Followers Remaja Purba

Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??




Kepada yang nak join sempat lagi ni... Kisahnya di SINI.



Diceritakan oleh aku:

Aku kehilangan arwah nenek yang aku panggil wan ketika aku baru habis pantang anak pertama, di hari raya pertama Tahun 2004.

Flashback:
Masa aku disahkan mengandung anak sulung, aku menyembunyikan hal tersebut dari pengetahuan keluarga tetapi arwah wan dapat merasainya bila dia memegang perutku (masa tu arwah dah tak kuat - urusan harian diuruskan oleh anak-anak: mak dan mak sedara aku). Ketika itu aku bergurau berjanji dengan wan yang aku akan pulang bersama cicit dan aku mintak wan tunggu kepulangan aku sebab masa tu takde yang tahu aku baru nak masuk 2 bulan. Selepas tu aku langsung takde balik kampung sehingga aku selamat melahirkan anak.

Petang raya pertama (beberapa hari selepas habis tempoh berpantang) aku pulang ke kampung dengan perasaan yang berbelah-bagi - tak seronok cuma aku tak tahu kenapa dan aku memang tak tahu yang wan aku memang dah sakit teruk, cuma menunggu masa...

Sampai di kampung, Ya!Allah, kesian sungguh aku tengok wan, memang sungguh uzur aku tengok. Aku cuma menjenguk sekejap dan memberi laluan pada pakcu aku bawa baby masuk untuk jumpa wan, aku pula terus mandi.

Masa tu aku dengar si kecik tu menangis dalam bilik wan, terfikir kenapa baby aku nangis, dua kali pulak tu. Tiba-tiba... Pakcu panggil aku suruh cepat keluar, terkejut sebab masa tu dah maghrib... Hubby bagitahu yang wan dah takde. Hah...??? Aku ingat hubby main tapi pakcu turut sahkan.

Masa tu baru aku teringat yang berkemungkinan wan tunggu aku balik dengan janji nak bawa cicit. Rupa-rupanya lepas wan tengok baby... wan pun pergi.

Lebih terkilan di hati, aku hanya mampu tengok orang menguruskan jenazah, nak tolong mandikan pun tak dapat sebab keadaan aku masa tu ditambah pula dengan adanya si kecil. Lagi sedih aku tak dapt mengiringi arwah untuk dikebumikan - dihalang berbuat demikian. Sedih sangat2 aku rasakan... Aku rasa macam menyeksa diri arwah disaat akhir nafasnya, 9 bulan arwah menanggung sakit menantikan kehadiran cicit di sisi.

Tiap kali munculnya Syawal pasti aku rasa sedih dan bersalah sesangat.

Wan... ampunkan Along wan... Along terkilan sangat2.

(masa taip ni pun kutahankan airmata dari keluar)

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...