Followers Remaja Purba

Wednesday, April 13, 2016

Terlalu obsess denganmu


Sejak lebih setahun yang lepas, aku terlalu obsess denganmu..
Gelisah bila aku tak dapat picit tekan berdiri di atasmu..
Aku cuba perlahankan rentak aku dari kerap berjumpa denganmu..
Dari berjumpa setiap hari, aku cuba kurangkan sesi perjumpaan denganmu..
Namun, daya tarikan dirimu menyebabkan aku sentiasa berdebar-debar..

Aku tahu kau terlalu sabar dengan kerenahku..
Merelakan diri dipicit ditekan dipijak sesuka hati..
Adakala aku rasa kecewa bila kau seolah-olah menipu dalam memberikan jawapan..
Ini berlaku bila hasil tak seperti yang aku harapkan..
Tapi walau terasa ditipu tapi aku tetap ingin bersamamu.. selalu..

Buatmu..
Terima kasih kuucapkan..
Tiap kali bertemu denganmu adrenalinku pasti mencanak naik..
Nasib baik tak membeku platelet darahku..



Penimbang berat digital..
Ia akan memberitahu my Body Fat, Body Water and Weight..


StatusHati: Teringin nak kurus macam zaman Remaja Purba dulu.. miahahaha..


9 comments:

paridah said...

WAH OBSES SUNGGUH NI...

Kamsiah Yusoff said...

scale kat rumah akak dah lama rosak dek 2 org budak2 bambam tu

CikSiti said...

penimbang umah saya pon dah rosakkkkk..tp selalu dulu taklah berdebar sgt pun sbb setiap kali naik mcm takdak perubahan yang memberangsangkan!

Yana Libra said...

mesti mhl kan tuuu

uncle gedek said...

Dalam lingkungan berapa eh benda alah tu?

betol betol nak tau...

Nizam.Ariff said...

Pernah seseorang dulu berkata " klu setakat naik turun penimbang hari2 takde nye nak kurus la" ...hiks

norhidana miswan said...

akak nih.... kesian penimbang tuh

Puteri Izzati said...

biar kurus secara sihat kak...hehe

Mummydearie said...

Rindu sangat ke? Saya pulak fobia tau dengan benda alah ni!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...