Followers Remaja Purba

Friday, May 30, 2014

Kisah si Katak bernama Cik Kembung..



Onk.. onk.. gedek.. gedek..
Tapi ini bukanlah nak mengata uncle Gedek ye..
Onk.. onk.. gedek.. gedek..
Ish.. bunyi dah lebih kurang sama..
Mintak maap uncle Gedek.. den bukan sengajo tapi den nak cito pasal dak Nuha ni ha..



Sebenarnya Cik Kembung ni dah lama dok dendiam kat tepi katil dalam bilik aku..
Sikitpun dak Nuha tak pedulikan..
Sama ada tak perasan atau buat-buat tak nampak..
Baru-baru ni aku ambil Cik Kembung tu dengan tujuan nak menyakat dak Nuha..
Dak Nuha pulak elok je main dalam selimut..


Terdiam sekejap dia..
Agaknya dia fikir.. 'Apa yang berat sangat atas perut aku ni..'




Bila dia tengok Cik Kembung.. sesungguh hati dia cuba tolak..


Sudahnya.. aku letakkan kat sebelah dia.. merengek 'na nak.. na nak..'
Kehkehkeh.. seronok bila sesekali kenakan dia..







psstt: Hari ni nak bawak dak Nuha ke klinik bagi mendapatkan rawatan mata.. aku suspek dia sakit mata..



Thursday, May 29, 2014

SUNAN - Ramlee Awang Mursyid a.k.a R.A.M



Mengambil masa yang agak lama untuk aku mendapatkan.. hanya kerana aku semakin jarang singgah ke kedai buku..
Kebetulan kelmarin diadakan 'Pesta Buku MPH' yang tak berapa pesta di Dewan Utama tempat kerja aku..
Teruja untuk mencarinya..




SUNAN


Kisah awal di mana beliau membawa diri ke Tanah Rencong sebelum bergelar 'Laksamana Sunan'..
Luaran yang dicetak dengan kulit tebal.. inilah novel pertama R.A.M berkulit tebal aku miliki..
Koleksi yang lain di SINI..


Bagi pinjam..?
Takmo dah.. Serik.. 
Berdasarkan pengalaman aku.. ada yang tak reti nak pulangkan balik novel yang telah dipinjam.. hingga memaksa aku beli yang baru..





psstt: Aku tak baca lagi novel ni tapi 'ending'nya ---> bersambung lagi.. eeemmm.. akan bersambungkah lagi kisah perjalanan SUNAN ini..?




Wednesday, May 28, 2014

Berangkat ke Tanah Suci Mekah..


Malam ni Abah dan Mak mertua bersama abang dan adik bongsu hubby akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.

Ya!Allah..
Kau permudahkanlah urusan mereka di sana..
Kau berikanlah kesihatan yang baik bagi mereka dalam menunaikan ibadah di sana..

Moga perjalanan pergi dan balik mereka berada di dalam keadaan selamat hendakNYA..




psstt: Aku turut sama menyibukkan diri menghantar Abah, Mak Mertua, Abang dan Adik ipar ke KLIA tengahari ni..



Tuesday, May 27, 2014

Main burger-burger..?



Kelmarin..
Hari Ahad..
Takde apa yang nak dibuat.. 'homework' dah selesai..
Lepas dah rileks santai.. sebelah petang tu aku hantar anak buah hubby balik ke rumah mamanya.. dari hari Sabtu dia dah ada kat rumah aku..



 Sebelum tu, bawa dak Adik gunting rambut dulu..


Untuk pengetahuan.. akak hubby beli rumah dekat area rumah aku.. tak dekat tak jauh tapi mudahlah nak ke sana..
Bila dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha dah jumpa sepupu-sepapat dorang memang happeninglah rumah..
Bergema satu rumah.. maklumlah.. rumah baru..

Dari ruang dapur aku dengar dorang borak..
A: Jom main burger-burger nak tak..?
B: Macam mana..?
C: Macam ni..

Lepas tu gegak-gempita rasanya.. 



Permainan dorang.. 'main burger'burger'
Siapa jadi daging burger..
Siapa jadi roti burger..
Siapa jadi sos burger..
Dak Nuha dah standby nak makan burger..



Lepas tu tukar posisi pulak..
Kena dak Kakak atas sekali.. penyek yang kat bawah... hahaha..


