Followers Remaja Purba

Friday, April 1, 2016

Karnival Pendidikan Tinggi Negara #JomMasukIPT bersama MQA


#JomMasukIPT
Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang akan diadakan pada:
  • Tarikh: 2 - 3 April 2016 (Sabtu - Ahad)
  • Lokasi: Dataran Gemilang UKM, Bangi (Zon 6)
  • Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Bagi warga Lembah Klang, segala maklumat dan info-info berkaitan:
  • Akreditasi Program
  • APEL
  • Pendidikan Fleksibel

di Booth Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sana nanti..
Juga boleh hubungi MQA di talian: 03-7968 7002 atau layari laman web MQA di SINI..


MQA sedia membantu anda dengan APEL..


Berita Baik.. APEL..
Register dulu, bayar kemudian..
Nak masuk Universiti tetapi anda:
  • Tiada SRP/PMR
  • Tiada SPM
  • Tiada sebarang KELAYAKAN AKADEMIK
Jangan risau.. anda masih ada peluang..
MQA sedia membantu anda dengan APEL..


APA ITU APEL?
APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:
1.  Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2.  Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3.  Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4.  Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).




APA ITU MQR?
Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) adalah satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dan kelayakan yang telah mendapat akreditasi penuh MQA. Fungsi utamanya adalah sebagai sumber rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi dan kelayakan yang telah diakreditkan di Malaysia.



Sumber dari SINI..




Satu aplikasi telah diwujudkan bagi memudahkan membuat semakan di my MQR..

Sumber asal dari SINI..




Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang..
Temui pegawai dan petugas MQA di Dataran Gemilang, UKM Bangi pada hari Sabtu dan Ahad ini..



StatusHati: Angan-angan.. boleh jadi kenyataan kalau adanya tindakan..!


9 comments:

  1. Tq info Aiza..
    Boleh akak beritahu 2 org anak buah akak yg lepas SPM tu..

    ReplyDelete
  2. peluang mendapatkan ilmu diperingkat tinggi ni yg berminat elok cuba.

    ReplyDelete
  3. bagusnya buat mcm ni.. buka peluang bagi yg berpengalaman.. sbb kadang2 diorang ni hebat dari yg ada degree atau master.. tapi takde sijil.. so tak dpt naik pangkat..

    ReplyDelete
  4. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Kalau dekat nak juga kakak tinjau..
    Untunglah mereka yg duduk dekat-dekat..

    ReplyDelete
  6. Apel… Epal…

    pening pening…

    apple je lah… hehehe

    ReplyDelete
  7. semoga ramai yg mendapat manfaatnya ...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...