Followers Remaja Purba

Friday, May 16, 2014

Program Team Re Charge! di Taman Negara Pahang (part 1)



Program:
Team Re Charge dibuat di Taman Negara Pahang pada 09 - 11 Mei 2014 yang lepas..

Perasaan sebelum:
eemm.. rasa berat hati nak pergi ---> nih perasaan biasa tiap kali kena berkursus di luar kawasan..

Perasaan semasa:
Aktiviti yang santai.. rileks.. dan tak memeningkan kepala..

Perasaan selepas:
Aktiviti Rapid Shooting paling ohsem.. minggu ni group kedua pergi.. rasa gatal je kaki ni nak ikut.. kihkihkih..


Sebahagian gambar terpilih..
Perjalanan menuju ke tempat penginapan di Kuala Tahan, Taman Negara Pahang..


Jerantut, Pahang..


Menuju ke Taman Negara Pahang..
Nampak macam dekat.. jauh lagi rupanya..
Tu belum jalan masuk ke dalam.. bila bas yang dinaiki berselisih dengan lori balak.. fuh..



Sampai sudah..
Kalau terus.. menuju ke Jeti untuk ke Taman Negara..
Tapi kita belok kanan menuju ke tempat penginapan..

Sebenarnya ni gambar pagi hari ketiga.. tu yang nampak berkabus..
Gambar ketika aku sampai ---> hari masih panas sebelum hujan lewat petang..



Di sinilah tempat penginapan sepanjang 3 hari 2 malam tersebut..


Pemegang kunci bilik beratur untuk dapatkan kunci bilik..
Ada yang 3 orang sebilik.. ada yang 4 orang sebilik..


Lewat petang.. hujan turun dengan lebatnya..
Masa untuk rehatkan diri sebelum aktiviti pertama dijalankan waktu malam..


BERSAMBUNG..






psstt: Tak tahu berapa siri baru habis kisah pasal program ni..





6 comments:

  1. lalu blk kelntan x tersa nk g lg..
    mungkin sb kg kita pun hutan..haha..

    oh kita ada buat main suka2 kat blog kita.. kalau sudi atau lapang marilah jalan2 blog kita ye..

    ReplyDelete
  2. sesekali kursus jauh2 best jgk kan?

    ReplyDelete
  3. Saya beritau anak2 saya kalau diberi peluang, Taman Negara adalah tempat yg ingin saya pergi untuk kali kedua. Memang pengalaman yg sangat menyeronokkan bila pergi sana dulu. Suatu malam tu terjumpa rusa sedang merayau dekat resort, teruja sungguh!!

    ReplyDelete
  4. so, lepas ni ada lagi la entri2 pasal kursus ni..

    ReplyDelete
  5. ingatkan tinggal dalam hutan taman tuh..rupanya menginap kat luar yer..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...