Followers Remaja Purba

Tuesday, November 12, 2019

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Tajikistan


09 November 2019 (Sabtu lepas)

Satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara Malaysia menentang Tajikistan yang berkesudahan Malaysia menang 1 - 0 ke atas pasukan lawan. Berita penuh di SINI..

Perlawanan ini telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang turut menyaksikan buat pertama kali aku menonton secara langsung perlawanan tersebut di stadium.



'Ibu banyak betul kad kuning pengadil tu bagi. Ada yang dapat angpow merah lagi'.
Merujuk kepada penjaga gol Tajikistan yang menerima kad merah pada separuh masa kedua.

Tetapi walau hanya tinggal 10 orang pemain, namun apa yang aku lihat, kubu pertahanan mereka dijaga dengan baik mematahkan percubaan demi percubaan dari pemain negara. Dalam tumpulnya untuk mendapatkan jaringan, Ultras Malaya telah menyanyikan satu lagu untuk pasukan Malaysia.

'Bawah 10 orang takkan tak boleh menang'.
'Bawah 10 orang takkan tak boleh menang.'
Satu gerakan 'tarian' dari Ultras Malaya diambil dari lagu 'Entah apa yang merasukimu - Ilir 7' 
Dok leka menyanyi sama, lupa nak simpan jadikan kenangan..

Parodi 'Salah apa yang merasukimu'

Official Music

Dek penangan lagu tersebut yang mungkin ianya hanya satu kebetulan, akhirnya tapi Safawi Rashid berjaya memecahkan kebuntuan negara, membolosi pertahanan pihak lawan dengan menjaringkan gol kemenangan. 



Sebenarnya, aku bersama dak Kakak mencari peluang untuk berada dekat dengan Ultras Malaya sambil menonton perlawanan tersebut dan yang pasti kami lebih teruja untuk menyanyi bersama-sama mereka.

Habis perlawanan..
'Lepas ni tak payah ikut, bukannya tak tengok bola'. Jeling en. Hubby.

Aku..?
Diam tersengih jelah, jangan risau abang, sayangmu ini masih sedar StatusHati. 

Selesai sudah.. Jom balik.

Kenangan yang tertinggal di sini..

StatusHati: Happy ending..

2 comments:

norhidana said...

wah semangatnya akak siap pergi stadium, kalau dana memang idok la hehehhe...

Orchid Puteh said...

tak pernah rasa masuk stadium, ada rasa nak pergi tapi kenangkan nanti boleh pengsan sesak-sesak macam gitu.. hahaha

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...