Followers Remaja Purba

Monday, June 30, 2014

Dusun buah di Sg. Lui, Hulu Langat



Dah bertahun-tahun aku tak pergi Dusun Paklong aku di Sg. Lui, Hulu Langat.. Lama sangat..
Minggu lepas ayah suruh pergi sana sebab durian dah luruh..
Fuh.. kembang kempis kempus hidung aku bila dengar buah durian ni..
Aku tak suka buah durian tu.. kesian buah durian jadi mangsa ketidaksukaan aku..

Fikir punya fikir takkan nak pergi waktu bulan puasa pulak kan..
Mengambil ruang yang ada pada Jumaat lepas selepas selesai urusan mengambil report card anak-anak di sekolah, kami terus ke sana..
Rasa teruja sebab memikirkan mesti dah ada buah yang masak selain dari durian..
Tapi.. bukan semudah yang difikirkan..



Trek yang aku kena lalui..
Bukit pertama.. lepas..
Bukit kedua.. cubaan kali ketiga tak berjaya..


Kami patah balik turun.. tunggu paklong ambil kitorang kat laluan masuk utama..



Dulu... long time ago.. bolehlah bawak awek hubby tu masuk..
La ni trek tu dah makin mencabar.. sangat tak sesuai buat awek hubby mendaki..
Senang cakap.. kalau kereta dah 'tancap' cantik-cantik.. tak usahlah ngengada nak bawak masuk trek yang sesuai untuk 4x4 tu..
Sebenarnya boleh je.. sebab ada je kereta yang boleh lepas trek tu.. aku tak nak ambil risiko.. sayang wooo kat awek hubby tu..

Akhirnya lewat petang kami sampai kat dusun paklong..
Menu utama: Durian lah..
Aku tengok kan je..


Bertemankan cahaya dari lampu karbait.. 

Dak Adik hanya makan durian yang isinya tidak lembik..
Kalau lembik memang taklah dia nak makan..


Cempedak madu pun ada..
Kalau ada yang nak beli.. bagitau aku.. serious buyer only..
hehehe.. macam dusun tu aku yang punya pulak..
Buah Manggis, rambutan, duku belum masak..
Nasib baik.. kalau tak.. confirm penuh bonet kereta..


Sambil riba dak Nuha yang tidur keletihan.. sempat lagi mintak dak Adik bergambar..


Paklong melayan tetamu yang datang..




psstt: Bulan puasa macam ni tengok jelah.. tengok itu nak.. tengok ini nak.. bila waktu berbuka sikit je makan.. maka.. elakkanlah dari berlaku pembaziran..



6 comments:

faraherda.razalan said...

Amboih! Syok tgk org mkn deghoyan ni! Sodap! Hehehe....

Cik Asma BLuppy said...

perghhh durian! sedappnya!

Nurzakiah Hanum said...

best kan

Rai Ourkizuna said...

haduuhh.. kalau nampak dek husband saya ni.. dia tengah mengidam durian sekarang.. baru aritu beli 6 bijik.. panas sampai tak boleh tido malam dia.. hahaha..

kita yg ngandong dia yg ngidam.. haha

ZazaMyMoon said...

terbaek lah malam2 redah dusun.. baru betul lepak dusun sambil mkn doyan namanya ni.. hehe

Aziela said...

Sedapnyaaaaaa durian. Akak pula suka yang lembik berkrim tu....

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...