Hanya disebabkan my pakwe merajuk, ni yang lambat siapkan entry ni..
PJ International Fair 2014 - Folklore Festival
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama International
Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts, (CIOFF)
akan menganjurkan PJ International Fair 2014 Folklore Festival
bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-8 dinaikkan taraf sebagai
sebuah bandar raya.
Festival kesenian antarbangsa ini melibatkan penyertaan kumpulan
kebudayaan dari dalam dan luar Negara seperti Indonesia, India, Mesir,
Sri Lanka, Iran, Senegal, Korea, Thailand, Kenya, Bangladesh, Ghana,
Jepun dan Nigeria serta tidak ketinggalan kebudayaan tempatan Malaysia.
PJ International Fair 2014 yang bertemakan Kesenian Rakyat merupakan
kesinambungan kepada edisi pertama 2013 yang dikenali sebagai “PJ
International Fair yang bertemakan Sustainable Lifestyle Green Living”
yang telah berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2013.
PJ International Fair 2014 Folklore Festival akan menampilkan
acara-acara menarik yang dipersembahkan oleh negara-negara yang
mengambil bahagian dengan menampilkan 4 segmen utama iaitu persembahan
kebudayaan rakyat, sukan rakyat, demonstrasi masakan tradisional,
pameran dan jualan barangan kraftangan.
Festival ini antara lain bertujuan untuk mempromosikan Bandar raya
Petaling Jaya khususnya dan Negeri Selangor serta Negara Malaysia amnya
sebagai sebuah destinasi antarabangsa yang berdaya huni melalui
keharmonian budaya, ciri-ciri persekitaran terbaik dan
aktiviti-aktivitinya yang menarik.
Gambar persiapan sebelum malam pembukaan Jumaat lepas..
Lagi gambar menarik boleh layari FB MBPJ..
Cantik dan menarik tong-tong sampah yang ada..
Tengahari hari Jumaat tu saje jalan-jalan cuci mata ketika matahari terik atas kepala..
Antaranya..
Memanah.. 12 batang RM10 tapi aku tak dapat main sebab instructornya pergi solat Jumaat..
Pelikat Pants Afdlin Shauki..
Baru di bina..
yang ni aku tak tahu apa kegunaanya..
Bukan selalu dapat bergambar di tengah jalan yang sentiasa sibuk ni..
psstt: Perasmian Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 pada malam Jumaat lepas bertempat di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.. turut menyajikan persembahan tari dari 8 negara dan 6 negeri di Malaysia. ---> aku tak dapat pergi..
seronok nyer!
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTeringin nak cuba aktiviti memanah.. :)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTeringin nak cuba aktiviti memanah.. :)
Nampak best aje....
ReplyDeleteBest je.. btw follow blog awak.. #760
ReplyDeletehttp://aisyahambris.blogspot.com
best jugak... mcm2 ada... kalu ad sampai ke mlm msti syok... sejuk je sambil2 jln2 ke booth2 yg ada...
ReplyDeletesepelaung je dari rumah saya tapi tak sempat sangat nak pergi!
ReplyDeleteNuha tak ikut ke?
ReplyDeleteSeluar kain pelikat sekarang macam dah jadi trend kan.