Followers Remaja Purba

Tuesday, May 15, 2012

Penangan Beras Mahal..

Di Negara kita ni, pelbagai jenama beras ada dijual. Baik yang murah mahupun yang mahal.. Masing-masing dengan citarasa tersendiri.. Ada yang suka beras wangi, ada yang suka beras biasa malah ada juga yang jarang berpeluang dapat membeli beras..


Kalau semalam aku share pasal basuh baju, hari ni aku nak share pasal BERAS pulak..

Memang lazimnya bila seorang wanita mengandung mesti selera dia akan bertukar 360 darjah. tak terkecuali juga aku..

Kiranya ketika aku mengandungkan dak Nuha ni, selera aku betul-betul tajam.. Boleh dikatakan nak makan menu yang mahal (tapi bukanlah tetiap hari).. hinggakan beras yang biasa hubby beli aku tak nak (alah.. mengedik betul lak tekak ni).. Aku request nak beras yang mahal je.. tak kisah jenama apa janji beras tu mahal dan wangi.. Jadi tiap kali makan, senyum jelah sebab dapat apa yang dihajati..

DAN.. ketika lagi beberapa hari nak bersalin aku ada tanya kat hubby pasal beras Serindit.. Bukanlah teringin tapi sebab dah lama tak pekena nasi guna beras tu.. Akhirnya minggu kedua dalam pantang hubby bawa balik beras tu..








Rupa-rupanya hubby order dari member dia yang outstation ke Kota Bharu.. wah.. dan hasilnya.. hari ni aku dan anak-anak akan merasa nasi dari beras itu..


Namun disebalik kisah beras mahal tu, bukanlah aku riak tapi itu hanyalah permintaan gedik masa mengandung.. Alah.. bukan selalu dapat merasa seperti permintaan 'anak tekak' ni.. masa mengandung adalah waktu paling best sebab apa yang aku nak biasanya pasti dapat.. alah.. korang pun lebih kurang cenggitu jugak kan..




psstt: Aku letih sangat-sangat ni tak cukup tidur.. dak Nuha boleh buat marathon pulak awal pagi tadi taknak tidur..


psstt lagi: Aku tak suka Beras Taj Mahal.. Lebih suka Jasmine Floral (color pink)


last psstt: Aku bersyukur padaNYA atas rezeki yang diberikan hingga mampu membeli apa yang diingini..

31 comments:

ct rahani said...

sy pun x kisah sgt pasal beras.. macam2 jenis dh guna.. tp sejak awal tahun aritu terjatuh cinta lak ngan beras jasmine moly.. beli pun masa ader offer.. mmg murah la jugak..

kakcik said...

Walaupun suami kakcik bekerja dengan syarikat berkaitan padi dan beras, mani makan nasi dari beras yang biasa2 saja.

Tapi, kakcik sayang nak masak beras bario... ;-)

Asyifa Mustaffa said...

Amin...alhamdulillah.....hajat tercapi ye....

alin said...

alin pun tak kisah sangat pasal beras. yang penting sehari mesti makan nasi.. ;)

Daddy Ziyyad said...

Best ke beras Serindit tu? beras wangi? or basmathi? Memang kat KB aja ke jual

Anum said...

anum pun sama
asalkan leh makan

aizamia3 said...

ct rahani:
sama sebenarnya cuma itu kenangan masa preggy dak Nuha.. ;)


kakcik:
wah.. tak pernah lagi rasa beras bario.. ;)


Asyifa Mustaffa:
Alhamdulillah dapat jugak.. ;)

aizamia3 said...

alin:
nasi mesti ada, kalau tak ade rasa macam tak lengkap..


Daddy Ziyyad:
dah makan tadi.. emm.. biasa je kut sebab tekak ni dah suka beras wangi.. lagi sedap.. ;)

aizamia3 said...

Daddy Ziyyad:
Beras Serindit tu dari Thailand.. ;)


Anum:
sebenarnya tak kisah pun tapi sejak preggy hari tu dah terbiasa dengan beras macam tu.. hehehe.. gedik je tekak ni..

