Followers Remaja Purba

Tuesday, June 10, 2014

Melayan kerenah anak-anak..



Bila tiba musim cuti persekolahan.. Nak bercuti.. hubby tengah banyak kerja..
Bila ada ruang untuk bercuti.. aku pulak tak boleh..
Tapi aku bersyukur sebab anak-anak bukan jenis 'memaksa' nak pergi bercuti..
Dapat tinggal kat rumah atok dengan wan dorang pun tak cukup best pada dorang..



Sebahagian kecil kerenah anak-anak..


Kisah dak Kakak..
Semalam aku ambil dak Kakak kat rumah atoknya.. memula tak nak balik tapi bila aku ingatkan dia yang dia ada latihan nasyid kat sekolah.. kena jugaklah dia balik..
Atoknya siap pesan.. 'Esok datanglah balik..'


Kisah dak Adik..
Dak Adik takmo ikut aku balik..
'Adik nak tinggal kat rumah atok boleh tak ibu..? Adik nak tinggal jugak kat rumah atok..'
'Kalau atok bagi.. baru boleh.. kalau tak bagi adik kena ikut ibu balik..' Sengaja aku sakat dia..
'Atok.. nak tinggal kat sini boleh tak tok..?'
'Boleh..'
'Alah abah.. kenapa abah bagi..' Gelak abah dibuatnya..
Sukalah dak Adik..


Kisah dak Nuha..
'Bu.. Jom ngok wiwi..'

Memula aku tak dapat tangkap apa yang dia cuba sampaikan.. ghupenya ajak tengok tv..
Siap tarik tangan aku ke ruang tamu dan dia sendiri yang buka tv..
Mentang-mentanglah tv tu tak 'tergantung'.. senanglah nak off on ye Nuha..




psstt: Moga urusan harian kita semua dipermudahkanNYA.. amin..



10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

macam2 kan

idzwa kamaruddin said...

ragam anak-anak yg membuat kiter tersenyum :)

Cik Asma BLuppy said...

syok betol duk umah atok ye sampai takmo balik macam anak buah kite jugak. puas mak abah die pujuk balik. hehe

amirah said...

ragam anak2 masa cuti sekolah memang macam2...

Rai Ourkizuna said...

untung diorang.. rumah atuk pun tak jauh mana.. senang nak berulang alik kan.. hehe..

Kakzakie said...

Apa yg pasti rumah atok is the best buat anak-anak bila cuti sekolah ni..

JR said...

Semua anak-anak berbeza perangai, indahnya bila anak ramai melihat kepalbagaian perangai mereka...

Daddy Ziyyad said...

Dak Nuha, cakap kat mommy " jom ngok yayang"...hahaha

Pha Is said...

cucu atok betol.. heheh

Puan Kutu said...

samalah kita..macam sy plak..waktu ada budget takde masa pulak,bila ada masa,budget pulak kurang.dok lepak rumah jer la.hehe

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...