Followers Remaja Purba

Friday, March 4, 2011

aku sememangnya kidal

Kidal...?
Ye... Aku seorang yang kidal walau hakikatnya menulis menggunakan tangan kanan bukan kiri seperti kebanyakkan orang kidal lain.

Kisah disebaliknya:
Dulu... Lama dulu, masa tu aku Tadika 6 Tahun, arwah atuk aku tak bagi aku guna tangan kiri dengan mengatakan tak baik menulis guna tangan kiri dan menyuruh aku menggunakan tangan kanan. Mula-mula memang aku terkial-kial tapi mungkin ketika itu aku masih kecil dan senang dibentuk maka sejak itulah aku menulis menggunakan tangan kanan.

Walaupun arwah atuk dapat mengubah cara aku menulis tapi tidak yang lain, aku tetap menggunakan tangan kiri sebab aku kidal... Yang ini arwah atuk terlepas pandang... Hehehe... atuk... atuk...

Sekarang yang mana tak tau aku kidal pasti tertanya-tanya, aku nak kata apa... Aku tak boleh ubah apa yang telah diberikanNYA, bersyukur dengan apa yang ada. Tapi kalau suruh menulis menggunakan tangan kiri, ye aku boleh tapi slow sebab dah bertahun-tahun tak menulis menggunakan tangan kiri.

Walaupun aku bangga yang aku ni kidal tapi tetap ada masalahnya, nak pulak berdepan dengan bermacam bentuk fizikal yang direka untuk bukan orang kidal. Siapa yang kidal tegar memang payah nak berurusan dengan banyak perkara. Tapi aku masih mampu memandu di sebelah kanan dengan baik. Aku rasa kalau aku beli kereta untuk left-handed confirm hubby stress... Hehehe... Tapi aku bersyukur kepadaNYA.

Akhirnya, sekarang, aku dah ada geng, yang paling dekat dengan aku ----> ammar. Aku perhatikan dia pun ada ciri-ciri orang kidal.

8 comments:

Hanim Mahali said...

Bersyukur dengan apa yang diberi...Adik hanim pun kidal...Nak pegang senduk memasak kat dapur pun agak lambat...huhuhu

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

org kidal ni cerdik2

aizamia3 said...

HM: ada certain2 part tu buat pergerakan agak lambat sebab nak kena biasakan.

LPLH: alhamdulillah.. semua org cerdik tp ada juga pendapat mengatakan ramai orang kidal ni cerdik2.

aida4eva said...

ramai yang cakap kidal ni cerdik. semua ada klbhn kan :)

http://aida4eva.blogspot.com/2011/03/di-kala-kilat-sabung-menyabung-lagi.html

aizamia3 said...

yup betul...

Nini Hartini said...

kak...nini pun kidal tau..kidal tegar lagi. tp Alhamdulillah tak ada mslh buat kerja even drive.

Munnafendy said...

hehe :)

boleh buat persatuan ni kak! hahahaha

aizamia3 said...

Munnafendy:

hikhikhik.. ;)
kita lead ler persatuan tu nanti..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...