Followers Remaja Purba

Tuesday, May 24, 2016

Kalau sampai cedera, sampai koma..?


Dah banyak kali aku jumpa situasi di mana:
Akak.. adik.. makcik.. seolah membuka ruang kepada peragut untuk meragut handbag yang disandang di bahu mereka ketika membonceng motosikal..

Bukan apa..
Kalau handbag yang disandang di bahu diragut dek peragut, cuba bayangkan kesan yang bukan sedikit diterima. Nauzubillah.. jauhkanlah dari perkara yang tidak elok berlaku. Tolonglah jaga keselamatan bersama.. Walau mungkin dalam handbag tu takde barang berharga tapi kalau dah jatuh, terseret tak ke sakit badan tu..
Kalau sikit tak apa.. ni kalau sampai cedera, sampai koma..?
Tak kena tak apa.. dah kena nak salahkan siapa..?


Buat akak.. adik.. makcik..
Tolonglah jaga keselamatan diri..
Handbag yang diragut boleh dibeli tapi nyawa..??
Kalau tak nak kasihankan diri tu.. ingatlah mereka yang tersayang..
Mereka yang masih memerlukan diri akak.. adik.. makcik semua..
Sentiasa berwaspada dan alert dengan keadaan sekeliling..
Jangan biarkan ada ruang buat si peragut..

'Ya!Allah.. Ya!Tuhanku.. Kau selamatkanlah kami semua dari perkara yang tidak elok berlaku..'


StatusHati: Geram..



6 comments:

Suria Lekatlekit said...

sejak ada anak saya suka beli handbag yang tali panjang yang banyak pilihan untuk di galas. Boleh galas silang, galas belakang macam bagpack & sandang tepi. Tapi kalau keluar weekend pergi shopping mall ke hapa memang galas belakang je senang. Zaman sekarang bawa bag ala2 mak datin sangkut kat lengan bagai dah tak sesuai

Siqah Hussin said...

Iya kak. sentiasa kena berhati-hati dan alert dengan handbag kita. kita tak tahu orang di sekeliling kita kan..

Kakcik Nur said...

Itulah kan? Macam tak mahu ambil iktibar dari kejadian2 yang pernah berlaku. Atau pun sangat yakin bahawa 'kita tak akan terkena'?

Entahlah...

Acik Erna said...

suami acik pun maam aiza..kalau nampak benda2 macam tu sambil bawak kete tu bebel2 dia..jaga barang2 jangan sampai bagi peluang pada pergut katanya

norhidana miswan said...

betul tuh kak... even kalau bwk kete pun dana akan letak hbeg kt bhg bwh seat depan... kadang pelik ada yg selamba je ltk atas kerusi depan or kerusi belakang...

Mummydearie said...

Bab ni saya memang pelik. Dah banyak peringatan diberi. Kalau masih lagi tak mahu ambil ikhtibar, suka hatilah. Jangan meraung kemudian sudah.

Saya ni cukup takut dan cukup berjaga-jaga. Itu pun kalau dah nak terkena, kita tak boleh buat apa. Yang penting kita berusaha mengelakkannya, ya tak?

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...