Kendiri kawen dikampung memang tak tingal nangka ngan rebung aiza..biasanya la

    ReplyDelete
  8. Minggu ni akk plak nk gi org kawen.. weee

    ReplyDelete
  9. best kenduri kawen ..mkn sedap2.... yg lastu lg sedap tu .... wallah

    ReplyDelete
  10. Sayang sekali musim mengawan cuma seminggu sebab cuti sekolah cuma seminggu, kalau tidak lebih banyak terima jemputan kenduri..

    ReplyDelete
  11. saya paling suka masak lemak nangka
    ratah pun sodap :)

    ReplyDelete
  12. Assalam aiza,
    waaaaaaaaaa
    tempting betoilaaaaaaa asam podaih itu

    ReplyDelete
  13. amboi padatnya cuti haaa hihihihi

    rajin akak bersukan kan dan kuat badan akak. kira ni bab bersukan mesti tetiba jadi macam lembik lemah longlai. yang ye nya MALAS kahkahkah

    ReplyDelete
  14. Mak oiii kalau di jamu mcm ni mmg la sodap....x sampai hati nak diet

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...