Followers Remaja Purba

Monday, December 2, 2019

Menggentel Cik Mek Molek


Umum mengetahui en. Hubby seorang yang pandai memasak tapi tak bermakna aku langsung takde skill memasak cuma malas nak tunjuk 'bakat terpendam' aku tu. Kalau aku terlampau menunjuk nanti en. Hubby dah tak nak masak. Rugi.. rugi.. tak dapat nak bermanja + gedik tak nak masak.. 😆

Aku ni, bila aura rajin tu sesekali menjengah, yang susah menjadi senang, yang senang bertambah senang jadinya. Kan aku dah cakap.. aku cuma tak minat memasak. 

Baru-baru ni dah Nuha merengek nak makan..
'Ibu, buatkanlah kuih yang luar warna pepel (purple), lepas tu dalamnya ada guna'.

Selagi aku tak layan, selagi itulah dok buat muka comel dia tu depan aku. Walau bukan warna purple seperti yang dimahukan dak Nuha tapi berjaya membuatkan mulut comelnya itu senyap sekejap.

Aku order dari jiran dekat rumah aku.
takde purple, oren pun jadilah

Keledek terus dari ladang..

Senang je nak buatnya..

Macam teruk sangat nak menggentelnya 😂

Kecik besar, kecik besar je aku tengok..

Resepi boleh je tanya pada en. Google.

Alhamdulillah..
Rezeki anak-anak itu sentiasa ada; berjaya juga aku melayan kerenah dak Nuha yang inginkan kuih cek mek molek ini. Kenangan kali pertama dulu di SINI.. 

StatusHati: Perlukan aura positive.. 

6 comments:

norhidana said...

banyak tak dia makan kak? mudah nk buat cek mek nih cuma kadang kurang gula tawar lak rasanya

insan marhaen said...

tak tahu macam mana rupanya walaupun biasa dengar namanya. dalam ada inti ke? macam pernah makan...

Anis Azalea said...

Sedapnya..last buat guna kaler purple

Warisan Petani said...

Seketul sekali ngaap aje tu

Azian Elias said...

adoiii.. tajuk memula suspen gak lah.

Azhafizah MN said...

tak pernah makan kuih ni. boleh cuba buat ikut resepi ni nanti :) Tq

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...