Followers Remaja Purba

Friday, December 27, 2019

Ukuran Jarak Kilometer (KM)


Pagi tadi..
Orientasi Tingkatan Satu 2020.

Dari rumah ke sekolah tak sampai pun 1.2 km. Selesai di sekolah, berkejar pula ke ke lebih 60 km demi menyelesaikan satu kerja yang sangat penting. Kembali semula ke tempat asal melalui laluan 60 km tersebut.

Tengahari dan petang tadi..
Dek dari pagi tak makan, pukul 3 pm baru dapat brunch, tak lama lepas tu perjalanan diteruskan ke satu destinasi yang jaraknya 10 km menguruskan Adik aku untuk kembali ke kampung. Ok.. part ni aku sedih 😭. Mana taknya dialah yang aku harapkan ketika en. Hubby sibuk. Terima kasih yang tak terhingga.. 🤗😭  Aku terkilan tak dapat nak hantar terus balik ke kampung dek hambatan hal yang tidak dapat dielakkan.

Selesai urusan tersebut, aku kembali ke rumah menggunakan laluan 10 km sedia ada.

Malam ni..
Aku akan melalui 11 km pula untuk sampai ke satu lagi destinasi dan aku harap perjalanan 11 km balik nanti akan mengakhiri urusan seharian aku ini.

Begitulah pengorbanan kecil seorang ibu + kakak bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar hari ini.

StatusHati: Aku tak suka letih nanti aku boleh menangis.. 😭

3 comments:

Umi Nazrah said...

kuatkan semangat. inshaAllah moga segala urusan sis dipermudahkan oleh Allah Taala. aamiin

Rizziela said...

Pengorbanan kan

Kancil 8349 said...

Jauhnya juga perjalanan sehingga 60 km. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...