Followers Remaja Purba

Wednesday, March 11, 2015

Tertunai sudah hasrat hati buat mereka di Wad Pediatrik 8A, PPUM



Sambungan kisah pagi semalam.. di SINI..

Kes aku:
Sakit pinggang sebelah kanan melarat rasa sakit hingga ke peha..
Terasa sengal sakit berdenyut-denyut..
Dah lama sebenarnya sakit pinggang ni..
Sejak zaman sekolah lagi sebab pernah jatuh masa aktif bersukan..
Sekarang.. dalam usia remaja purba ni baru terasa kesannya..
Kalau aku terlampau aktif seharian dalam mengerjakan rutin harian hingga keletihan, sakit di bahagian pinggang pasti akan menyerang..
Jadi.. apa yang perlu aku buat..?


Hasil perjumpaan dengan doctor di RUKA, PPUM..
Doctor cuma memaklumkan masalah saraf pada pinggang..
Tekanan kuat akan berlaku bila buat kerja-kerja berat..
Tulang belakang ok.. tidak dihimpit oleh saraf atau tulang..
Pilihan yang ada.. makan ubat, kemudian rehat..
Ubat yang membantu hanya ubat tahan sakit yang doctor bekalkan..
Tapi jika diambil secara kerap untuk tempoh jangka masa panjang akan memberi kesan kepada buah pinggang..

Kesimpulan:
eemm.. takde ke doctor pakar yang boleh membantu aku dalam kes ni..
Aku nakkan jalan penyelesaian..
Aku nak tahu keadaan pinggang aku..
Kenapa makin lama makin teruk aku rasa..
Kalau sekadar bagi minyak angin dan ubat tahan sakit.. kat rumah aku pun ada..




Kisah tengahari semalam di Wad Pediatrik 8A, PPUM..
Tertunai sudah hasrat hatiku nak bagi red velvet kepada doctor yang merawat, nurse yang menjaga dak Adik dan semua staff yang terlibat di Wad Pediatrik 8A, PPUM..
Terima kasih buat semua.. terima kasih banyak-banyak..
Kisah dak Adik di SINI..

Buat semua yang bertugas pada 25 Februari hingga 02 Mac 2015..
Ketika dak Adik dimasukkan ke dalam wad tersebut..



Khas buat Dr. Yasmin..
Doctor kesayangan dak Adik..
Kebetulan masa aku dan hubby hantar ni, beliau turut ada dikaunter jururawat..
Dia masih ingat dak Adik 'mestilah saya ingat.. dia boyfriend saya..'
Aku pasti beliau akan menjadi kesayangan kebanyakkan pesakit..


Kenangan..
Dari katil 29 pindah ke katil 24..


Selepas 6 hari tak dapat tengok dunia luar..


Salam hug and kiss from dak Adik buat semua..




psstt: Homemade red velvet cake tersebut disediakan oleh adik hubby..



13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

SINGGAH TENGAHARI

Amanda Suria said...

Alhamdulillah adik sihat akhirnya...semoga follow up utk dak adik nanti berjalan seperti biasa..amin..

idzwa kamaruddin said...

alahaiiii sakit tu..

norhidana miswan said...

msti seronok nurse n doctor kt situ tuh, rasa diri dihargai...

aduhla gtu je doc blh bg takat ubat tahan sakit pingang je, klu camtu takde penyelesaian lah kan... sbb esok2 akn sakit lg tanpa kite tau nape

lieyalatif said...

alahai terharu staff wad tu semua ade buah tangan dari bekas pesakit....tu la kan, org buat baik kite balas baik...same2 dpt berkat....in sha Allah...

che mid said...

Alhamdulillah..yang sakit dah sihat, dan yang ditinggal pun dah dapat ole-olenya he he

Kakcik Nur said...

Slip disc ke Ina?

Kakcik dulu macam tu juga, sampai kena masukkan skru kat tulang belakang...

Alhamdulillah Dak Adik dah sihat. :)

Rai OurKizuna said...

salam kak.. cuba jumpa chiropractor.. saya ada kenalan seorang doktor yang bukak chiropractic clinic kat PJ.. kalau akak nak cuba boleh saya bagi contact nanti

JR said...

Jangan putus asa tentang sakit pinggang tu kerana setiap sakit pasti ada ubatnya..Cubalah minta nasihat dari doktor2 yg jadi rakan blogger kita seperti Dr Daddy Ziyyad dan Dr Norashikin...

iryanty ahamad said...

Asalamualaikum..alhamdulilah adik dah sihat....semoga adik terus aktif seperti kanak2 lain..amin

Dr Singa said...

nak oderrrrrrrrr!!!!!!

Acik Erna said...

Alhamdulillah tertunai sudah hajat..ibu dan dak Adik

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam aiza,
alhamdulillah

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...