Followers Remaja Purba

Thursday, April 28, 2011

Hujan dan Jalan Sesak

Lokasi: Balik kerja

Hujan dan jalan sesak memang tak boleh dipisahkan macam irama dan lagu..

Lewat..?
Ye.. Aku lewat nak ambil kakak balik sekolah.. Biasa sebelum pukul 6 aku dah hampir sampai kat sekolah, ni aku masih di sini.. Aku jadi kelam-kabut disebabkan jalan sesak a.k.a jem ni..

Semua orang mengalami perkara yang sama - jalan sesak tapi hari ni memang antara hari yang luarbiasa sesaknya.. Aduh.. Pukul berapa pulak aku nak sampai rumah.. Nak ambil adik kat rumah nenek dia a.k.a pengasuh lagi, kakak confirm ada homework.. Lepas tu aku nak tempuh jarak 35km lagi.. Tu belum ambik kira kat susur Subang lagi..

Sabar.. Sabar.. Bak kata sorang bos tu.. Alah.. Jem kat situ tak mencabar.. Huhu.. Lenguh dah kakiku ini..

psstt: kakak.. Sabar ye.. Tunggu ibu.. Ibu terperangkap dalam kesesakan jalanraya ni..

4 comments:

aizamia3 said...

gila..! Sempat aku post entry kat tetengah jalan jem ni..

Faris Adli said...

ni dah macam petua encik ben je..buat entri kat mana2 :-)

Sal Saari said...

tu namanya semangat berblog..

aizamia3 said...

Faris:
boleh je buat entry di mana2 tapi kena tanpa kehadiran askar2ku itu.. ;)



Sal Saari:
betul bersemangat sebab lama sangat terperangkapnye..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...