Pok Amai-Amai said...

Mak sy klu blk Ganu, mst import bwk blk beras Thailand. Tp bukan jenama Serindit la. Ade la jenama2 ape ntah, sy pun lupa. Haruslah sy pun ikut jejak langkah dia, beli beras sana...hahahah~!

aizamia3 said...

Pok Amai-Amai:
Sesekali nak try beras dari sana pulak.. ;)

Masz Sidek said...

kat umah sy guna beras biasa jer... kalau nak makan beras mahal ni... sekali sekali oklah... :)

DAIRI SEDETIK LEBIH said...

Hiii!!! Farisha datang melawat blog awak. Nak jemput kamu sertai segmen Farisha --> http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-follower-diari.html

IntaNBerliaN said...

biasalah.. time peknen.. mcm2 tekak tu tingin kan.. hihi

eLL said...

beras siam tu. sebab tu mahal. kalau balik kampung, memang merasa la makan beras ni

Gen2Merah said...

saya pun masi belum dapat bayangkan kalau isteri yang saya mengidam... takut mengidam yang bukan2 dan d luar kemampuan saya kelak.. ehehehe...

Aju Mohit said...

Time mengandung mintak apa pun msti ditunaikan, jgn kata beras, nak makan apapun boleh hihi

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hehe sy belasah jer beras apa..yg pasti masa ngandungkan risya sy tak boleh bau nasi yg tengah masak tu..nak muntah

Aku Ibu Muda said...

beras yg snang dpt d kelate ni..hehe

ai bg la email, nnti wani invite k :)

makchaq said...

Makchaq pun tak kesah beras apa yang penting nasi,
tapi semenjak pakchaq kerja di utara ni dia selalu jugak bawak balik beras siam, tapi tak wangi..

msredcheesecake said...

pegnen dulu saya addicted to cekelat and vanila coke.... seb baik murah jew n senang dapat... heee

MamaEma said...

beras ni nak kena isi air banyak sikit...tapi memang sedap..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

beras jati cap kapal layar.. beras pilihan anda :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

first time cik ina dengar beras serindit.burung serindir pernah cik ina dengar.

teringat arwah ayah makan beras taj mahal, mahal tawar sesuai utk orang diabetis. 5 kilo tahan sebulan beras dia letak air banyak mana pun tak akan keras.

kay_are said...

ade beza ke rase beras2 tu kak? rase sume beras jadi nasi same je.. or maybe sebab tak reti nak beza rase beras kot.. huu

pena rozie said...

beras serindit menang best. Blk kelantan mesti beli

Eera Shera said...

sdp ke beras serindit ni? ohh..agaknye kalo sy mengandung pn mcm tu jugak kot haha gedik :D

munna said...

rumah MIL munna mmg pakai beras ni hari2..... habis je mulalah call abg ipar disana suruh hantar beras

Anonymous said...

You have some genuinely beneficial information composed here. Good job and keep posting good stuff.

wan ahmad fitri wan azmi said...

As salam Saya ada jual beras siam packing 5kg (cap jambatan) Lokasi berhampiran Pasar Borong KL Harga RM16.50 Call/sms :01115672100(fikri)

dzul said...

Salam tuan...di sini sy ada menawarkan beras siam cap arnab mas untuk diniagakan

Kandungan beras 5% hancur dan 100% original (tiada campur mcm beras bernas)

Packaging saya adalah beg 10kg dan 50kg. harga adalah RM35 utk setiap 10kg (boleh nego lg ikut volume)

Sy menawarkan perkhidmatan COD di kawasan sg buloh, selayang, subang,n shah alam.

Untuk penghantaran di sekitar lembah klang (selain kawasan di atas) perlu order 50kg ke atas.

Saya sangat alu2 kn anda untuk menjadi reseller dan kpd pemilik2 restoran yg ingin bertukar menu kepada beras siam ini.

Sebarang pertanyaan/ kemusykilan boleh terus hubungi sy (wassap) faridzul 013-6757045

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...