Ok.. dah penat.. tukar game lain pulak..



Lepas penat main burger-burger, main nyorok-nyorok dalam rumah..
Aku dengan SIL gelakkan je.. bayangkan rumah belum ada barang.. celah mana je dorang dapat menyorok..
Tapi puaslah dorang petang tu..
Lewat petang balik rumah.. Final Piala Thomas pun aku tengok jeling je..





psstt: Esok cuti sekolah akan bermula.. dan aku pun turut bercuti sama untuk ke KLIA..



Monday, May 26, 2014

Kisah antara Selangor.. Cadbury.. dan Piala Thomas..



Kisah satu:
Malam Sabtu lepas berlangsungnya perlawanan bolasepak antara Selangor vs Johor DT di Stadium Shah Alam..
Aku cuma sempat jeling tengok je game tu..
Masa ni aku kat rumah atok sedara.. jemputan makan meraikan hari lahir 3 orang anak beliau yang lahir pada bulan yang sama..
Kemudian adik ipar dan isteri serta akak ipar dan keluarga datang rumah.. sebab adik hubby request nak makan spagetti..
Lepak, borak sambil makan hingga tengah malam..




Kisah dua:
Cadbury..??
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan produk coklat jenama Cadbury Dairy Milk mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi.
Dua produk adalah Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond.


Sementara itu satu kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Dato' Othman Mustapha..


Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Standard Malaysia (JS) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berhubung isu penemuan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury ; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 pada esok, 26 Mei 2014
Maklumat lanjut boleh layari di SINI..




Kisah tiga:
Perlawanan akhir Badminton Piala Thomas peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki berlangsung di New Delhi, India malam tadi.. 25 Mei 2014.. di mana perlawanan di antara Malaysia dan Jepun menyaksikan Malaysia akhirnya tewas di tangan Jepun..

Kejohanan yang berlangsung setiap dua tahun ini merupakan edisi yang ke – 28 bagi tahun 2014 dengan disertai oleh 16 negara dan dibahagikan kepada empat kumpulan.. DAN penantian selama 12 tahun bagi pasukan Malaysia tewas lagi untuk tahun ini.

Namun demikian, pasukan Malaysia telah mencuba yang terbaik bagi negara.. Tahniah buat mereka walaupun kalah kepada Jepun..
Tahniah juga buat pasukan Jepun kerana berjaya membawa pulang Piala Thomas..
psstt: Lagi dua tahun Piala Thomas tu pulangkan balik kepada Malaysia tau..





psstt: Esok hari terakhir sekolah sebelum Cuti Sekolah Pertengahan Tahun bermula dari 28 Mei - 15 Jun 2014.. Selamat Bercuti buat anak-anak semua..


Friday, May 23, 2014

Jomlah main dengan kita.. kita keseorangan ni..



Karangan untuk hari ini..


Hari ni Babah kita cuti..
Jadi kita ada banyak masa hari ni bersama Babah sementara tunggu Ibu balik kerja..
Lepas Kakak dengan Adik pergi sekolah, Babah suruh kita mandi..
Tapi sebab kita suka main air, maka Babah yang mandi dan siapkan kita..
Lepas tu.. Babah ajak kita pergi sarapan dekat kedai makan..
Kita order air milo dengan roti canai..
Dapnye.. dapnye..
Ibu kita hanya dapat tengok kita makan..



Jempu sarapan acik-acik semua..



Bila dah habis makan, Babah ajak kita pergi kedai.. kita pau Babah kita roti jagung pulak.. tu favourite kita tau..
Lepas tu baru balik rumah.. sebab Babah kita nak bertukang kat stor dalam rumah kita..


Sementara Babah kita nak buat kerja, kita duduk depan TV sambil usik-usik Tab Babah kita..
Kita dah mula bosan ni.. tak tahu nak buat apa..
Acik-acik.. jomlah main dengan kita.. kita keseorangan ni..


Kebosanan.. geng gaduh dah pergi sekolah..






psstt: Malam ni nak pergi Jalan Cochrane, K.L.. adik sepupu Ibu kita nikah kat sana..





