Followers Remaja Purba

Friday, October 3, 2014

Inilah yang dikatakan Tragedi Oktober



Pengumuman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Ini menjadikan harga runcit baru bagi:
RON95 ialah RM2.30
Diesel ialah RM2.20.


Alah.. setakat naik 20 sen apalah sangat.. ---> tapi aku terasa weh..
Dah naik.. naik jelah harga minyak tu tapi tak perlulah nak update press statement dengan statistik yang aku rasa tak masuk akal tu..


Sumber gambar dari rakan di FB..



RM132 sebulan..
RM375 sebulan..
Statistik isi rumah dari kawasan mana ni..?
Bandar..? Luar Bandar..?
Untuk jarak berapa kilometer per/month statistik tu dikeluarkan..?
Statistik pendapatan isi rumah aku tak nak pulak..?
Penggunaan minyak RON95 yang aku gunakan pun melebihi statistik tu.. jadi statistik tersebut tidak terpakai bagi pendapatan isi rumah aku..
Itu baru untuk cikputih.. belum lagi awek hubby..



Dan berkebetulan.. chef hubby juga telah bertukar tempat kerja yang lebih jauh.. ---> meningkatkan lagi kos penggunaan minyak pada awek beliau..


Namun demikian..
Tahniah pada beliau..
Moga berusaha lebih gigih dan bertabahlah mengharungi kesesakan jalanraya yang boleh tahan sesaknya sekarang..



psstt: Kita berharap.. Allah yang tentukan.. Jauh disudut hati aku tak ingin kehilanganmu..



13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

yezaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kakzakie said...

Memang tak logik statistic tu. Kalau setiap 3 hari kita isi RM50-60 sebelum naik inikan lagi dah naik 20 sen. Mana logik akalnya.. Kalau naik motor pergi sekolah yg kat belakang rumah macam anak kakak Mak Zah hantar memang oklah statistic itu..

NM03 said...

tahniah buat cik abi kamu...

Aziela said...

Nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja dan sekolah, statistik isi rumah lagilah tinggi....

JR said...

Mungkin statistik tu diperolehinya ketika mimpi dalam sebuah banglo besar dan selesa..Untuk Menteri-menteri memang statistik tu betul kerana petrol kereta mereka ditanggung kerajaan, roadtax insuran semua kerajaan tanggung, apa mereka kisah?

Yang malangnya bagi kita rakyat biasa ini, kita telah dikorbankan 3 hari sebelum hari raya korban!!

Acik Erna said...

saja tu Aiza..nak bagi panas rakyat baca..

Ann Ishak said...

begini la nasib kita rakyat2 marhain :(

amirah said...

macam tak logikkkk aje...jauh kot pegi ulang alik keje tau walaupun tak jem...

Kesuma Angsana said...

Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html

Tihara said...

rakyat didulukan kaedahnya..uhuks

yana yani said...

setuju sangat
orang yang kata sikit aje naik tu, orang billionaire kot
naik 20 sen aje pun, barang keperluan pun naik tau!

IzZa HaDi said...

Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?

Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com

Mummydearie said...

Statistik tu diambil dari Timbuktu. Menteri terlupa yang harga minyak naik tu kat Malaysia bukan kat Timbuktu sana.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...