Followers Remaja Purba

Friday, March 27, 2015

Kemalangan Maut..


Pagi semalam sesak teruk yang luarbiasa..
Ingatkan sekadar sesak biasa.. rupanya ada kemalangan..
Ingatkan hanya kemalangan biasa.. rupanya kemalangan maut yang membabitkan 3 buah kenderaan..
Kemalangan berlaku di KM 14.4 NKVE dari Subang arah Damansara..
Maklumat lanjut boleh diperolehi di SINI..




Dari 6.30 am hingga 8:31 baru sampai di pejabat..
Jarak perjalanan tu dah sama jauh macam nak balik kampungku di Selatan.. huhuhu..



Petang semalam..
Aku minta kebenaran balik setengah jam awal.. sebab kena ambil dak Kakak balik sekolah..
Tau apa jadi..
Memang tercatat dalam sejarah dalam blog ni..
Kemalangan lagi..
Kali ni dua buah lori KM 5.4 NKVE dari Shah Alam arah Setia Alam..
Kemalangan membabitkan dua buah lori..
Laluan kiri dan tengah terhalang..
Sangat stress seharian berhadapan dengan kesesakan sebegitu..

Sudahnya laluan alternatif kupilih..
Itupun sebab minyak kereta tinggal sikit.. tak berani nak amik risiko..
Masuk susur Bukit Jelutong.. dan terperangkap jugak di laluan menuju ke UiTM Puncak Perdana..



Dari pukul 5:00 pm hingga 7:23 pm aku mengharungi super-duper sesak petang semalam..
 Satu perjalanan yang memenatkan semalam..
Kesian pada anak-anak.. rasa kurang terurus dorang malam tadi..



Pagi tadi..
Aku lewat setengah jam dari rumah..
Di NKVE..
Trafik sesak ke persimpangan Subang Jaya..
Kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan..
Uwaaaa... letih lelah semalam tak hilang lagi.. tambah lagi pagi tadi..


 Tak cukup stamina rasanya pagi tadi..





psstt: Ya!Allah.. kau kuatkan semangatku.. moga aku menjadi seorang yang lebih sabar dari biasa..



13 comments:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

huhuhu... sama la... Pada hari kejadian, teman awal seminit dua dari kemalangan tu... based on my observation, pihak PLUS dan pengguna pun salah... Pihak perlu letak sign lebih jauh lagi untuk kerja2 naik taraf tu... dan penguna perlu patuhi had laju yang di tetapkan tu... Memang bahaya betul pada waktu tu...

Rai OurKizuna said...

nasib kita kak.. kerja kat bandar ni mmg sentiasa terperangkap dengan jem.. sebab tu bila hujung minggu, kami malas nak keluar ke mana mana.. nak duk rumah je.. pening mengadap jem dah..

CikSiti said...

takziah pada yg kemalangan tu..saya memang ngeri lalu tempat2 accident ni..

jangan stress2 ye benda mcm ni memang diluar kawalan kita huhu..

Nurzakiah Hanum said...

oooo

eima said...

2 hari bertutrrut2 jem ... mmg jd sakai dlm keta ...huhu

stress wooo

aji nugraha said...

ada ada aja,,,,Obat Maag

hainom OKje said...

Sabar jerlah Aiza. Dah namanya KL gitulah....
Malang mmg tak berbaukan.

JR said...

Masa saya kerja kat Lembah Kelang dulu jam adalah musuh nombor satu. Nasib baik sekarang tinggal di bandar kecil, tiada lagi masalah jam yg teruk...

logorithm said...

Stress betul kalau terpaksa mengharungi traffic jam begini hari-hari.

ewanthology said...

kena cari kerja baru, yg dekat dengan rumah, atau kena cari rumah baru, yg dekat dengan tempat kerja...

hehe

Pha Is said...

banyak giler eksiden...

mardiana abu darin said...

Uwaaaa! Tak sanggup nak tempuh jem...

Kira Sakura said...

hukkkkk memang boleh stress duduk dlam kereta lama2 nak2 pulak klu dalam pala otak duk ingt ank x ambik lagi.

kira yg kadang jem dalam setengah jam pun dah panas bontot. ini pulak akak yg berejam2 huuuu

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...