Thursday, May 22, 2014

Bila Smart Tag tertinggal



bila Kad Touch & Go serta Smart Tag tertinggal..
Bertabahlah dalam barisan menuju ke laluan tunai di Plaza Tol..






psstt: Pengajaran di sebalik kejadian: Sila pastikan Smart Tag tak tertinggal..





Wednesday, May 21, 2014

Kuala Tahan Explore Race di Taman Negara Pahang









Pemandangan di Jeti Taman Negara waktu pagi..
(gambar dari member office)


Aktiviti hari ketiga pada sebelah pagi di Taman Negara Pahang..
  • Kuala Tahan Explore Race..
  • Telah dibahagikan mengikut 4 kumpulan..
  • Seronok dengan kerjasama ahli pasukan.. memula kelam-kabut tapi bila dah dapat rentak, semuanya berjalan dengan baik..
  • Cuma kemenangan tidak berpihak kepada team aku.. hanya menang tempat ketiga..
  • Apa-apapun semua enjoy..
  • Gambar untuk aktiviti ni aku masih belum edit.. ada masa nanti aku selit-selitkan.. kalau tak anggap jelah entry ni entry terakhir untuk program ini..



Selesai aktiviti Kuala Tahan Explore Race tersebut.. masa untuk mengemas dan bersiap untuk makan tengahari.. check out dan berangkat pulang..



Sebahagian kecil kenangan yang tertinggal..



Menunggu turn untuk Canopy Walk..


Dalam kedinginan hujan diperkampungan Orang Asli Bateq..





psstt: Akhirnya.. selesai sudah catatan aku bagi program Team Re Charge di Taman Negara Pahang..

last psstt: Ada sesiapa nak pergi ke sana.. aku nak join.. hikhikhik..




Tuesday, May 20, 2014

Fenomena OAT Choco and OAT & Wheat ketika ini..



Adalah beberapa kali aku beli OAT Choco and OAT & Wheat ni..
Beli pun sebab tengok kengkawan beli.. teringin nak mencubanya..
Bagi dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha cuba.. dorang cakap sedap..
Ok.. tak rugi aku membelinya..
Baru-baru ni aku beli lagi di pasaraya Tunas Manja dalam perjalanan menuju ke Taman Negara, Pahang..
Harga lebih murah dari yang pernah aku beli sebelum ni..





OAT Choco ni anak-anak aku suka.. thumbs up..



Aku kurang suka rasa yang ni.. cepat muak bila makan..






psstt: Biarlah jemari berbicara..




Monday, May 19, 2014

Aktiviti bebas di Taman Negara, Pahang



Kita sambung balik kisah Taman Negara, Pahang..

Hari pertama dan kedua bagi program Team Re Charge di Taman Negara Pahang..



Selepas selesai aktiviti Rapid Shooting petang tu.. malamnya adalah aktiviti bebas..
Dari tengahari tu aku dah mula rasa sakit kepala..
Kemuncaknya lewat petang aku diserang migrain..
Makanya malam takde mood nak ikut dorang pergi 'Night Safari'..
Tapi dalam sakit kepala tu sempatlah beli buah tangan untuk anak-anak..
Malah sempat bergambar kenangan..
Gambar malam tu hanya menggunakan uncle Samsung.. malas nak usung cik Nikon..





Pemandangan dari Jeti Taman Negara..




BERSAMBUNG..




psstt: Sabar ye kengkawan.. last.. satu entry je lagi pelengkap kepada program ini..




Anak-anak yang riang ria



Hujung minggu dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha kali ni diisi dengan riang-ria bersama sepupu mereka..
Hanya bagi kolam mandi.. penuhkan dengan air dan bagi sedikit mainan dan mereka tenggelam dalam dunia mereka..
Menjenguk rumah baru SIL tak jauh dari rumah aku.. di sanalah mereka bermain.. dua hari berturut-turut pulak tu..




dak Nuha dengan kolam comelnya..


penat bermain air.. dak Adik layan pulak basikal kat depan rumah..


Mak Budak kalau boleh, nak join sama.. kehkehkeh..






psstt: Pergerakan terbatas.. sakit pinggang kembali menyerang..




Sunday, May 18, 2014

Rapid Shooting and Boat Ride to Perkampungan Orang Asli Bateq di Taman Negara Pahang



(Entry yang agak panjang..)

