Followers Remaja Purba

Wednesday, March 18, 2015

Klinik Pediatrik PPUM


Kisah pagi semalam di PPUM..

Rawatan susulan buat dak Adik selepas keluar wad baru-baru ni..

Rawatan meliputi..
Ujian Darah..
Sangat diperlukan bagi mengetahui keadaan buah pinggang dak Adik.. memandangkan kes dak Adik di SINI..

Ujian Air Kencing..
Ada darah sikit.. but still ok.. takde jangkitan.. itu yang doctor katalah..

Tekanan Darah..
Part ni yang aku lupa..
Boleh pulak aku bagi dak Adik main game..
Sudahnya masa check BP dak Adik.. mencanak naik..
Kali kedua buat.. Alhamdulillah ok.. tapi tinggi jugak sebenarnya..

Berat dak Adik turun 2 kg.. sejak keluar wad, dia tak berani nak makan sembarangan.. tu yang turun beratnya..



Kali pertama 130/60.. Kali kedua better than that..


Budak bosan menunggu..
Ada je menda dia usik.. nak buat.. naik BP aku dibuatnya..


Doctor highlight kes dak Adik sebagai URGENT..
Mana taknya.. kami menunggu 2 jam.. dipanggil masuk untuk ambil ujian darah dan air kencing..
Lepas tu nak kena tunggu lagi..
Fuh.. mulalah aku bebel-bebel manja..

Punca lewat sebab kekurangan doctor.. tapi yang buat hatiku sejuk.. doctor tu pandai mengambil hati kami walau pada awalnya dak Adik tak nak bagi kerjasama waktu nak ambil darah..
Meronta-ronta usah cakaplah.. tapi biarlah ia jadi kenangan aku..



Penat menunggu.. dah kenyang makan.. letihlah tu..


Aku pun sama bosan..


Hubby pulak ada urusan dengan abang dia di Puchong..
Sudahnya.. 'takpelah.. abang baliklah dulu.. nanti saya balik naik teksi..'
Macam tak percaya je hubby dengan statement aku..
Lagi-lagi pulak dengan anak..


Beratur di sini..



Waktu dalam teksi.. dak Adik tanya.. 'Ibu tahu ke nak balik rumah ni..?'
Hanya disebabkan kami kena naik teksi, dak Adik jadi macam was-was pulak..
Kihkihkih.. kelakarlah adik ni..




psstt: eemm.. buat my sweet stalker.. nak aku hilang dari radar terus ke..?



9 comments:

JR said...

130/70 tak lah tinggi sangat walaupun bacaan normal 120/80. Tapi sebagai kanak2 patutnya tak sampai tahap 130. Mungkin masa ambik tu dak adik takut kot, itu yg gementar dan darahnya naik..?

tiga lalat said...

Salam. Hee bengang kann dengan sweet stalker.

Daddy Ziyyad said...

doc kat paediatric, kalau tak tau amik hati patients, baik la tukar ke department lain...hahaha

Nizam.Ariff said...

Semoga cepat sembuh dan kembali sediakala...

Amanda Suria said...

Makan hati kalau doc x reti amik hati patients. .harap Dr Faizie x macam tu...

Sham said...

Yg penting dak adik stay happy n ceria...

norhidana miswan said...

cobaan dak adik yek, moga pasni dak adik makin sihat spt sediakala lah ye

biasalah kak kalu kt hospital mana pun... dana biasa dh kene utk kes aiyan

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam aiza,
he3
adik tak percaya kat ibu dia yer he3

Aziela said...

Follow up jangan putus yer Ai.... Sayang kalau putus...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...