Followers Remaja Purba

Thursday, May 5, 2016

Lawatan ke Perkampungan Budaya Sarawak


Sambungan kisah dari SINI.. kisah yang lama terperam..

Flashback..
13 - 16 November 2015..
Program yang aku hadiri pada tarikh tersebut adalah berbentuk Program Kemasyarakatan dan melawat tempat yang menarik di sekitar Kuching Sarawak selama 4 hari 3 malam.. juga adalah hadiah bagi aku dan 26 pegawai dan kakitangan di tempat kerjaku..
Hari pertama di SINI..
Hari kedua di SINI..
 
Perjalanan dari Pasar Serikin diteruskan menuju ke Perkampungan Budaya Sarawak. Banyak gambar kuambil sepanjang perjalanan ke sana.. masa tu dah merangka-rangka nak menaip apa untuk dalam blog tapi eemm.. hantu mana dah sampuk aku, baru la ni gedik nak update.


Sepanjang perjalanan menuju ke Perkampungan Budaya Sarawak..
Jalan Sultan Tengah
Aku suka jalan ni.. cantik dan redup sepanjang jalan..


Rumah Ketua Menteri Sarawak
Cantik.. rumah pulak kat tepi laut..


Sekitar pemandangan di Perkampungan Budaya Sarawak
Pintu masuk ke Perkampungan Budaya Sarawak


Gambar atas kiri: Setiap rumah yang telah dikunjungi, passport tersebut akan dicop.
Gambar tengah: Gunung Santubong. Kalau diperhatikan, boleh nampak muka sedang memandang ke atas.. Gambar ni diambil ketika melalui Jambatan Santubong.



Jujur aku cakap, mula-mula sampai je aku teruja nak mendengar penerangan our tourist guide.. Lepas tu, aku rasa 'lost' sebab dok leka selfie.. rugi rasanya.. eemm..


Satu kisah diceritakan oleh our tourist guide, Connie..
Mereka yang meninggal dunia (tak ingat merujuk kepada suku kaum apa), di tanam kali pertama di dalam tanah. Selepas lima tahun mayat tersebut akan dikeluarkan, dibersihkan dan disimpan di dalam tempayan dan disimpan di dalam jerunai (pengkebumian kedua).
*Jerunai - tiang berukir cantik berisi rangka manusia.
Kami juga dimaklumkan, pengkebumian kedua orang Ulu berada di dalam Muzium Orang Sarawak.


Lawatan di Perkampungan Budaya berakhir dengan menonton persembahan kebudayaan Sarawak, menarik.. aku suka. Cantik dan handsome mereka yang membuat persembahan di atas pentas.. hehehe..
Habis je lawatan tersebut, kami kembali ke tempat penginapan di Hilton Hotel Kuching..

Bersambung..
Bila nak habis daa..



StatusHati: Kenangan bersamamu ada yang menyakitkan..


15 comments:

Puan Wawa said...

seronoknyaaa..")

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

Chekgu Azrine said...

wahh...rindunya sarawak...
bila la nak dapat rezeki pergi sarawak....

lieyalatif said...

walo pun lieya lahir di sarawak tapi takpenah lagi berjalan ke sane ...ye laa lahir kat sane pun sebab abah askar.... 3 tahun jek dok sane....teringin nak jalan sane...tgk budaya mereka yg unik tu...mee kolok pun harus try ekekeekekeke...

paridah said...

SERAWAK YG INDAH NEGERINYA DGN PELBAGAI BUDAYA KAUMNYA YG MENARIK DIKETAHUI.

Malinda said...

memang cantik pemandangan kat jalan sultan tengah tu dik...kat tempat akak ni pon ada satu jalan tu sikit lebih kurang rupe camtu gak...part pengkebumian tu kalau tak silap akak penah tengok kat astro dedulu...seram ko kat tiang kayu tinggi2 tu rupenye hade mayat... -___-

Sue Bee said...

Tu untuk suku kaum Melanau, Aiza. Dulu-dulu adatnya gitu. Sekarang langsung tak di praktikkan lagi. :)

Kakzakie Purvit said...

Tradisi dan budaya mereka inilah yg menarik utk dikunjungi..

makchaq said...

Cantiknya jalan tu...

Macam-macam kepercayaan..Kalau kat Sabah pun ada jugak yg mayat simpan dalam tempayan (tajau).
Pernah jugak tengok rumah yang ada tengkorak tergantung..

Farrah MF said...

Bestnya. Dapat tahu dan kenal budaya pelbagai kaum di sana :)

Raihanah Ahmad said...

pernah pi zaman kecik2 dulu, menarik juga

Mar Mansor said...

uit..entri tahun lepas...tapi seronok baca sebab tak pernah pergi sana

Kamsiah Yusoff said...

Akak pun suka tgk pic no 1 tu...redup ja..

Suriaamanda said...

Suka masuk sini cuma mahal sangat la entry fees dia tu..hehehe....

Mummydearie said...

Walaupun entri tak panjang mana, keseronokan tetap terasa dari gambar-gambar yang diambil. Takut tengok gambar titi kayu. Eh, betul ke titi?

Amboi, ingatkan persembahan yang best! Rupa-rupanya leka tengok handsomenya jejaka dan lawanya gadis yang menari yerk!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...