Hari pertama dan kedua bagi program Team Re Charge di Taman Negara Pahang..




Aktiviti hari kedua pada sebelah petang di Taman Negara Pahang..
  • Boat ride to visit Orang Asli Village
  • Proceed with Rapid Shooting (up to K.Trenggan and stop at Dedari)


Kisah sebelum..
M: Akak rajin ek pakai tudung lilit-lilit ni..
A: Akak nak nampak cantik untuk aktiviti petang ni.. kihkihkih..



Teruja untuk Boat ride to visit Orang Asli Village
Masa ni takdelah beria-ia nak lawa bagai..
Nature Guide kitorang dah pesan, barang-barang berharga perlu disimpan dalam beg plastik bagi mengelakkan dari basah..



Rileks.. santai.. tenang.. lagipun kitorang kan last team.. 
6 bot lagi ada kat depan kitorang..


Memang kitorang tak duga tak jangka apa yang akan berlaku selepas itu..


Korang nak tahu apa maksud Proceed with Rapid Shooting (up to K.Trenggan and stop at Dedari)...?
  • Simpan barang dalam plastik untuk elak dari basah.. ---> aku membayangkan basah sikit-sikit terkena percikan air.. 
  • Setakat basah sikit-sikit apadehal..
  • Rupa-rupanya... lencun.. hilang terus cantik lawa pakai lilit-lilit bagai tu..
  • Nasib baik cik Nikon selamat.. uncle Samsung je yang kurang selamat..
  • Memula En. Fuad lakukan serangan percikan air ke atas kami.. terkedu kami.. dahlah tengah amik gambar..
  • Bila dah basah.. tak adillah team yang depan tak kena.. 'serangan' percikan air pun dilancarkan..
  • Last sekali.. team kami di'belasah' kiri dan kanan.. 
  • Fuh.. biasa orang mandi dalam sungai tapi kami mandi dalam bot..
  • Lencun.. kuyup.. air masuk telinga.. kahkahkah.. memang happening.. ohsemlah...



Panas terik tapi semua lencun.. gara-gara Rapid Shooting..
Memang cool lah semua.. memang tak terjangkau dek fikiran..



Kat Perkampungan Orang Asli ni.. tak dapat nak berlama-lama.. tak sampai 10 minit kot kitorang lepaskan penat.. hujan turun.. selebat-lebatnya..
Masa ni.. kami berteduh ditempat orang asli berteduh.. mereka sangat pemalu.. nak dengar jawapan dari mulut dorang pun kena dengar betul-betul.. 
Bila hujan dah agak reda.. apalagi.. mandi time..
Mana boleh lepaskan peluang.. alang-alang dah basah.. memang syok woo..
Masa ni aku takde gambar kenangan (nanti aku try mintak kat geng yang pergi masa tu) sebab dah simpan elok-elok dalam plastik..



Berteduh sementara nak tunggu hujan reda..



Perjalanan balik.. macam biasa.. team aku team terakhir..
Ketika yang lain dah gerak balik, kami baru nak gerak gara-gara satu bot agak lewat sampai..
Sampai satu tempat air yang banyak batu dalam sungai.. bot tersangkut dan menghentam batu sungai..
Memasing terdiam sekejap.. maklumlah.. masa pergi melawan arus.. semuanya ok + seronok dok layan Rapid Shooting tu..
Syukur takde apa-apa.. pengalaman berharga buat team kami..
Dalam takut pucat tu tetap seronok bermain percikan air..
Akhirnya selamat sampai ke Jeti Taman Negara dan kembali ke tempat penginapan..





BERSAMBUNG..






psstt: Oh!Rapid Shooting memang ohsem.. rasa tak puas bermain air..



Jungle Trekking and Canopy Walk di Taman Negara Pahang



Hari pertama bagi program Team Re Charge di Taman Negara Pahang..
Part 1.. Part 2..




Aktiviti hari kedua pada sebelah pagi di Taman Negara Pahang..
  • Jungle Trekking (1.7km: 45 mins) up to Teresik Hill (334m height)
  • Canopy Walk (510m long, 45m from ground level)


Entah kenapa kali ni aku malas nak keluar lebih awal untuk menikmati suasana pagi..
Tetiba rasa rugi pulak..


Sebahagian dari tempat penginapan kami..


