Followers Remaja Purba

Tuesday, March 22, 2011

AKU BENCI ROKOK




Untuk kesekian kalinya aku join segmen abg ben. Kali ni ---> click di sini.
TUTUP .. TENGAH MALAM INI ( 22/3/2011 )



1. Sila letak banner diatas ni .. yang gambar aku tu haaa...
---> ok dah buat seperti gambar di atas.


2. Tajuk : AKU BENCI ROKOK dan linkkan ke entri ini ..
---> kenalah ada tajuk kan..


3. Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..
---> Aku memang geli dengan apa saja yang berkaitan dengan rokok. Geli dalam ertikata bila dah pegang benda tu aku mesti nak basuh tangan, kalau tak basuh tangan aku rasa macam tangan aku kotor tak bersih. Aku benci rokok...! Walaupun kerajaan naikkan harga setinggi mana pun, tetap akan ada pembeli. Semuanya atas sikap individu tu, kalau harga tinggi mencanak macam mana pun dah ramai penghisapnya, buat kempen macam mana pun tetap tak jalan, tu pasal aku benci tak suka dengan rokok. Aku nak bebel lebih pun tak guna juga sebab en. suami pun perokok orangnya, bila aku marah2 seolah-olah aku marah si dia, maafkan ayang ye bang, bukan marah abang tapi sedang menjawab tajuk yang diberikan. ;) ... peace..


4. Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !
---> Kepada yang merokok.. Abang.. dari abang habiskan duit rm10 untuk sekotak rokok baik abang bagi duit tu pada saya, boleh juga buat duit belanja sekolah anak dan sarapan pagi saya kat office. Kalau duit yang digunakan untuk beli rokok tu disimpan, boleh saya gunakan untuk beli barang dapur, nanti abang juga yang nak masak. Bila abang hisap rokok tu, kami tersedut sekali asapnya, bukan ke membahayakan kesihatan orang sekeliling abang, apatah lagi diri abang sendiri. Fikir-fikirkanlah abang, tapi jangan fikir je bang, baik berhenti terus.

---> Kepada bakal perokok, lupakan jelah hasrat murni itu.. dari buang duit beli rokok baik simpan duit untuk kegunaan masa depan. Sikit-sikit lama-lama dah boleh kahwin.


5. Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..
---> Pendapatku: Pada sesetengahnya mungkin merasakan yang diri mereka macho, stylo bila merokok, pada yang lain mungkin stress dengan masalah yang tak selesai, hisap rokok akhirnya..


Ok, siap akhirnya..

15 comments:

Rozita said...

suami merokok ke dik?

meh baca entry akak mana tau dia leh berenti nanti



Tips untuk berhenti merokok

bunga said...

rokok??/emm..susah nak cakap..

aizamia3 said...

ok k.ita.. baru lps baca dlm blog k.ita, akan cuba usaha.. kena buat slow2, kena mintak bantuan anak2 juga ni..

risa said...

somi akak pon perokok..tp kategori mengada2..saje2 merokok..heheh hasilnya perut boroi kedepannn:)

aizamia3 said...

tang boroi tu memang standard lepas dah kahwin walaupun tak semua.. :)

Qaseh dalia adelia said...

say no

SiS NaD said...

SiS PuN BeNCi RoKoK... JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V

Lulu caldina said...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

kay_are said...

memang merokok x best.. nape ramai ske rokok?? x faham

faraa halim said...

yess, katakan tidak

Faris Adli said...

katakan tidak pada rokok..tak sangka suami aizamia merokok

aizamia3 said...

bukan tak sangka, memang sejak dulu lagi, takpe2.. slow.. moga satu hari nanti si dia tidak lagi membuang duit untuk tujuan itu.

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

betul2.. dr buang duit kt rokok, blnja kasut vincci pun besttt ahahaha kan kan?

aizamia3 said...

dh dpt tp nk tmbh lg boleh.. kihkihkih..

ayin said...

haiyahh.... En Hubby ada baca ini entry? gelak lah dia nanti.... heheheh

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...