Followers Remaja Purba

Wednesday, June 1, 2016

Program The Biggest Loser 2016..







Adakah kamu gembira..?
Adakah kamu ingin gembira..?
Sekiranya jawapan adalah YA..
Lakukan apa sahaja yang ingin dilakukan..
Ubah sesuatu..


Ramai yang tahu aku pernah cuba mengurangkan berat badan seperti di SINI.. dan hasil paling menarik pernah diraih seperti di SINI. Sejak itu.. nak maintain yang payah.. momentum #StaySlimmer yang ada dalam diri aku kejap turun tapi lagi banyak naik.. kehkehkeh..

Dengan semangat yang semakin pudar kurasakan, aku ingin mencuba kembali apa yang telah kutinggalkan tahun lepas..

Berkebetulan di tempat kerjaku ada dibuat program 'The Biggest Loser'. Dorang tak bagi aku join sebab aku dah #perasanslim.. nak buat apa kurus lagi. Aku ni takdelah beria-ia.. sekadar suka-suka, nak bagi semangat pada yang kengkawan yang turut serta.


Peraturan yang telah ditetapkan agak mudah pada aku, tak strict.
Seminggu sekali pada waktu pagi hari Rabu sebelum sarapan ---> wieght, body fat, body water akan dicatat. Manakala pada bulan puasa, timbang adalah pada 12:30pm. Sekiranya berat naik 500g atau lebih, denda RM2 akan dikenakan dan akan diberikan kepada peserta yang turun paling banyak minggu tersebut.

Tempoh program 'The Biggest Loser' bermula dari 1 Jun 2016 - 31 Ogos 2016. Sesi timbang terakhir adalah pada 1 September 2016.
Masa tu nanti akan diumumkan pemenang siapa yang paling #perasanslim..

Adakah mampu aku lakukan seperti tahun lepas..??
Aku tak rasa kali ni aku nak lakukan sesungguh hati, kalau buat jugak.. confirm aku akan berada dalam category underweight. Cukuplah kalau dapat #perasanslim sikit je lagi. Apa-apapun selepas bulan Ogos nanti aku akan share hasilnya ye..



StatusHati: Mesti ada sebab mengapa ia terjadi..


10 comments:

paridah said...

Dengan berpuasa sebulan Ramadan xlama lagi tentu bertambah slim lagi.

HeNRieTTa JoSe said...

wah,menariknye program tu...bestnye opis akk anjur program mcm ni...

Rozita Abdul Rahman said...

wah bestnya...menarik tu..nak buat kat opis jugak la.. haha

Nor Azimah said...

Cam pernah terbaca prog camni, in shaa Allah kalo bersungguh2 pasti berjaya.
Tapi kata org bln pose lagi bernafsu mkn sbb ada mcm2 mknan sedap terhidang��

Husna Rahman said...

boleh2..fighting =)..hehe program yg menarik mmg patut contiune pun...lg2 nak raya neh..

Daddy Ziyyad said...

Bagus gila tempat kerja ada Biggest Loser !
Mesti company target semua staff mesti sado /sexy...kihkihkih

norhidana miswan said...

wahhhh agak2nya yg menang dpt hadiah mcm kt tv tuh ke?
rancangan yg us tuh

lieyalatif said...

kalo ade geng mcm ni dan buat contest mmg semangat lain mcm....caiyok2...moga raya nanti berwajah baru...amin...

hainom OKje said...

Best jugak ada program gini kan Aiza....nak makan banyak pun takut hihi....takut kena denda

Mummydearie said...

Wah, baguslah ada program macam ni! Mesti kecut perut masa nak naik penimbang tu. Bukan sebab kena bayar denda kalau gagal, tapi rasa tak syoklah kalau jarum penimbang tersasar banyakkan!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...