Followers Remaja Purba

Friday, October 24, 2014

Perlawanan FUTSAL 4 Penjuru 17 OKTOBER 2014


Keputusan Penuh di SINI..


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Meterologi Malaysia telah menjemput Jabatan aku untuk bekerjasama dan menyertai Karnival Sukan 4 Penjuru 2014 pada 17 - 19 Oktober 2014 bertempat di sekitar Petaling Jaya.


Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan atlet baru dan warga yang sihat serta cergas. Disamping itu juga, program ini turut akan mengeratkan jalinan mesra di antara warga di dalam agensi-agensi yang terlibat.. ---> mungkin sebab kali pertama join, jadi belum nampak kemesraannya.. sekadar senyum tak mintak contact number.. hehehe..

Program ini adalah program berskala besar dan komitmen sepenuhnya adalah dituntut dan diharapkan daripada para peserta yang menyertai program ini.

Ada 9 acara yang dipertandingkan di mana aku berpeluang menyertai 3 darinya..
FUTSAL ---> LCW Sport Arena..
PING PONG ---> Dewan MPC..
BOLA JARING ---> Padang MPC..


2 minggu sebelum perlawanan diadakan, latihan secara berkala diadakan di Padang Arena, P.J.. Aku hanya dapat meluangkan masa turun berlatih pada saat-saat akhir.. ---> aku berterima kasih kepada pengasuh sudi jaga anak-anak ketika aku balik lewat.. dan bukan mudah nak kumpulkan kesemua pemain memandangkan ada antara kami yang bermain untuk 2 atau 3 permainan.. jadi kena bijak dalam pembahagian masa ketika latihan..



Latihan diadakan di Padang Arena, P.J
Entah bila lagi agaknya aku akan datang ke sini lagi..


Perlawanan Futsal diadakan di LCW Sports Arena Sentosa pada 17 Oktober 2014..
Malam perlawanan tu hujan lebat jadi Mak Budak tak dapat nak berselfie berlatarbelakangkan bangunan tersebut.. Inipun aku cilok dari laman web LCW sendiri..


Kali pertama aku jejakkan kaki di sini..
Tempat perlawanan memang best.. 
Berada di aras ketiga.. dan tiap kali dorang bermain terasa gegarannya.. hehehe..


Perlawanan dimulakan dengan team Futsal Lelaki..


psstt: Kasut pun pinjam dari adik ipar.. terima kasih daun keladi.. lenkali boleh pinjam lagi.. kihkihkih..


Team Futsal Wanita yang mengungguli carta..
Korang memang ohsemlah..
Permainan yang rileks dan santai membuahkan hasil yang bukan sedikit..




psstt: Bersambung..




4 comments:

Daddy Ziyyad said...

lawa wooo kasut futsal Puma tu...:P

Gee Lion said...

tu dia kak aiza..
saya doakan kejayaan team korang hokeh!

JR said...

Pasti kasut yg lawa itu telah menghasilkan beberapa gol lawa....

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Woww...
Saya xminat outdoor activities ni:)
Means futsal pun saya.x pernah main

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...