Followers Remaja Purba

Friday, December 6, 2019

Tagline 18/19 yang menjadi viral


Awalnya aku tertanya-tanya apa yang ada disebalik nombor 18 dan 19 tu dan ini rupanya:

.. cumanya kena ingat dalam Islam ni tak perlu izin isteri pertama.
Ini point penting yang ustaz kena detailkan kepada masyarakat. Nak nikah tak perlu keizinan isteri pertama, sekadar jujur dan bagitahu pada dia. Jadi bagi ustaz takde masalah isteri izin ke tak izin ke, yang penting aku dah jujur, bagitahu tapi Alhamdulillahlah isteri ustaz boleh terima.

Dan jujurlah ustaz cakap 18 orang perempuan mintak nak jadi isteri kedua ustaz sepanjang tempoh pernikahan ustaz dengan isteri pertama tapi 18, 18 ustaz tolak, senang-senang ustaz tolak termasuk yang isteri ustaz offer tapi wanita yang ke 19 ustaz dapat di tanah suci, dapat depan Kaabah. Ustaz takde kekuatan nak tolak. Memang aura dia MasyaAllah. Sape-sape yang menyaksikan waktu itu macam mana pertalian cinta kami memang dia kata macam Khadijah dan Nabi SAW ibaratnya.
- Da'i Farhan


Ini pula dari Ustaz Azhar Idrus pulak:
Apa hukum suami kahwin nombor dua tanpa pengetahuan isteri yang pertama?
Hukumnya sah tapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini ialah bergembira bukan bersedih. Maka kita ada isteri pertama, kita kahwin yang kedua bermakna dari dua orang menjadi tiga. Biar tiga-tiga gembira. Itu kaedahnya. Bukan yang kedua, dua orang je suka, yang pertama menangis teruk. Jadi mintak izin dia.

'Saya nak berkahwin sorang lagi. Inilah orangnya. Awak berkenan atau tak?'
'Saya tak suka'. jawab si isteri.
'Okay. Tak suka. Ini gambar kedua, orang no. 2. Suka atau tidak?'
'Tak suka jugak'.
'Ha.. no. 3?'
Akhirnya.. 'Nikahlah abang, serabut kepala'.

Ini baru soalan..
Hukumnya sah TAPI..

Nak nikah satu lagi boleh tapi bagitahu isteri, dia marah tak? Biar dia marah. Lagi dia marah jangan nikah. Tak marah barulah nikah.

Cara terbaik yang isteri tak marah, tunggu dia mati. Tak mati lagi, buat sembahyang hajat. Sanggup tu nak bunuh sebab nak nikah.. 😂

'Jangan sembunyi-sembunyi, kalau bini kita tipu kita, kita marah tak?'

StatusHati: Jaga hati dan perasaan pasangan kita sebaiknya.

8 comments:

Sheila Arshad said...

ammi pun lambat pick up apende bersepah 18, 19 kat IG, kat FB, kat whatsapp. rupa-rupanya cerita pasal ni.

PeRdU cINta said...

Nak bahagia tapi memusnahkan kebahagiaan orang lain itu menzalimi.
Nak gembira tapi menghancurkan kegembiraan orang lain itu kejam.Agama membenarkan namun tetap ada lunas-lunas yang mesti diikut.

Kancil 8349 said...

samalah dengan kita...kurang tahu apa kejadian sebenar.

Warisan Petani said...

Masalahnya yang no 2 dah jadi yang pertama.

uncle gedek said...

Uncle pon heran 18 / 19 tu... naseb baik aunty terangkan

Azhafizah MN said...

memang viral lah angka 18 dan 19 ni sekarang kat media sosial. jadi bahan je lah kan

shima jelani said...

Glemer pulak no 18/19 nih 😂😂

Kancil 8349 said...

Ini jenis nafsu sahaja...ingat dapat bini 2 tu bagus sangat ke...akhirnya diceraikan plak bini nombor dua

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...