Dah lama tak ronda KL malam minggu.. Biasa lepaking kat Shah Alam je.. Wah! seronoknya dapat keluar bersama family bergumbira di hujung minggu tapi yang tak bestnya dak kakak boleh tidur dengan jayanya sedangkan susur NKVE pun belum sampai.. Aduh! Kakak.. Ibu suruh tidur kakak syok main kat luar.. Sudahnya cuci mata je tengok sana tengok sini..
Dari Dataran Merdeka terus menuju ke Taman Tasik Titiwangsa.. Layan sekejap dorang main kereta control.. Aku..? Dalam kereta temankan dak kakak.. Si Adik dengan hubby je yang layan.. Aku teman kakak sambil layan blog dan mukabuku..
Akhirnya aku pun turut lena dikala belum sampai NKVE ketika dalam perjalanan pulang.. 'Ni yang nak lepak sampai pukul 3 pagi..' Kihkihkih.. mataku ini memang telah diset sebelum tengah malam mesti dah tidur.. tu yang hubby malas nak ajak keluar walaupun aku merengek-rengek bagai.. Ni dapat keluar pun lepas sesi pujuk ala-ala gatal.. hahaha...
pssttt:
Pos ini lewat dikeluarkan kerana aku baru bangun tidur... wah.. nampak sangat tipunya.. ;)
bila nak singgah muar melawat cik scc dan johor bahru mealwat aku? wuhahaha
ReplyDeletenak janji nanti korang tuntut..
ReplyDeleteaku redah je satu hari nanti.. ;)