Followers Remaja Purba

Saturday, September 24, 2011

Meh singgah kat sini..

Malam tadi tidur lambat, dok borak chit chat kat pondok depan rumah.. Pagi ni pulak dak adik bangun awal kejut aku.. Aku dah pesan malam tadi, jangan bangun awal, yang dengar cakap dak Kakak je.. sebab dia keletihan teramat tu yang tak sedar-sedar lagi tu..


Lokasi terkini:
Pondok depan rumah.. bertemankan orang hijau (buat yang tak tak tahu.. orang hijau - MAXIS Broadband)

Dah agak lama aku tak layan lappy aku.. sejak sebulan lepas.. gara-gara ketidakselesaan diri kala ini..

Hari ni dapat peluang tak tau pulak nak update apa.. Ha.. ok dah ingat..

Malam tadi, sampai je kat rumah tengok ada buah langsat.. hubby dah belikan.. walaupun tak semanis yang aku harapkan tapi bolehlah dari tak dapat langsung.. Tak cukup tu aku pergi beli lagi.. Rupanya kat kedai Wak Dollar kat Masjid At-Taqwa ni je.. Aku mencari sampai ke PJ, rupa-rupanya kat depan mata je..

Hubby pulak tak sihat, sakit pinggang.. apa pun tak boleh.. tapi bila hubby ada kat rumah lagi dia tak boleh buat apa, nak masak..? Aku dah uwek uwek dulu.. mahu terbaring tak bangun-bangun nanti..

Aduh.. perut lapar tapi aku pun tak tahu apa yang aku boleh makan.. Banyak yang tak boleh makan dari boleh makan.. asyik menu yang sama pun jemu gak tapi memang takde pilihan.. Aku sendiri tak berani nak mencuba takut banyak duduk dalam bilik air dari duduk kat ruang tamu lak nanti..

Hai.. tak sabar nak tunggu adanya Streamyx.. lepas ni bolehlah aku lenjan sambil buat pelbagai aksi atas katil.. hikhikhik..



psstt: Hati memberontak nak layan lappy lama-lama tapi keadaan diri tak mengizinkan untuk bertunggu-tangga kat pondok ni..



Nota kenit: Buat Mommy Fara.. emel me at aizamia3@yahoo.com about cocoa tree tu ek..

20 comments:

msredcheesecake said...

nape lambat sgt streamyx tu... dah kena online kat luar...

Cik Ina Do Do Cheng said...

aiza kalau sakit pinggang tak leh wat apa-apa ye.keh keh.gurau je jangan marah. tukarlah celcom senang dapat line. cik ina bukan jurucakap celcom ye.

afifahpah said...

kat pokok tu je ke line laju kak?

hehe..pasang strymyx wifi kak...leh duduk merata alam dalam umah,mahupun luar umah.

tajuk entri menarik untuk orang meng-klik. hehehe

QueeN TerataI said...

hehehehe biasalah kan.. ketidakselesaan diri tu mmg membataskan kita.. tp nak buat mcm manakan.. semoga segalanya baik2 ajer.. take care!

abghani said...

suff internet pun perbagai aksi..hehehe.Streamyx kdg kdg sengal gak.

Saiazuan said...

huhu unifi la.. ;D

azieazah said...

Kak Azie sejak bulan posa ritu dah tukar kepada Streamyx sebab anak anak ada laptop, pastu depa juga guna BB... Kena la guna server. Tak leh guna USB Modem lagi dah.

So far best! Stabil!

Namee Roslan said...

ok nak singgah ! :D

Kancil 8349 said...

salam,

Kancil mengajak kamu menyertai segmen Kancil...kalau sudi jomlah ke blog Kancil dan menyertai segmen ketiga kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-semasa.html

Zulfikar Hazri said...

u duk mana ni ? siap ade pondok, pokok bagai?

aizamia3 said...

msredcheesecake:.

masih belum masuk lagi streamyx tu.. lambat pulak rasanya.. :(

aizamia3 said...

Cik Ina Do Do Cheng:

kalau kat area rumah ai tu kalau guna maxis ke celcom ke kat luar rumah clear.. dalam rumah hancur..

aizamia3 said...

afifahpah:

hikhikhik.. a'ah kat pondok depan rumah akak memang clear kalau guna orng hijau tu.. tapi dalam rumah memang tak dapat.. itu yang akak nak tukar ni..

aizamia3 said...

QueeN TerataI:

betul.. berusaha untuk menyelesakan diri sendiri..

aizamia3 said...

abghani:

hikhikhik.. dalam rumah orang tak tahu gaya apa yang kita sedang gunakan ketika melayari internet.. :) kalau kat luar rumah kena sopan sikit..

aizamia3 said...

Saiazuan:

ikutkan hati nak beli je Unifi.. tapi takmo tamak.. ;)

aizamia3 said...

azieazah:

confirm kak.. saya tukar.. dah isi form hari Jumaat lepas cuma tengah tunggu technician dorang datang rumah je.. ;)

aizamia3 said...

Namee Roslan:

hikhikhik.. muahhh2.. tq tq..

aizamia3 said...

Kancil 8349:

Terima kasih atas jemputan itu.. ;)

aizamia3 said...

Zulfikar Hazri:

ai dok kat Meru.. Taman perumahan yang dikelilingi pokok kelapa sawit.. pondok depan rumah kerjasama jiran kat rumah ai.. nanti ai upload gambarnya.. ;)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...