Followers Remaja Purba

Tuesday, September 20, 2011

Kenapa aku lambat online pagi tadi..

INILAH KISAHNYA..


Kenapa nak terkial-kial + terhegeh-hegeh mencari parking.. walhal belum pun pukul 8am, dah tentu parking masih banyak yang kosong..
Ini tak, kalau boleh nak parking kat depan pintu lift, nak parking kat tempat yang bukan parking lot..

Setiap kali aku pergi bawa dak adik check up mesti akan menghadapi situasi macam tu.. Ada yang sanggup pandu perlahan semata-mata nak cari parking kosong, kalau boleh taknak pandu sampai ke tingkat paling atas.. Ni.. kat belakang dah berjela panjang kenderaan lain menunggu turn..

Aku nak je tanya kat tuan punya kenderaan tu, boleh tak pandu sampai ke tingkat yang banyak parking kosong, tak payah nak buang masa cari parking kat tempat yang memang dah sedia penuh dengan kenderaan..?

Masih tiada perubahan aku tengok.. Lagipun bagi aku, pukul 8am tu masih banyak parking kosong, bukannya waktu tengahari..

Nak jadikan lagi menarik, masa dari traffic light lagi, proton Satria ni (semalam Kancil) dan mula buat langsi dia.. Potong Q satu hal sampai orang belakang hon (bukan aku sebab aku dilaluan yang betul).. tup tup dia kat depan aku.. wah.. takpe.. ni kawasan hospital.. aku rileks lagi..

Masuk je kawasan parking nak cari parking, dia dah buat hal.. Nak parking haram.. sampaikan aku kena bagi lampu tinggi sebab aku tak boleh lalu.. geram aku.. tapi kupujuk hati.. mungkin dia ada emergency tu yang nak kena cepat.. Ah! Orang lain pun nak cepat jugak.. dah namanya pergi hospital bukannya pergi makan angin.. Memang langsi betuller dia tu..


Itulah sebahagian kisah pagi tadi waktu mencari parking di hospital..


DAN..












Hari ni merupakan hari terakhir dak adik check up di Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM. Jadi lepas ni cuma focus kat ENT dan Klinik Surgery je.. Sedih jugak nak ‘berpisah’ tadi.. maklumlah.. dah terlampau biasa dengan suasana tempat tu.. Tapi bersyukur tak perlu nak kerap berulang-alik ke hospital lagi lepas ni.. syukur..




psstt: Masih berfikir nak beli hadiah apa untuk kakak hari ni.. Kek..? weekend ni baru beli..

18 comments:

MamaEma said...

PPUM memang susah nak cari tmpt parking.untuk staff pun kurang

Hanis MY said...

wahh tensi dibuatnya jumpa driver cenggitu..apapun odaijini adik...

wow birthday kakak...mesti ada special surprise ni...

PinKy MoMMa said...

ada jugak org yg tak de sivik di hospital kan..aih diaorg ni tak belajar peraturan dan undang undang ke?

kakak kasi barbie doll lah hehehe..bila la nak dapat princess ni..macam2 boleh bagi larling huhu..

fazrulnoor said...

kat ppum kalau tgahri mmg sedey la nak parking

Gen2Merah said...

hihihi.. bila baca kisah ni, teringat plak kes yang sama macam saya tempoh hari.. gara2 nak berebut parking, sambut turun kereta nak bagi penumbuk kat cina bodo tu.... suka2 jak potong Q.. ngeee geram betol...

Salam fren, lama tak singgah sini... Hadapi Semua Dengan Senyuman ye

~Gen2Merah~

アヌム ちゃん said...

mmg tensen kalau x jmpa parking kan..huhu..kalau la parking saangat byk kan best.huhu

Zulfikar Hazri said...

lain kali ckp elok2 dengan org yang nak parking dpn pintu, lift tu...

" Dik, apsal adik parking sini, jauh snagat ni, lain kali adik lipat2 keter tu simpan dalam idung, bila balik nanti adik hembus, guna balik, lagi senang"

aizamia3 said...

MamaEma:
memang susah.. kalau lepas pukul 9 sampai confirm takde parking kosong kat menara depan tu..

aizamia3 said...

Hanis MY:
dahlah dalam keadaan macam ni.. jumpa lak driver cenggitu.. ggrrrr...

weekend ni baru nak belikan sesuatu untuk dak kakak.. ;)

aizamia3 said...

PinKy MoMMa:
cadang nak beli angry bird ok tak.. hikhikhik..

aizamia3 said...

fazrulnoor:
kalau kena appointment sebelah petang kat ENT.. pergh.. memang sakitlah nak mencari parking.. sampai kat atasssssss pun belum tentu dapat.. kena pusing-pusing cari.. buang masa buang minyak penat bertambah..

aizamia3 said...

Gen2Merah:
kalau tak fikir ada anak sebelah, mau bertekak gak tu.. tapi teringat pesan en. suami.. awak tu perempuan, jangan terlampau berani sangat.. huhuhuhu..

terima kasih ingat singgah kat sini.. ;)
insyaAllah.. moga segalanya berjalan dengan lancar..

aizamia3 said...

frometoyou:
kat sini dah terlampau banyak kereta..

aizamia3 said...

Zulfikar Hazri:
hikhikhik..
sebab semalam en. suami takde.. kalau ada, dapat jugak sedas dua 'nasihat' dari ai..

ainhany said...

salams,

sabar separuh dari iman..
Kalau tenguk citer ni..kira dah boleh kasi award pada diri kerana dah berjaya mengemudikan diri.Tahniah.

Mudahan semua selamat dan adik kembali sihat. Amin

azam said...

PPUM yang mengecewakan....hehehe

Namee Roslan said...

nak kena keluar awal baru dapat parking. kalau tak pusing 20 kali pun tak dapat park.

ayin said...

nak nak kat pintu masuk tu, teksi main banyak tunggu sampai jem laluan... tak der ler kita nak berjumpa kat situ... apa2 syukur dan congrates pada dak adik :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...