Malam minggu.. 28 Mac 2015..
Apa nak buat ye.. program makan-makan bersama adik-adik hubby..
Memandangkan dak Kakak ada program di sekolah, kami tak boleh nak berjalan jauh..
In case kalau ada apa-apa berlaku pada dak Kakak, kami ada berdekatan..
Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan baik..
Terima kasih pada semua cikgu dan urusetia yang menjayakan program siri kedua bagi semua pelajar perempuan Tahun 5 di SKBK..
Ok.. berbalik pada malam minggu kami.. nak makan di mana..
Adik ipar pilih menu berunsurkan kambing..
Ada dua tempat pilihan sama ada nak yang dibakar atau yang digolek..
Siap call kekonon nak reserve dan bertanya menu apa lagi yang dihidangkan..
Ini bagi memudahkan kami membuat pilihan..
Akhirnya kambing golek di Restoran 1894 menjadi pilihan.. kepunyaan Sajian Kak Zu..
Aku pernah cerita berkenaan restoran ini di SINI..
Juga boleh buka fanpage 1894 di SINI..
Set Menu dan senarai harga yang boleh dipilih di 1894..
Senarai harga makanan..
Pada sebelah kiri atas adalah harga untuk set kambing golek..
Senarai harga minuman..
1894.. no Lot tanah di situ..
Pelbagai roti ada dijual.. tapi tak sure malam ada ke tak..
Aku rasa menu roti ni sebelah pagi je..
Aku nak tanya lelebih, kesian pulak kat abang yang amik order tu..
Dak Adik yang tak suka nak bergambar.. tu pun snap curi-curi..
Dak Nuha.. jangan tanyalah.. pantang tengok kita selfie..
Dengan aku tu.. dak Wafie a.k.a Udin.. anak adik hubby..
Set Kambing Golek Jalan Meru
Abang Brother Bro (Set Tulang Kambing Bakar)
Ni adik ipar punya.. aku tak pandai makan sup kambing..
Chicken Chop..
Sos tak berapa kick bagi tekak akulah..
Tapi aku suka wedges dia.. selalu jumpa French Fries yang biasa je..
Kali ni.. demok-demok wedges tu..
Wedges untuk set kudap-kudap kami..
French Fries lupa pulak nak ambil gambarnya..
Tak dapat nak ambil gambar lelebih sebab dak Nuha tak lepaskan hp aku..
Alhamdulillah..
Menu pilihan kami sedap.. thumbs up untuk 1894..
Dari segi penambahbaikan..
Sos untuk chicken chop tu boleh diperbaiki lagi..
Air minuman di serve lewat sedikit.. sikit je pun..
Secara keseluruhan..
Layanan diberikan sangat baik.. pelanggan tidak dibiarkan menunggu lama..
Mesra, rileks dan santai je.. mood aku juga memainkan peranan sebenarnya..
Aku doakan moga Restoran 1894 semakin berkembang maju dikenali ramai..
psstt: Agak-agak lepas ni aku boleh dapat tak set kambing golek percuma.. dah dua kali buat food review ni..
sedap nie
ReplyDeleteakak mmg suka kambing kan.. husband akak buat menu kambing pun sedap.. first time makan masa akikah dak nuha dulu..sedappp
ReplyDeleteOoooohh..no lot tanah rupa rupanta 1894 tu...hahaha..
ReplyDeleteRoti canai ada malam2..tak tau la masa saya dtg makan malam tu, kebetulan mmg dia ada buat.
Betul tu, wdges dia sedap.
Air nescefe tarik dia pun sedap! sebab saya hantu nescefe hahaha
Kita ni selalunya bagi review percuma je...maklumlah 'kita bukan siapa-siapa'...
ReplyDeleteramai dah yg review restoren ni ... 1984 tu no kedai rupanyekan
ReplyDeleteYan suka segala msakann yg ada kmbing..sedap
ReplyDeleteNampak sedap dan harga tak melampau.
ReplyDeletelieya hantu kambing...sure suke gak kalo dpt menu2 gini heheeheheh.... tu laaa yg penting semua hepi ....harga pun lieya tgk okey tu...berbaloi2 utk repeat dtg lagi ni....
ReplyDeleteAssalam aiza,
ReplyDeleteooohhhh kambing
sedapnya uols
Padanlah rasa macam pernah baca rupanya dah dua kali review tak berbayar. Harapnya mana tau ada rezeki tuan restoran bagi percuma. Pergilah buat kali ketiga pulak :)
ReplyDelete