Followers Remaja Purba

Tuesday, May 31, 2016

Program di Legoland Malaysia


Bulan Mac lepas, ada banyak blog dok bercerita mengenai program khas buat murid sekolah di Taman Tema Legoland Malaysia..
Terdetik di hati, mesti best kalau pihak sekolah anak aku dapat menyertainya cuma takdelah nak jangka yang dak Kakak dapat menyertainya.

Masa terus berlalu..
Tup-tup.. dak Kakak bawa balik surat kebenaran yang perlu ditandatangan oleh ibu/bapa untuk menyertai program sambil belajar ke Legoland.. seperti di SINI..
Selepas timbang tara dibuat di antara aku dan babah dia.. akhirnya dengan berat hati aku lepaskan jugak.. yang buat aku berat hati sebab aku tak dapat ikut.. wakakaka..
Punyalah excited dak Kakak, sampaikan aku pesan jangan galak sangat bercerita nak ke sana, aku risau kalau dak Adik dengan dak Nuha nak ikut, mahu pening aku nak memujuk nanti..


Hari yang ditunggu.. 26 Mei 2016 - Hari Khamis..
Dak Kakak bersama dengan rombongan 3 buah bas sekolahnya telah pergi ke Taman Tema Legoland. Pertama kali dak Kakak berjauhan dari aku..
Rezeki dak Kakak.. dah penat bergelut dengan peperiksaan dan softball nya, dapat berjalan pula ke Legoland..


Sebahagian gambar kenangan dak Kakak..

Dalam perjalanan pergi.. singgah sarapan pagi di hentian rehat..

Bergambar bersama kawan-kawan yang turut serta..

'Ibu.. Kakak dah sampai Legoland..'

Seronok dak Kakak bersama kawan-kawan dan cikgu pengiring..

Makan tengahari..


Aktiviti bermain air memang ditunggu-tunggu..
Hai la.. rentunglah anak ibu.. dahlah baru je habis main softball..

Jangan kata anak-anak, mak budak pun suka kalau dapat main air.. ekekeke..


Lewat petang tu, rombongan sekolah dak Kakak memulakan perjalanan balik..
Malam tu, aku call, mesej dah sampai mana pun tak berbalas.. letih sangatlah tu..


Dalam perjalanan balik..


'Dah macam hantar anak ke sekolah waktu pagi..'
Hubby bagitahu waktu tunggu dak Kakak dekat sekolah..


Dak Kakak dan semua sampai di sekolah hampir tengah malam..
Alhamdulillah.. semuanya selamat tiba..


Souvenior yang Kakak bawak balik..
Bila tanya dak Kakak beli apa, 'tak beli apa pun ibu sebab tak tahu ibu suka apa..'
'Lor.. ibu kan dah pesan, kalau suka beli, jangan fikir apa yang ibu nak..'


Dak Nuha boleh menangis bila aku tunjuk gambar dak Kakak ke Legoland..
'Nape tak bawak Nuha pergi..'
Alololo.. ingat comel ler tu.. 'ibu pun tak dapat pergi Nuha ooii..'
Aduh.. dah satu kerja pulak nak pujuk.. Nuha.. Nuha..


StatusHati: Berdiam diri buat diri semakin parah..


5 comments:

Rozita Abdul Rahman said...

seronoknya muka kakak...

nota:bersuara dgn Allah pasti ada jln keluar..

Encik Suami said...

Assalamualaikum.

seronok la dak kakak dpt pegi legoland.saya nak pegi bawak anak pun fikir banyak sbb jauh perjalanan.
nie maknye dah penah sampai legoland ker belum?

Puan Kutu said...

Seronok la kakak dpt pegi.kesian nuha ye..kumpul duit dulu nanti 1 famili kita ke legoland ye nuha.hehe

Mummydearie said...

Jom kita datingkan anak-anak kat Legoland. Hahaha!

Sambil menyelam minum air orang kata. Bolehlah kita pun join berjimba ^_^

Anak-anak saya dah lama pasak kat telinga ajak pergi. Kali pertama pergi mereka kecil lagi, si adik tu memang tak ingatlah sebab dia masih dok dalam stroller, berdukung memanjang.

Nak balik kampung pun payah, tak tahulah bila boleh sampai ke Legoland ni! Saya kalau kata ke JB tu lebih baik JJCM terus!

hainom OKje said...

Sampai sudah anak anak lum sampai lagi kat Legoland Aiza hihi....sebok jugak diaorang nak gi tp mcm tak larat jer nak bawak...tak tahan tiketnya tu

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...