Followers Remaja Purba

Saturday, April 30, 2016

Adakala kena bersikap 'kejam'


April dah sampai ke penghujung..
Mei bakal munculkan diri..
Semakin aku simpan makin banyaklah entry tertunggak..
Mood menaip bukan takde.. laju je kalau nak ikutkan..
Tapi baru sebaris dua aku taip, laju je aku delete..
Lahai.. camane nak bercerita kalau macam tu..
Sudahnya.. masih tergendala..

Bila hujung minggu macam ni, berehat adalah keutamaan aku selepas penat ber'amazing race' dengan rutin harian..
Nak balik kampung, hubby pulak kerja..
Masa kerja beliau tak sama dengan aku jadi kenalah berkorban.. kalau bersantai pun hanya dengan anak-anak..
Aku dan anak-anak dah biasa keadaan macam ni..
Itupun ada yang pura-pura faham keadaan hubby aku..

Tapi..
Aku memang sentiasa ingatkan hubby jangan kerap sangat cuti memandangkan dak Kakak ada peperiksaan penting tahun ni.. fikir untuk masa depan jangan fikir seronok yang bersifat sementara..

Kita ni..
Susah ke senang ke.. hanya kita yang merasainya..
Adakala kena bersikap 'kejam'..
Tak perlu nak serabutkan kepala memikirkan hal yang bukan urusan kita..
Bak kata seorang sahabat..
Pentingkan dulu keluarga sendiri sebelum orang lain..


StatusHati: Lebih baik diam kalau kau tak faham keadaan sebenar..


6 comments:

paridah said...

benar tu utamakaan kepentingan keluarga dulu

Qaseh Vee said...

betul tu , family first sbb susah senang kita , kita sendiri yg rasa . hbgn yg kukuh dan kuat dgn anak2 dan suami itu lbh ptg supaya dpt harungi apa saja bersama ... masalah org , biar mrk selesaikan sendiri . bantu jika perlu sahaja ... saya mmg elak fikir masalah org ... heheheee

Sue Bee said...

kawan-kawan boleh datang dan pergi bila-bila masa dorang nak, tapi family tetap sentiasa ada bila mana kita perlukan.

Puteri Izzati said...

family first..susah senang kita dengan keluarga kita ja..

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Ada masanya berdiam adalah perkara yang terbaik untuk dilakukan...

Mummydearie said...

Kalau saya pun, kepentingan keluarga mesti didahulukan. Sukahatilah apa nak berlaku di sekeliling. Keluarga tetap perkara paling penting!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...