Followers Remaja Purba

Thursday, September 15, 2011

Sepetang bersama Mak Budak a.k.a Remaja Purba a.k.a akuler tu..

Kita mulakan dengan..


Dak Kakak..?
Pagi-pagi dah tuntut nak McD..
‘Semalam ibu kan dah janji nak beli petang ni..’
Aku cuma senyap je.. kena tunaikan juga nampak gayanya sebab balik memang akan lalu depan McD tu..


Dak Adik..?
Makin kuat ragamnya.. makin manja jadinya.. nenek dia pun dah tegur makin mengada-ngada dia..


Hubby..?
Plan nak bakar sate malam minggu ni tapi nak double triple confirm balik dengan jiran kat rumah..


Aku..?
Kiri kanan sampai ke bawah meja ada makanan.. tapi tetap aku catu agar perutku tak paksa tekak untuk keluarkan balik apa yang telah kutelan sejak pagi tadi..
Malam ni cadang nak date dengan orang hijau kat pondok depan rumah tapi tengok keadaan semasa diriku dulu..




psstt: Aku nak makan steak.. hubby suruh aku survey tapi aku tak tahu kat mana.. time cengginilah pulak GPS aku rosak blur..

16 comments:

QueeN TerataI said...

selera makan bertambah2 tp semua yg dimakan terkeluar juga ;)

p/s: bila la i plak nk preggy lg ni? ermmm

Fitri Senin said...

victoria station

Mommy Fara said...

Fit,

Kemain steak mahal! Heheheh....

Sy setiap kali baca tentang aktiviti membakar nie, hati membuak nak tau mcm ne la suasana tu! mesti sgt2 meriah!

aizamia3 said...

QueeN TerataI:
setakat ni belum bertambah lagi.. masih diperingkat berhati-hati.. ;)

insyaAllah.. usaha dan doa..

aizamia3 said...

Fitri Senin:
oh.. tak pernah cuba lagi..

Aku Ibu Muda said...

steak?

kat kg baru yg terbaekkk dan tersedap....

dan juga termurah!

aizamia3 said...

Mommy Fara:
member office pun ada cadangkan yang itu gak.. ;)

masih belum sempat nak upload bakar lemang hari tu gara-gara blog taman tak berhapdet..

kali ni, moga cepatlah ai update dan moga jadilah sesi pembakaran itu..

aizamia3 said...

Aku Ibu Muda:
kampung baru..?
tak pernah try kat situ..

miloais said...

wow! bakar sate
sedap banget tu...!

nokk... steak yg sedap kat victoria station (damansara) or the ship (at bukit bintang)

terbaik hoccay!

Eera Shera said...

steak? meleleh plak ayaq liuq..hehe

afifahpah said...

hamboi kak. mcm2 makan. hehehe..sdap2
sate,steak. alahaiii sdapnya

Rai said...

dengar kata meatworks pun nice jugak..tapi tak pernah cuba lagi..

Zulfikar Hazri said...

victoria station.. mahal sikit pun takpe. makan puas...

adik tu tambah ngada2 sebab nak dapat adik baru kan?

Namee Roslan said...

hehe, besar juga tggjwb jd isteri ye. semua nk kena jaga dan concern. ;) em saya ni ada hasrat nk kawen, tp masal satu bnda pun taktau. esok taktau lah macam mana :)

Nini Hartini said...

janji dgn budak mmg kena turutkan.. sbb dorg akn tuntut...huhu

PinKy MoMMa said...

steak pegi jer di OU larling..leh cuba di chilis :)
sedap!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...