Sarapan pagi..


Bersedia untuk masuk hutan semula.. kali ni waktu siang pulak..












Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi..

 
Jungle Trekking (1.7km: 45 mins) up to Teresik Hill (334m height)


En. Fuad our Nature Guide untuk group 7..
Komen aku tentang beliau: Korang jangan bagi soalan di luar lingkungan topik yang dibincangkan..


1km lagi menuju ke Canopy Walk (510m long, 45m from ground level)



Sepanjang perjalanan menuju ke Titian Kanopi..



Berhati-hati untuk memegang pemegang sepanjang jalan..
Ada serangga dan haiwan kecil merayap.. takut ada yang tak tahan.. kegatalan pulak nanti..


Orang sibuk kat depan, kami kat belakang sibuk bergambar..



Sampai sudah di Canopy Walk..







Masa kitorang sampai tu, dah ramai orang tunggu turn nak naik canopy walk tu..
Sementara tu kita selfie tu..
Tak cukup cik Nikon.. monopod pelengkap kenangan..


Bersedia untuk..


Gaya berjalan jangan 'bersepah'.. jalan kena ala-ala 'kucing berjalan'..


Menuju puncak ke 45m from ground level..


Alhamdulillah selamat sampai ke penghujung canopy walk tersebut..
Selesai aktiviti sebelah pagi.. dan akan bersambung di sebelah petang menuju ke Perkampungan Orang Asli..
Sementara tu.. kita balik, makan tengahari di Restoran Terapung kat Jeti tepi sungai Taman Negara..
Masa ni takdan nak menikmati suasana tepian sungai tu pun.. sebab aku dah teramat penat.. ditambah pulak mengejar masa yang diberikan..






BERSAMBUNG lagi..





psstt: Kami tak sempat nak jejak ke Bukit Teresik memandangkan mengambil masa yang lama menunggu giliran untuk canopy walk.. sayang sungguh..




Saturday, May 17, 2014

Night Jungle Walk and Tahan Hide with Nature Guide di Taman Negara Pahang




Part 1 di SINI..



Lepas dah rileks santai dalam bilik.. maka bermulalah aktiviti pertama pada sebelah malamnya..
 

Kita re charge tenaga dulu..


Kemudian..



  Sesi safety briefing by Nature Guide..
tentang apa yang boleh, apa yang tidak bila berada di dalam hutan..


Nature Guide yang akan mengiringi kami masuk hutan Taman Negara bagi aktiviti:
Night Jungle Walk & Tahan Hide with Nature Guide..




Selesai sesi penerangan tersebut, maka kami dibahagikan kepada 7 kumpulan.. dan bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan..
Ini penting agar tiada ahli kumpulan yang sesat atau hilang semasa di dalam hutan..



Kumpulan 7
Gambar yang entah ke berapa.. sebab tu takde gambar boboy.. yang ada gegurl je..
Guide Nature kami: En. Fuad.. (baju putih sling beg oren di belakang tu)


Dari jeti nak menuju ke Taman Negara..


Dalam hutan Taman Negara..

Serangga pertama yang diperkenalkan kepada kami..
Selain dari ular aku boleh layan tengok lagi.. tapi kalau part ular.. aku geli..


Bunga ni hanya akan kembang di waktu malam je.. siang ia kuncup..
'One Night Flower' kalau tak silap namanya..
Aku tak bawa buku catatan untuk catat yang apa yang guide nature En. Fuad terangkan..


Gambar waktu malam dalam hutan tak banyak pun sebab aku rasa sesak dan ramai pulak malam tu.. lagipun team aku tak banyak cakap gara-gara en. Sentap.. kihkihkih..



Pemandangan di sekitar Taman Negara Resort..





Tapir ni takde geng sebab awek dia dah lari ikut jantan lain kat dalam hutan..
Tapir ni dari kecil dah biasa dijaga, sebab tu ia takkan pergi jauh ke dalam hutan Taman Negara..


Ok.. masa untuk balik ke bilik penginapan..


Untuk malam pertama ni oklah.. not bad.. takdelah penat sampai tak larat nak berjalan..






BERSAMBUNG..




psstt: Untuk Night Jungle Walk.. tak usah risau sebab jalan telah disediakan bagi keselesaan pengunjung yang datang..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...