Followers Remaja Purba

Wednesday, October 1, 2014

TAHNIAH buat diri sendiri..



Tahniah buat diri sendiri
---> kerana berjaya menamatkan larian 5 suku pusingan petang semalam..
Hadiah kemenangan: makan soto.. kihkihkih..


Alhamdulillah.. keadaan cuaca yang baik membolehkan aku meneruskan sesi berjogging di waktu petang selepas balik kerja..
Dengan hubby memberikan kerjasama yang baik menjaga dak Nuha, aku mengambil kesempatan dengan berjogging keliling taman perumahan aku..

Penat ---> biasalah..
Tak cukup nafas ---> sebab aku sangat jarang melakukannya..


Kenapa aku sanggup melakukannya..?
Dalam usia yang semakin meningkat ke usia Purba.. stamina aku pun turut berkurangan.. ditambah dengan dapat tidur hanya 3 - 4 jam sehari.. membuatkan aku sering keletihan selain dari mengantuklah.. ---> ulang balik statement aku di SINI..


Cuma nak buat selalu memang tak dapatlah..
Ada ketika aku langsung tak dapat nak jogging sebab terkejar-kejar nak bersilat di dapur..
Nak pulak sekarang musim hujan.. tapi sekurang-kurangnya aku mencuba dari tak buat langsung..

Ni kalau berterusan hujan di waktu petang.. kita tukar strategi.. jogging di waktu pagi pulak..




psstt: Kesabaranmu dalam melayani kehendakku membuatkan aku semakin menyayangimu..


15 comments:

Nurzakiah Hanum said...

tahniah

Kakzakie said...

langkah bijak menggunakan masa utk kesihatan. Kakak ni dah makin culas bab exercise ni..

saniah ibrahim said...

tahniah sebab mempunyai azam yang kuat untuk exercise

Kira Sakura said...

chayok kak!!!!!!!!

Acik Erna said...

sejak2 dah usia emas..acik dah tak berjoging..sakit tumit..sakit lutut kalau jogging jugak..

Aziela said...

Akak kalau jogging, patah riok la jadinya dikkk.... Walking jer yang boleh. Tu pun malas. Hahahahaha.

Daddy Ziyyad said...

Tahniah!!

Dapat buaty 3- 4 kali seminggu pun dah bagus....Susah nak tgk wanita Melayu bersenam...saya tgk kat taman tasik, even kat gym saya, mmg susah nak jumpa...Teruskan usaha awak..

JR said...

Tahniah... kalau rumah kita dekat-dekat boleh joint saya joging sama, hehehehe....
Kalau selalu joging, satu masa ia akan jadi habit, ketagih. Bila dah sampai tahap ketagih, hujan renyai-renyai pun redah jugak...

Tihara said...

tahniah,
saya teringin tau nak lari2 n nak exercise macam dulu :)

Kesuma Angsana said...

hehehe, tahniah u go mak girl !

aTieYusof Family said...

wahh..rajinnya awak..tahniah ya.. saya ni ntah bila nak start bersenam.. asyik tanam azam je, tapi laksana nya belum.. haha

logorithm said...

Tahniah!

Samalah kita tido 3-4 jam sehari. :p

Bunda a.k.a KN said...

Bunda pun sama macam Acik Erna.. . Cuma bunda pagi2 lepas solat subuh buat sikit senaman ringan depan rumah...sedut udara pagi...

Kadang2 bunda berjalan kaki jer perlahan2 kekedai kawasan perumahan bunda tu...
Terima kasih yer sudi ke Teratak Bunda...

amirah said...

alhamdulillah berjaya menyihatkan diri ai..

hainom OKje said...

AM...okje ni nak kata tak cukup tidur, mmg cukuplah tp mengantuk sesaja....bangun pukul 6 pun rasa kurang tidur acane tu?huhu

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...