Followers Remaja Purba

Thursday, May 19, 2016

Pertandingan Softball peringkat MSSD Klang


Dak Kakak salah seorang dari wakil sekolah dalam pertandingan Softball peringkat MSSD yang bertempat di salah sebuah sekolah di Kapar..

Kelmarin, hari pertama, 17 Mei 2016, kemenangan menjadi milik pasukan sekolah dak Kakak. Seronok habis dia bercerita padaku..
'Ibu, esok ada game lagi, ibu doakan kami menang ye..'
'Ye.. ibu doakan team Kakak menang lagi..'
Kalau menang satu bonus buat dak Kakak dan aku tumpang gembira..

Tapi.. selepas perlawanan hari kedua yang diadakan semalam..
Bukan takat monyok, habis dak Adik dengan dak Nuha kena tempias marah dia gara-gara pasukan sekolah beliau kalah.. huhuhu..

Takpelah Kakak, sekurang-kurangnya Kakak dah berusaha..
Tiap pertandingan ada kalah dan menang..
Tapi dak Kakak tetap tak boleh terima, geram sebab kawan-kawan salahkan dia..
eeemm.. emosi sungguh dak Kakak semalam..
Eleh, cakap anak.. mak budak pun sama.. masam je muka bila kalah..

Aku sedia maklum..
Sepanjang minggu ini adalah minggu peperiksaan pertengahan tahun di SRA..
Memang pada awalnya aku tak izinkan dak Kakak masuk pertandingan tersebut kecuali ada surat kebenaran khas dari pihak Sekolah SKBK kepada pihak Sekolah SRABK.

Alhamdulillah, kerisauan aku berkurangan bila mana jaminan telah diberikan oleh pihak sekolah. Jadi, minggu depan dak Kakak akan menduduki satu sesi khas peperiksaan bagi dua hari yang beliau tidak hadir iaitu semalam dan kelmarin..


Aku bagi ruang untuk dak Kakak menyertai pertandingan tersebut memandangkan hampir berselang hari dak Kakak menjalani latihan di sekolah. Takkan aku nak hampakan usaha yang telah dibuat oleh beliau dan juga pihak sekolah. Lagipun aku sendiri turut terkena tempiasnya mengorbankan masa selepas waktu kerja menghantar dan mengambil beliau menjalani latihan.
Nasib baik babah dia turut bagi lampu hijau.. kalau tak, takdelah entry ni hari ni..

Hari ni, dak Kakak akan hadir ke sekolah..
Moga dak Kakak dapat memberi sepenuh perhatian pada baki peperiksaan yang masih berlangsung minggu ni.. Moga dak Kakak tenang dalam menjawab soalan..


StatusHati: Selama mana kau nak meminggirkan diri..?


8 comments:

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum Aiza
memang begitu perangai anak2 nak menang aje kan
tak boleh menerima kekalahan
sama jugak macam anak kaknoor dulu2 masa kecik
sudah biasa dpt nombor 1 tetiba suatu exam jatuh nombor 2 pun dah menangis
sebagai ibubapa kita kena nasihatkan lah kan
terima apa saja yg Allah tentukan
dah redo kerana pasti ada hikmah di sebaliknya

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga dimudahkan urusan menjawap exam kakak. Jawap baik-baik.

Jobdirumah Buat Duit said...

Bila anak exam mak pun risau juga. Semoga kakak dapat jawap periksa dengan baik.

OhPanduan said...

Good luak buat kakak. Hati-hati jawap exam.

makchaq said...

Biasala.. bila kalah mesti nak marah mula2..
lepas tu ok..

Semoga berjaya dlm periksa pulak...

Mummydearie said...

Anak-anak memang aktif ikut ibunya ya. Biasalah adat pertandingan, ada kalah menang. Tapi kita yang melihat cakap memanglah senang. Dak kakak yang mengalami kekalahan, memanglah susah dia nak hadam apatah lagi bila katanya kawan-kawan menyalahkan dia pulak.

Mar Mansor said...

semoga kakak dapat menjawab exam dengan tenang

Siqah Hussin said...

takpe kakak, next year boleh cuba lagi kan..

good luck kakak dalam exam :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...