Followers Remaja Purba

Wednesday, April 27, 2016

Speechless.. Dua Kisah Berbeza..


Dua kisah berbeza..

Malam semalam..
Sesungguh hati aku berehat.. hanya sebahagian kecil rutin harian dapat kusiapkan..
Penat tak cukup rehat sebenarnya..
Bila cukup tidur, bangun pagi terasa segar sangat-sangat..
Namun, ianya terencat dek berita yang aku terima..
Terkejut.. tak sangka.. speechless..


Pagi semalam..
Sebak menguasai diri atas berita kehilangan..
Seorang pegawai wanita ditempat kerjaku meninggal dunia kerana komplikasi ketika bersalin..

Memetik sebahagian kecil kenangan antara beliau..
"Ada kenangan dengan beliau walau tidak sebanyak insan lain bersamanya. Beliau yang memerhati manusia dengan hati terbuka, yang tegas, penuh berprinsip, yang bekerja sehingga ke akhir hayatnya..
Anak arwah berumur 3, 6, 9, 10 tahun. Walaupun mereka perlu mempelajari rutin baru, anak-anak itu saya percaya akan menyumbang banyak pada tiga (pahalanya) yang dibawa mati.
Melihat anak orang lain, menambah rasa syukur untuk memelihara baik anak sendiri.."


Hari ini..
Aku terima ikan terubuk masin yang aku kirim daripada salah seorang pegawai di bahagian aku..
Bila kukatakan, ku ingin membayarnya..
Beliau tak mahu menerimanya atas alasan aku banyak membantu beliau..
Oh!My boss kecik.. speechless dibuatnya..
Itukan sebahagian dari tugas hakiki sedia ada..
Tapi.. Alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak..
Jauh disudut hati..
Tak rugi kita berbaik dengan orang lain..
Bukan untuk mendapat habuan tapi lebih kepada kepercayaan..
Terima kasih boss kecik.. moga makin murah rezeki boss dan keluarga.. amin..


Itulah dua kisah berbeza yang berlaku disekeliling aku..
Dua kisah yang memberi makna dan perasaan berbeza..
Allah lebih mengetahui..

Al-Fatihah buat almarhumah Puan Hazlina Muhamad..
Mungkin aku bukan teman yang cukup karib untuk mencoretkan..
Aku cuma insan biasa menyalamimu dengan lambaian abadi diiringi air mata..



StatusHati: Mati itu pasti.. bila masanya hanya DIA yang mengetahui..

22 comments:

Siqah Hussin said...

Ada kisah suka duka dalam kehidupan seharian kita.

Al Fatihah untuk arwah. Semoga sentiasa tenang di sana. Dan semoga keluarga arwah terutama anak-anaknya tabah menhadapi hidup tanpa ibu di sisi. Sedihnyaaa. Takziah akak di atas kehilangan seorang kawan.

Alhamdulillah, rezeki akak hari ni. Ikan terubuk masin sedap :)

paridah said...

INNALILLAH SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA PUAN HAZLINA SEBAK AKAN KISAHNYA...DUA SITUASI BERBEZA YG DIHDAPI DGN RASA BERBEZA...

Norhayati Mohd Isa said...

Al fatihah buat sahabat sekerja Aiza..

Begitulah kehidupan Aiza..
Perasaan dalam setiap minit itu berbeza-beza..
Apa lagi setiap hari kan..
Ada duka dan suka..
Semoga urusan kita dipermudahkan Allah..
Dalam kita menghadapinya..

Falsya said...

innalillahiwainnailaihirrojiun..salam takziah buat family arwah..sedihnye kak mengenangkan anak arwah..

sedapnye terubuk ikan masinnnnnnn....lapau nieeee.

Mar Mansor said...

begitulah kehidupan..adakalanya berita gembira,,adakalanya berita seduh,,dan roda terus berputar

Puan Kutu said...

Suka dan duka bergabung.beginilah kehidupan..

Yana MIB said...

hidup bagai roda..al-fatihah buat kwn akak :(

Kesuma Angsana said...

Assalam.. sarat dgn pelbagai ceita kehidupan saban hari kan

Mummydearie said...

Alfatihah! Jarang kita dengar sekarang ni ibu mati bersalin sebab komplikasi dan sebagainya. Tapi dah nak jadi sebab ajalnya dah sampai. Kasihan pada anak-anak yang ditinggalkan walaupun kita tau, Allah tau apa yang terbaik buat mereka setelah ditinggalkan ibu tercinta.

Ikan terubuk masin... my favorite tu. Kalau duduk berjiran, naklah juga datang bertandang ^_^

anyss said...

Assalamualaikum,
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman

Terubuk???
goreng pun sodapppp

Suriaamanda said...

Sedihnya...alfatihah..semoga arwah tenang di sana..amin

Nor Azimah said...

Dari Dia kita dtg...in shaa Allah, semoga ank2 yg tinggal jadi jariah buat dia.

Kakzakie Purvit said...

Dia yg pergi pasti didoakan oleh insan-insan yg ditinggal
Tetapi anak-anak yatim itulah yg membuat lebih sayu di hati kita yg melihatnya
Namun semua kena hadapi dgn redha.
Sama dgn rezeki yg kita dpt
Rezeki keliling kita tak pernah putus. Alhamdulillah

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alfatihah. Semoga arwah bersama orang-orang yang beriman. Sedap ikan terebuk masin tu.

Jobdirumah Buat Duit said...

Alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Teringin juga nak rasa iakn terubuk masin. Sedap goreng perah asam tu.

OhPanduan said...

Alfatihah.. Sedih rasa.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sedap ikan tu.

lieyalatif said...

Allahuakbar..... arwah insan terpilih untuk terima syahid...moga syurga arwah ditempatkan...al-fatihah....

terubuk masin sedap tu kak...boleh le buat stok2 bersahur nanti...sahur2 nanti ikan masin buat tambah selera makan pagi2....

Mr Bell said...

Alfatihah... Semoga roh sahabat sis ditempatkan bersama orang2 soleh

salam kenal dari belalang :)

Yana Libra said...

AL-Fatihah..kita tak leh nak jangka benda yang nak jadi kan..

Puteri Izzati said...

Innalillah...Al Fatihah untuk rakan akak..

hainom OKje said...

Alfatihah utk arwah....Kadang kadang kita tak sangka yg bersalin tu boleh mengundang mautkan Aiza. Namanya pun ajal....huhu..

Dah goreng lum terubuk masin tu

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

إنا لله وإنا إليه راجعون
Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga arwah...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...