Followers Remaja Purba

Wednesday, November 20, 2019

Tahniah buatmu Harimau Malaya 😍😘


Perasaan aku..?
19.11.19
Satu tarikh yang akan diingati dan kusimpan di sini sebagai kenangan.

Kisah pagi semalam..
Menerima penghargaan Hadiah Jasa Baik di SINI..

Kemuncak kegembiraan aku..
Malam tadi - 19.11.19

Skuad Harimau Malaya tidak megecewakan. Menang penuh bergaya ke atas skuad Garuda, Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 2 - 0. Sekalung tahniah buat pasukan negara dan jurulatih Tan Cheng Ho yang sememangnya sweet bersemut aku rasakan.. 😍😍😍

Jaringan dari Safawi Rasid pada minit ke 30 dan sekali lagi pada minit ke 73 meletakkan Malaysia di hadapan.  Namun, sedikit debaran dirasakan dek kesilapan penjaga gol gantian, Farizal Marlis pada minit ke 82 menyebabkan sepakan penalti diberikan kepada skuad Garuda. Bagaimanapun, pemain Osas Marvellous Ikpefua gagal menyempurnakannya yang mana ia berjaya diselamatkan Farizal Marlias dengan menangkap kemas bola tersebut. Makin bertambah manis bersemutlah pasukan negara.. 👍

Tak lupa juga sokongan padu dari penyokong Malaysia, terutama Ultras Malaya yang membawa aura dan semangat hingga menyebabkan skuad Garuda akhirnya tersungkur. Tahniah..!

Sumber en. Google


Akan datang..
Pasukan Harimau Malaya akan berdepan dengan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020, bertemu pula dengan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020 dan bertemu dengan Thailand pada 09 Jun 2020 di tempat lawan sebagai penutup aksi pusingan kelayakan.

StatusHati: Walau hanya sokong dari rumah..

7 comments:

Anum said...

terbaik team malaysia

norhidana said...

dana idok nengok bola kak, seremmm berdebar semua ada hehehhe...

Pha Is said...

memang hebat safawi... saya pun sokong dari rumah je..

AisNy said...

betul tu... game yang tak mengecewakan... sweet moment buat rakyat Malaysia bagi penutup tahun 2019 nie... Syukur sangat Malaysia menang...

m.u.l.a.n said...

Masa Indon dpt penalti, menyorok bawah selimut.. Suspennnn.. Alhamdulillah tak masuk..

Orchid Puteh said...

Sampai ke sudah tak pandai tengok bola.. asik kena marah je kalau tengok sama-sama.. kenapa macam tu.. eh kenapa macam ni.. hahahah

Sha Mohamed said...

Wah.. Tahniah buat Harimau Malaya..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...