Followers Remaja Purba

Friday, March 25, 2011

Iklan MQA di Radio Suria FM dan Red FM

(maklumat yang sesuai untuk pelajar lepasan SPM dan STPM)

Untuk makluman semua, Iklan MQA di dua buah radio swasta iaitu Suria FM dan Red FM telah mula bersiaran selama lapan minggu bermula 14 Mac – 6 Mei 2011.

Manakala waktu siaran iklan adalah seperti berikut:

Iklan berbahasa Malaysia di:
Radio Suria FM (Frekuensi 105.3 - Lembah Klang)
MASA:
7.30 - 9.00 pagi (Isnin - Jumaat)
5.30 - 7.00 petang (Isnin - Jumaat)


Iklan berbahasa Inggeris di:
Radio Red FM (Frekuensi 104.9 - Lembah Klang)
MASA:
7.30 - 9.00 pagi (Isnin - Jumaat)
5.30 - 7.00 petang (Isnin - Jumaat)


Selamat mendengar.



NOTA: Sedikit mengenai MQA:


Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu pengiktirafan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Institusi yang mana program telah memperolehi Perakuan Akreditasi sahaja yang layak menggunakan perkataan 'Pengiktirafan Dari Malaysian Qualifications Agency, (MQA)' dalam iklan dan tawaran program pengajian mereka. Program mereka layak dipertimbangkan untuk diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan perkhidmatan di sektor awam. Akreditasi merupakan status atau tahap tertinggi dalam penilaian kualiti yang dilaksanakan oleh MQA. Ia merupakan komitmen MQA kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan tinggi termasuk para pelajar, ibu bapa, majikan dan lain-lain bahawa program pengajian yang diakredit oleh MQA merupakan program berkualiti. Ia juga merupakan platform atau asas kepada pihak-pihak lain untuk mengiktiraf program dan kelayakan tersebut bagi tujuan-tujuan yang berlainan. Contohnya, JPA akan menggunakan status Akreditasi ini bagi mengiktiraf kelayakan tersebut untuk tujuan berkhidmat dengan kerajaan. Badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) akan menggunakannya untuk mengiktiraf pelajar kejuruteraan untuk tujuan pendaftaran sebagai jurutera profesional.

Status Akreditasi yang diberikan oleh MQA memiliki beberapa kelebihan tersendiri. Selain ia menjadi tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti oleh para pelajar, ia juga memberi manfaat lain seperti berikut:
  1. Pelajar layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  2. Pelajar juga layak dipertimbangkan untuk menyambung pengajian di institusi lain dan mendapat pengecualian kredit. Bagaimanapun, keputusan muktamad bergantung kepada institusi terbabit.
  3. Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam pengambilan graduan sebagai pekerja mereka.
  4. Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

2 comments:

husna mukhtar said...

thanks for the info

aizamia3 said...

yup sure.. info berguna untuk korang.. ;)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...