Followers Remaja Purba

Friday, April 22, 2011

Nanny 911 at NTV7

Sepatutnya entry ni semalam lagi aku publish tapi baru nak karang ayat aku dah lena sambil peluk bantal peluk..

Aku jarang layan NTV7 sejak dah ada channel astro ni.. eksyenlah pulak.. tapi malam semalam aku tengok tajuk tu macam menarik dan ada pengajaran disebalik kisah tersebut. Kalau tak silap aku cerita ni hari Rabu, pukul 9 malam.


Kisahnya:
Satu family ni ada kembar 3 yang kesemuanya boy dan lingkungan umur 5 tahun (sedang membesar dan memerlukan perhatian yang lebih), kembar 3 ni digambarkan sebagai kembar yang nakal dan di sini bantuan diberikan bagaimana cara nak uruskan anak-anak tersebut.

Si bapa diminta meninggalkan rumah untuk tempoh seminggu (aku agak sebab masa aku tengok cerita ni pun dah half way), dan si ibu ditinggalkan bersama dengan kembar 3 ni untuk meluangkan masa bersama (sebab ibu dan bapa ni berkerjaya). Pada mulanya si kembar 3 ni tak boleh terima yang bapa dorang akan pergi, menangis melalak meraung halang bapa dorang jangan pergi.

Sementara si ibu tinggal bersama kembar 3 tersebut, pelbagai kerenah terpaksa diselesaikan oleh si ibu dan kebanyakkan masa marah dan menjerit kepada si anak, akhirnya the Nanny yang turut serta dalam rancangan tersebut terpaksa masuk campur dengan memberi nasihat dan cara mengatasi anak yang nakal itu.


Kesimpulannya yang aku dapat dari cerita ini:
Untuk mendapat perubahan yang positif, kita kena bersabar dalam meledani kerenah anak-anak, kalau sebelum ini asyik kena marah tapi kini ajak anak-anak duduk dan bincang dari hati ke hati apa yang kita mahu dari si anak dan apa yang anak tak suka dari perbuatan kita terhadapnya bila kita marah dia. Cerita ni agak menarik dan tak rugi tonton untuk dapatkan tips-tips menarik tapi aku pun jarang tengok tv, kalau ingat minggu depan aku layan..





RALAT:
tajuk sebenar 'Nanny 911' dan bukannya 'Fringe'..
credit tu Bujal atas pembetulan tajuk..


psstt: kes mengantuk + letih ni, lain kali jangan buat macam ni ye.. peringatan untuk diriku.. tapi macam mana pun cerita tu memang menarik, aku suka.

8 comments:

  1. dear, u've been tagged here:

    http://ezadatul.blogspot.com/2011/04/contest-candid-dari-blog-suemuncet.html

    ReplyDelete
  2. he~~salah tulis tajuk kot~~cerita tu tajuk nanny 911~~cerita fringe tu lain sipnosis~~

    *ke saja kamu memang buat macamtu?

    he~~

    ReplyDelete
  3. wah, bujal lagi tau segala-galanya...

    ehheheheheh!

    ReplyDelete
  4. alamak.. betul ek.. oh diriku yang tak perasan.. jap nak buat pembetulan.. terima kasih atas keprihatinan..

    ReplyDelete
  5. Bujal:
    aku dah betulkan.. tqvm ye.. ;)

    psstt: bolehkan cenggitu..

    ReplyDelete
  6. MommyFara:
    huhuhu.. bukanlah nak tunjuk pandai tapi cerita tu memang menarik cuma silap tajuk.. credit tu Bujal

    ReplyDelete
  7. saya rumah astro~so layan je tv free~haha~~

    ReplyDelete
  8. wah Bujal.. Aku pun nak rumah astro.. Free semuanya.. Hikhikhik..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...