Followers Remaja Purba

Tuesday, July 30, 2013

Resepi Popia Ketam Cheese



  • Gara-gara aku tengok kat blog dak Yana ni, terus jadi teruja nak buat..
  • Jumaat lepas gedik manja kat hubby mintak teman carikkan bahan nak buat..
  • Hubby suruh buat lebih, simpan dalam peti sejuk. bila rasa nak goreng, tak payah susah-susah dah..
  • Resepinya boleh amik kat SINI..

Bahan yang perlu ada.. Kulit popia jangan lupa..
Tu daun bawang.. lupa nak amik gambar sebelum dihiris..


Disebabkan ketam tu banyak, makanya cheese dia nampak sikit..
Lepas ni aku guna sekeping-sekeping terus.. try test error tengok camane rasanya..
Lagi banyak cheese lagi aku suka..



Bahan-bahan untuk sosnya:
  • Seulas bawang besar (dalam gambar tu terlebih bawang merah pulak) dikisar
  • Satu labu bawang putih dikisar
  • Cili merah (ikut suka) dikisar
  • 1 keping asam keping (dalam pinggan mana pulak asam keping aku letak, aku pun lupa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air


Cara membuatnya:
  • Tumis tanpa minyak semua bahan yang dikisar tadi..
  • Masukkan garam dan gula secukupnya..
  • Tambah air bagi cair sikit..
  • Bila dah masak.. angkat.. siap untuk dihidang bersama popia ketam cheese yang mak budak buat tu..

Sosnya chef hubby yang buat, aku tukang masukkan dalam entry..





psstt: Disebabkan aku ketagih nak main masak-masak kat dapur rumah.. terhenti sekejap kisah dak Kakak.. dak Adik.. dan Nuha.. ---> alah.. bagi chance kat ibu interprem kat sini kejap ye..




28 comments:

  1. Uish sodapnya!! Tapi xleh makan ketam bebanyak lah saya ni huhu sedih

    ReplyDelete
  2. Seronok plk msk di bulan ramadan ni kan.....

    ReplyDelete
  3. dana pun ada bt popia crabstik nih kak tp style org malas... sbb letak sebatang crabstik ngn cheese terus kak... cube akak bt mcm dana heheheh

    ReplyDelete
  4. Sedap tu ubah selera dari popia yg biasa tu. Harus cuba jugak ni.

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan # 21
    wah..sodap tu..lum pernah mkn lg ni..

    ReplyDelete
  6. Nak try la juga...cam best je buh ciz tu...kulit popia pun ada tu....hehe...dpt 1 menu hri nie...thx...:-)

    ReplyDelete
  7. Simple2 je resepi nya..

    Elok sgt lah, kat rumah pun ada ketam tu.. Tinggal beli cik keju je :)

    ReplyDelete
  8. erm.. yg atas tu sdap.. ketam cheese..?

    ReplyDelete
  9. semalam beli popia biasa kat param.baru je cakap dengan anak,ingat nak buat sendirilah letak isi ketam,lagi best.tak sangka sis buat entri ni pulak...terus laju2 bookmark page ni he3..

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap, tingin nak buat tapi tak taulah bila.

    ReplyDelete
  11. nampak popiah ketam.. terus singgah sini.. salam kenal ye tuan rumah.. nak test buat jugak.. sbb ada cheese.. nampak sedap.. tq ya.. :)

    ReplyDelete
  12. termakan popia sardin, culture shock woooo... :)

    ReplyDelete
  13. Yelah tu bagi chancaelah ni.. anak-anak tak kisah cuma kawan-kawan ibu mesti rindu nak tengok budak montel yg sorang:)

    Popia basah buat macam ini pun sedap juga ai..

    ReplyDelete
  14. uhuhu...nampak mcm sedap..tapi rasa malas nak menerai..takde orang nak tolong buatkan ke..hihi..

    ReplyDelete
  15. nyum2..sedapnyeeee..btw Salam ramadhan & selamat berbuka :)

    ReplyDelete
  16. boleh buat meniaga kt bazar ramadhan ni

    ReplyDelete
  17. baru je baca resepi ni kat blog yana ari tu... hhehe

    ReplyDelete
  18. akk lg canggih ni sos pn buat sendiri..sy guna sos LIFE je..haha..nnt nk curik resipi sos akak laa.. :)

    ReplyDelete
  19. Sedapnye. Terliur terus tengok gambar ni. Hehe. Selamat berbuka. :)

    ReplyDelete
  20. kami satu famili semuanya suka popia tak kira apa intinya pun.ketam cheese cmni belum pernah buat

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...