Followers Remaja Purba

Thursday, November 28, 2019

Dipicit, Diraba, Diramas?


Pagi-pagi kau dah buat aku panik hingga memaksa aku bersenam menuruni tangga dari tingkat tiga ke basement. Kau punya pasal hingga tahap adrenalin aku mencanak naik tahu.. 😨

Lain kali kau jeritlah panggil aku. Ini tak.. kau boleh matikan diri di situ. Kau bukan tak tahu aku sayangkan kau, dahlah kau banyak mengetahui rahsia tentang diri aku. Kau suka ek diri kau dipicit, diraba, diramas? 😵

Gila..! Kalau orang lain yang jumpa kau, aku tak tahu sejauh mana kejujuran orang tersebut. Apa-apapun syukur kau tak terjatuh ke tangan orang lain. Kalau tak, terpaksalah aku buat laporan.

eeemmm.. Dek kerana kau handphone, pucat + panik aku sekejap pagi tadi tau. Syukur kau selamat tanpa sempat dinodai.. 😅
#StatusdiFB

StatusHati: Migrain menyerang tiba-tiba..

7 comments:

Zaza Abdul Latif said...

saspen je baca.. ramas? raca? picit? hahaha

Anum said...

singgah khamis

norhidana said...

tertinggal dalam kereta ke hp nya kak?

A m m i said...

hahaha..drama sungguh!

Ibu Lala said...

tajuk tu suspen betul

uncle gedek said...

uncle kalau ho hilang boleh histeria kot? macam mana nak selfie? haha

Jari Manis said...

ekekeek...ingatkan siapa yang kena RABA

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...