Followers Remaja Purba

Saturday, March 12, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2011

Buat pertama kali aku hadir mesyuarat ini yang dirasmikan oleh Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan 1 Malaysia. Menariknya dari pintu masuk telah beratur di kiri dan kanan menyambut ketibaan semua yang dijemput hadir.

Tiada beza sebenarnya dengan mesyuarat biasa yang aku hadiri, ada ucapan, persembahan, bentangkan laporan, pembubaran AJK lama, pelantikan AJK baru dan bersurai. cuma kali ni adalah mesyuarat Jubli Perak (kali ke 25). Aku keseorangan kali ni sebab hubby outstation ke Penang. Seronok tengok pelbagai ragam sepanjang mesyuarat tersebut cuma aku takdelah menunggu sehingga habis sebab aku perlu hantar kereta untuk di servis, minggu depan nak balik kampung.

Gambar ada tapi lambat sikit aku uploadkan.

2 comments:

ariana's said...

rajin juga pergi mesyuarat PIBG ye..baguslah..:)

aizamia3 said...

kali pertama ni kak sebab yg sulung baru darjah satu... :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...